|
central market byk kenangan masa belajo n keje kat kl dulu..
antara tempat pertama kitorang kene buat sketches...
building ni lah yg kitorang buat case study utk urban arch/rehab
penah buat performance kat depan central square yg ngadap cm dulu..grup akustik main angklung..me main angklung F..hehehehe
tempat pinjam buku ceta...kedai tu ade lagi tak?
tempat dok melengung tgk org lukis potret sambil tunggu bopren sampai..nak pi beli bahan kat papercraft bangunan sebelah..
kedai emas bawah tu tempat beli first cincin..hahahaha
tempat teman boss jumpa client..
wahhhh..lamanya tak pi CM
wajib bawak anak jalan pi situ one fine day |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 ninoZ's post
ada lagi kedai mamak kasik pinjam buku citer tu
hehe
bawak jenjalan kat dalam je yeah
kat luar tu bahaya
tak tau mcm dok kat mana, indon ka, nepal ka, bangladesh ka
semua ada
![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
120 tahun Pasar Seni
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
[email protected]
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0125/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg)
PASAR Seni pernah menjadi tempat artis dan penyajak mendeklamasikan puisi.
KEMBARA seni Zakaria Mat Isa, 42, bermula di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
揃angunan ini sudah sebati dengan jiwa saya. Di sinilah tempat saya mencari rezeki, bertemu pasangan sehingga kini mempunyai empat orang anak yang comel, |
|
|
|
|
|
|
|
Transformasi Pasar Seni
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0125/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.1.jpg)
GAMBARAN Pasar Seni zaman dahulu sebelum diubahsuai.
KOW SHIH LI, Pengarah Urusan Central Market Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan Pasar Seni sejak empat tahun lalu memberitahu, pihaknya banyak membuat perubahan pada Pasar Seni seperti membina pusat makanan.
揝elain itu, terdapat 300 buah kedai yang menjual produk kraf tangan yang menggambarkan citra masyarakat majmuk negara ini.
揔ami bangga bangunan ini menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia walaupun dahulu ada ura-ura untuk merobohkannya sebelum Persatuan Warisan Malaysia pada akhir 1970-an memasukkan pasar ini di bawah program pemuliharaan bangunan sejarah dengan bajet kerajaan Persekutuan berjumlah RM9 juta, |
|
|
|
|
|
|
|
Pasar Seni Akan Dijadikan Pusat Kesenian Setempat
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama)-- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menjadikan Pasar Seni sebagai pusat kesenian setempat dalam usaha menyemarakkan seni dan budaya.
Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli berkata pusat kesenian setempat itu diwujudkan dengan harapan agar produk seni budaya tempatan dapat dihimpunkan dan diketengahkan kepada masyarakat serta pelancong, dan secara tidak langsung memberi pendidikan tentang seni budaya.
Dalam mencapai tujuan itu, JKKN akan bekerjasama dengan pengurusan Pasar Seni dalam mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian sepanjang tahun ini bagi membangun dan memartabatkan kebudayaan dan kesenian ke tahap yang lebih tinggi, katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara JKKN dan Pasar Seni di sini, Jumaat.
Memorandum persefahaman itu bertujuan untuk JKKN dan Pasar Seni menyediakan rangka aktiviti untuk pelaksanaan pusat setempat bagi sepanjang tahun dan juga bagi menyediakan pengisian program yang relevan dan sesuai.
Beliau berkata Pasar Seni dipilih kerana kedudukannya yang strategik serta menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara dengan setiap hari Pasar Seni menerima kira-kira 13,000 pengunjung dan jumlah ini bertambah kepada sekitar 18,000 orang pada hari minggu.
Norliza berkata dengan adanya memorandum ini, Pasar Seni akan menyediakan kemudahan tempat untuk melaksanakan program yang dirancang iaitu pentas terbuka, prasarana asas seperti ruang pameran dan khemah, kelengkapan sistem audio dan sistem pencahayaan untuk persembahan, manakala jabatan itu pula akan menyediakan garis panduan asas persembahan dan khidmat nasihat teknikal setiap kali program dijalankan.
JKKN juga bercadang untuk mewujudkan kerjasama dengan pihak-pihak lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Pelajaran dan sebagainya, katanya.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pasar Seni Pusat Kesenian Setempat
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
PASAR Seni atau Central Market (CM) yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara sejak sekian lama dipilih Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai Pusat Kesenian Setempat Kuala Lumpur atau KL Cultural Hotspots.
Sehubungan itu, pelbagai aktiviti disusun sepanjang tahun ini bagi menyemarakkan lagi gelaran Pusat Kesenian Setempat.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu berlangsung baru-baru ini yang disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Pengarah Urusan Pasar Seni, Bernard Bong.
Pusat Kesenian Setempat diwujudkan dengan harapan produk seni budaya tempatan dapat dihimpunkan dan diketengahkan kepada masyarakat khususnya pelancong luar negara untuk mengenali Malaysia dengan lebih mendalam.
Selain itu dengan kemudahan ini, akan memudahkan lagi pengunjung untuk merasai serta menikmati hasil produk seni budaya yang dapat meninggalkan kesan mendalam kepada pengunjung.
Norliza berkata, JKKN dan Pasar Seni akan menyediakan rangka aktiviti untuk pelaksanaan pusat setempat sepanjang tahun dan akan menyediakan pengisian yang relevan dan bersesuaian untuk menyemarakkan lagi Pasar Seni.
揘ama Pasar Seni sudah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara sejak dulu, malah ia amat sinonim sebagai tempat menjual barangan cenderamata yang utama di Kuala Lumpur selain terkenal sebagai tempat berkarya pelukis tempatan.
揔edudukan Pasar Seni di tengah pusat bandar juga cukup strategik. Setiap hari Pasar Seni menerima kira-kira 13,000 pengunjung dan jumlah itu bertambah sekitar 18,000 orang pada hari minggu. Berdasarkan statistik itu, sememangnya Pasar Seni amat tepat dan sesuai sebagai Pusat Kesenian Setempat.
揟ujuan MoU ini diadakan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama strategik atau smart partnership antara JKKN dan Pasar Seni yang sedia terjalin selama ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melaksanakan program usaha sama yang lebih terancang bagi mewujudkan impak serta keberkesanan aktiviti seni dan memupuk semangat kerjasama berterusan antara JKKN dan Pasar Seni
揗elalui program ini juga, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan khususnya golongan muda berpeluang untuk berkarya dan menghayati hasil seni budaya dalam pelbagai bentuk seperti persembahan, pameran dan jualan yang lebih interaktif dan mesra pengguna, |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|