|
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee A.M.N & Puan Sri Saloma
[Copy link]
|
|
Kenang P Ramlee
EMI dan Celcom menerbitkan album eksklusif XPAX Legenda Tan Sri P Ramlee
KEHEBATAN Tan Sri P Ramlee dalam menghasilkan karya menarik sememangnya diiktiraf ramai. Lagu dan filem tokoh legenda ini mengisi kesepian kita, sekali gus menjadi khazanah paling berharga dalam industri.
Sejajar kemajuan teknologi semasa, karya P Ramlee dibawa ke era digital menerusi usahasama antara EMI Music Malaysia dan Celcom.
EMI berbesar hati mendapat kerjasama syarikat telekomunikasi terkemuka itu untuk menerbitkan album eksklusif XPAX Legenda Tan Sri P Ramlee yang menghimpunkan lagu hits seniman agung sepanjang zaman.
Ia bukan sebarang album. Kelahiran album ini juga satu komitmen daripada Celcom untuk memastikan P Ramlee terus dikenang.
Pembabitan Celcom menerusi XPax Legenda Tan Sri P Ramlee sebagai usaha membawa karya seniman agung itu ke dunia digital. Inisiatif Celcom ini membuktikan karya seni P Ramlee boleh diaplikasikan dengan kemajuan tenkologi komunikasi dan digital.
Dengan pembungkusan menarik, anda pasti bangga memiliki album ini. Lebih-lebih lagi, EMI dan Celcom membawakan album secara pakej.
Ia mengandungi CD 20 Lagu hits P Ramlee dan VCD filem P Ramlee yang terpilih iaitu Madu Tiga, Tiga Abdul, Bujang Lapok dan Labu Labi serta pek permulaan XPax istimewa daripada Celcom. Ia bukan sekadar album biasa yang pernah diterbitkan EMI sebelum ini.
Lebih menarik, album ini turut menampilkan 12 karikatur P Ramlee yang unik dan menarik dibawakan dalam versi animasi untuk dijadikan hiasan skrin (wall paper) pada telefon mudah alih. Karikatur ini menampilkan pelbagai karektor P Ramlee daripada filem lakonannya.
Apabila sudah jatuh cinta dengan lagu P Ramlee, Celcom turut memperkenalkan nada dering (ring tone) dan nada bunyi (ring tune) untuk dimuatkan dalam telefon canggih anda. Pilihlah 20 lagu hits P Ramlee yang diminati untuk dimuat turun (download).
Semua lagu yang dimuatkan dalam album XPax Legenda Tan Sri P Ramlee masih diminati setiap lapisan umur dan bangsa. Peminat setia P Ramlee boleh mendaftar sebagai ahli Kelab Peminat yang dimuatkan di dalam album ini. Mereka berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan dan bakal memenangi hadiah hebat.
Peminat yang mendaftar akan menerima nada dering mono P Ramlee secara percuma serta banyak lagi kelebihan yang diberikan Celcom.
Kualiti penerbitan album ini tidak perlu dipertikai lagi kerana EMI cukup menekankan aspek ini. Semua lagu ditingkatkan kualitinya menerusi proses 憆e-mastered |
|
|
|
|
|
|
|
P Ramlee Dalam Kenangan - 22hb Mac 1929 - 29hb Mei 1973)
Walaupun telah 34 tahun meninggal dunia dan meninggalkan kita
dengan filem2 alllahyarham yang tak pernah jemu ditonton --
beliau tetap di dalam kenangan seluruh rakyat malaysia dari
yang kecil sampai yang tua -
the only filem melayu yang saya tengok adalah fliem P Ramlee
dan tak akan jemu tengok walau dah berpuluh puluh kali --
bujang lapok, pendekar bujang lapok, masam masam manis,
tiga abdul, ahmad albab - to name the few --
Sempena Mengingati ulangtahun hari beliau meninggalkan kita-
mungkin kita dapat sama2 post sikit apa yang kita tahu dan suka
tentang allahyarham - |
|
|
|
|
|
|
|
oh die meninggal 29 mei ker? makne nye ari selasa ni la kan? patut la rtm1 tayangkan concert siti utk p.ramlee tuh. baru aku faham skrg kenapa snp release awal sgt bagus2
[ Last edited by calmille at 27-5-2007 02:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 calmille's post
bukan snp laa~ rtm yang record.. i tink laa~ |
|
|
|
|
|
|
|
P Ramlee best tp dia pun banyak gossip gak...kalu forum cari dah ada masa tu...mau buat buku gossip pasal dia nih.... Al-fatihah utk beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #60 eleisha's post
sekarang ni movie pramlee dah macam satu kpantangan kat rumah aku.
mak aku langsung taknak tgk.. sebab dulu arwah abah yang minat sgt..
dah ada vcd, kalu tertukar channel tgk ada cerita pramlee, memang dia stop.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku jumpa vclip ni kat youtube..
persembahan Allahyarhamah Saloma - 2 tahun sebelum beliau kembali ke rahmatullah.. pada tahun 1981.. kira |
|
|
|
|
|
|
| |
|