CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Ketua-ketua Polis Negara Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 10-9-2007 05:13 PM | Show all posts
Khidmat Musa Hassan Dilanjut Berdasarkan Kredibilitinya


KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Keputusan melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sehingga 13 Sept tahun depan disebabkan kredibiliti dan komitmennya memerangi jenayah tanpa jemu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata faktor utama ke atas keputusan itu juga disebabkan oleh Musa yang sedang berusaha gigih membanteras segala bentuk jenayah yang berlaku sekarang.

"Berdasarkan ciri-ciri kerja yang ada pada beliau, saya dapati Musa mempunyai kriteria yang perlu ada bagi seseorang untuk mengetuai pasukan polis," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Hock Seng (DAP-Bagan) pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lim ingin tahu sebab-sebab kerajaan melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara dan adakah ini menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekurangan bakat seperti beliau.

Abdullah berkata berdasarkan kepada integriti, komitmen dan pengalaman luas yang ada pada Musa, beliau percaya Musa dapat membawa perubahan dan pembaharuan kepada PDRM.

"Ini amat penting kerana kerajaan sememangnya bertekad untuk melihat satu transformasi bagi PDRM agar ia dapat menjadi satu pasukan yang lebih cekap dan bebas daripada sebarang bentuk rasuah," katanya.

Beliau berkata dalam melaksanakan perubahan yang diperlukan ini, seseorang ketua perlu diberi masa agar beliau dapat menjalankan tugas dengan penuh konsisten.

"Untuk itu keputusan melanjutkan kontrak Musa juga dibuat kerana saya percaya beliau perlu diberi masa untuk melaksanakan sebarang pembaharuan yang diperlukan bagi pasukannya," katanya.

Musa dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada tahun lepas dan perkhidmatannya disambung setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan nasihat dan penilaian Perdana Menteri, hasil perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2007 11:30 AM | Show all posts
brilianxx....

yg u mention is dato' zaman khan...bekas pengarah jabatan siasatan jenayah. antara tugas terakhir beliau sebelum bersara ialah mengetuai pasukan penyelamat dlm tragedi highland towers di hulu klnag tahun 1993.

posting terakhir beliau ialah kp agensi anti dadah kebangsaan.

dia tak pernah jadik KPN.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 11:53 AM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

Ayah terbujur kaku di depan mata
Oleh Mohd Azis Ngah



PASUKAN polis melepaskan beberapa das tembakan sebagai penghormatan terakhir kepada Tan Sri Abdul Rahman pada upacara pengkebumiannya.


Wartawan NST terkedu sebaik tahu bapanya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim mati ditembak

BERTUGAS sebagai wartawan, lebih-lebih lagi diberi tanggungjawab mengendalikan 'beat' jenayah, sentiasa penuh dengan cabaran. Selain berhadapan dengan kejadian ngeri seperti kemalangan atau pembunuhan, paling mendebarkan apabila petugas menghadapi situasi berlaku di luar jangkaan.

Seperti dialami bekas wartawan New Straits Times, Ahmad Najib Abdul Rahman pada pagi 7 Jun 1974, apabila terpaksa berhadapan dengan berita bapanya yang juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim, terbunuh selepas ditembak dua lelaki.

Pada hari itu, seperti biasa, kira-kira jam 8 pagi, Abdul Rahman keluar dari rumah di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, untuk ke Bukit Aman.

Sudah ditakdirkan, walaupun Abdul Rahman tidak sepatutnya ke sana, beliau tetap berbuat demikian kerana sudah berjanji dengan seorang pegawainya yang menghadapi tekanan kerja.

Mengikut jadual, beliau sepatutnya menghadiri mesyuarat tahunan Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Thailand (GBC) di Hotel Federal, Jalan Bukit Bintang, pada jam 9 pagi.



Tan Sri Abdul Rahman


Seperti yang pernah diceritakan kepada anaknya, Ahmad Najib yang ketika itu berusia 27 tahun, Abdul Rahman menyamakan dirinya dengan watak popular seorang detektif polis yang ditayangkan di televisyen ketika itu, iaitu 'Kojak' lakonan Telly Savalas.

"Itu adalah ciri-ciri polis yang ada pada diri ayah, adil tetapi tegas dan tidak takut untuk membuat keputusan," katanya.

Ketegasannya itu menjadi ancaman kepada pengganas, penjenayah terutama anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang ketika itu cuba menghalau British melalui kekerasan dengan menjadikan kejayaan Vietnam mengusir tentera Amerika di bumi mereka sebagai idola.

Tarikh 7 Jun itu menjadi detik hitam kepada negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), masyarakat khususnya keluarga Abdul Rahman apabila beliau mati ditembak dua lelaki bersenjatakan pistol ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.


AHMAD Najib (kiri) mewakili ayahnya menerima anugerah Raja Bhumibol daripada Menteri Pertahanan Thailand, Tun Dawee Chullasapya.

Kejadian itu berlaku ketika kereta yang dinaiki bersama pemandunya berhenti di Lorong Lee Yan Lian bersebelahan bangunan Lee Yan Lian menghala ke Jalan Tun Perak apabila kedua-dua pembunuh menembaknya bertubi-tubi dari arah kanan dan kiri keretanya.

Menceritakan detik malang itu, Ahmad Najib, anak kedua daripada tujuh beradik dan anak lelaki sulung dalam keluarga berkata, pada pagi itu beliau tidak sempat bersama ayahnya kerana arwah keluar awal untuk ke pejabat.

