CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LoLiPoP

Pantang Larang Orang Tua - Apa Pengertiannya?

[Copy link]
Post time 28-3-2007 02:45 PM | Show all posts
himpunan pantang larang orang tua-tua

Kepercayaan orang Melayu

Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.


Duduk atas bantal

Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.


Bergendang dalam rumah

Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, 揹engan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2007 02:46 PM | Show all posts
Pantang larang lain yang penah didgr:


- Jangan buat kerja sekerat jalan, kalau dah mula buat sesuatu kerja tu misalnya mencuci pinggan mangkuk buatlah sampai habis...lebih-lebih lagi anak dara...nanti kalau bertunang sekerat jalan.

- Jangan makan tebu pada waktu maghrib...yang ni tak tau lah kenapa.

- Jangan selalu melihat cermin pada waktu malam...nanti muka hilang serinya.

- Jangan berludah atau muntah didalam tandas ..kerana nanti mulut akan berbau.

- Jangan suka duduk di pintu...lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengandung...kerana nanti anak yang akan dilahirkan akan duduk lama di 'pintu'

- Jangan duduk atas bantal...nanti bisul.

- Jangan potong kuku diwaktu malam...nanti pendek umur.

- Jangan biarkan anak2 main sorok-sorok diwaktu maghrib...nanti disorok 'hantu'

- Jangan makan mangga muda dengan kicap..nanti buah pada musim yg akan datang akan busuk.

- Kalau makan jangan selekeh (maksudnya jgn ade nasi yg telekat di pipi atau dagu.) Nanti katanya...akan ber'anaktiri'.

- Jangan bergambar bertiga nanti yang tengah akan cepat meninggalkan kita.

- Jangan sentuh tanaman-tanaman kita sewaktu kita sedang 'period'.

- Jangan melangkah lesung batu...nanti punggung jadi berat dan malas nak bangun buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 02:47 PM | Show all posts
Orang Melayu zaman dolu-dolu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 02:47 PM | Show all posts
NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU

    Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

    Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi. Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan. Jauhkan membuang air kecil di dalam air. Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.

    * Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak. Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembira boleh mendatangkan musibah yang tidak diduga. Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air.
    * Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.
    * Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri.
    * Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.
    * Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat
      kotor. bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat
    * Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur.
    * Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar. Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 02:49 PM | Show all posts
MENYAMBUT KELAHIRAN

Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.

Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memakan mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk. Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung. Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.

Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 02:50 PM | Show all posts
Pantang Larang Wanita Hamil

1.        Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir jugak akan cacat
2.        Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
3.        Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan
4.        Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
5.        Dilarang memakan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin terjerut tali pusatnya
6.        Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan
7.        Dilarang minum air tebu atau kelapa diawal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur
8.        Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling
9.        Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur
10.        Dilarang menyusup dibawah penyidai, nanti anak akan terencat
11.        Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri
12.        Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar


[ Last edited by  virgomal at 7-4-2007 12:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2007 02:51 PM | Show all posts
Pantang Larang Kanak-Kanak

1.        Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul
2.        Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur
3.        Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk
4.        Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit
5.        Dilarang tidur ditengah padang, nanti emak mati
6.        Dilarang ketawa waktu Maghrib,  nanti datang hantu
7.        Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang


[ Last edited by  virgomal at 7-4-2007 12:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 02:52 PM | Show all posts
Pantang Larang Bayi

1.        Bayi tidak boleh ditegur jika badan gemuk, Cuma katakana 憇emangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054572 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list