Ahmad Najib berkata, beliau keluar rumah mengambil bakal isterinya, Putri Kamaliah Megat Abu Bakar yang ketika itu bertugas sebagai wartawan Malay Mail untuk menghantarnya membuat liputan kes mahkamah di Bukit Mahkamah (kini Menara Maybank).

Ketika dalam perjalanan ke Bukit Mahkamah, mereka melalui Jalan Raja Perak dan melihat orang ramai berkumpul di situ.

"Kami jumpa wartawan NST, Kristal Cral dan tanya apa yang berlaku. Kristal kata, ada pegawai kanan polis mati kena tembak. Sebagai wartawan jenayah, bagi saya kes itu suatu yang menarik, lebih-lebih lagi membabitkan pegawai kanan polis.

"Memang ketika itu ramai pegawai polis diserang komunis di seluruh negara tetapi pada pagi itu saya belum pasti siapa yang kena tembak," katanya.

Ahmad Najib kemudian naik ke Bukit Mahkamah dan meletakkan keretanya di situ.

Daripada tangga di atas bukit itu, beliau ternampak orang ramai mengerumuni sebuah kereta Mercedes Benz berwarna biru langit dan terus hatinya berdetik - hanya ada satu kereta Mercedes Benz warna itu di Malaysia dan ia hanya milik bapanya.

"Saya terus terjun dari bukit dan berlari sambil menjerit bapa..bapa..bapa... Fikiran dah tak tentu hala, kaki goyah, lutut terasa longgar...saya lari sekuat hati menuju ke arah kereta. Masa itu saya jumpa Asisten Superintendan S Kulamsingam di tempat kejadian.

"Kulamsingam terus memeluk saya kerana ingin menenangkan saya namun ketika itu jenazah ayah sudah diusung keluar daripada kereta dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Saya masih tidak percaya dengan kejadian itu dan menaiki kereta polis untuk ke hospital.

"Ketika melintasi kereta ayah, saya nampak tempat duduk penuh dengan darah, cermin kereta pecah kena tembak. Di hospital saya nampak jenazah ayah dalam troli dan masih tidak percaya itu jenayah ayah.

"Saya pegang tangannya dan goncang badannya sambil memanggil nama ayah. Saya memandang ke arah Datuk Abdul Rahman Ismail (Ketua Polis Kuala Lumpur) yang ada di situ, dia hanya gelengkan kepala. Saya nampak jari ayah hampir putus, saya tahu dia terkena peluru ketika pertahankan diri," katanya.

Selepas 33 tahun kejadian berlaku, anak sulung Allahyarham Ketua Polis Negara, Abdul Rahman Hashim, Ahmad Najib masih terbayang-bayang sehingga kini kejadian bapanya mati ditembak.

"Walaupun secara kebetulan, ia seperti berlaku di depan mata saya. Sukar untuk saya melupakannya. Bagi saya ia seolah-olah baru berlaku semalam. Saya tidak akan melupakan tragedi itu sampai bila-bila," katanya yang kini bertugas sebagai Penyelia Bahan Inggeris di Unit Pendidikan Berita Harian.

Laporan bedah siasat menunjukkan Abdul Rahman terkena 11 das tembakan sekali gus meragut nyawanya, manakala pemandunya yang dikenali sebagai Haji Omar hanya cedera ringan di leher selepas berjaya melarikan diri.

Kali terakhir Ahmad Najib bertemu ayahnya ialah sehari sebelum kejadian iaitu selepas Maghrib. Mereka tidak sempat makan malam bersama dan Ahmad Najib keluar ketika ayahnya sedang menonton televisyen siri kegemarannya Kojak .

Mengikut rutin harian, sepatutnya pegawai khas Ketua Polis Negara, Deputi Superintendan Syed Osman Salleh sentiasa mengiringi ke mana saja beliau pergi, tetapi pada malam sebelumnya, Syed Osman ada menghubungi ketuanya bertanyakan sama ada dia perlu menemaninya keluar rumah atau tidak.

Bagaimanapun, beliau diarahkan supaya menunggu ayah di hotel untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Thailand (GBC).

"Umur dia (Syed Osman) masih panjang, ayah minta dia terus ke hotel dan mereka akan jumpa di sana. Saya masih tertanya-tanya kenapa pemandunya melarikan diri dan rekod siasatan menunjukkan pistolnya disimpan di bonet kereta.

"Mungkin dia panik, tergamam dan melarikan diri meninggalkan ketuanya berseorangan di dalam kereta, sedangkan ayah sangat mengambil berat soal kebajikan anak buahnya. Setiap kali ada misi khas, beliau akan panggil mereka dan katakan - sama ada kamu pulang dengan selamat atau tidak, saya mesti bertanggungjawab, saya mesti jaga keluarga kamu. Tolong lakukan ini (misi) untuk saya," katanya.


FAKTA:



Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim ditembak mati dua lelaki ketika berusia 51 tahun selepas dua tahun memegang jawatan itu.


Ditembak selepas tiga hari menerima pingat membawa gelaran Tan Sri daripada Yang Dipertuan Agong.


Dua lelaki dihukum gantung kerana terbabit dalam kes bunuh Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong dan dikatakan turut terbabit yang disyaki membunuh Abdul Rahman.


Polis menerima maklumat komunis di Thailand menawarkan ganjaran RM1 juta untuk membunuh Abdul Rahman, kira-kira lapan bulan sebelum ditembak mati.


Abdul Rahman berhasrat menulis buku mengenai Peristiwa 13 Mei 1969 berdasarkan pengalamannya sebagai Pengarah Cawangan Khas PDRM ketika itu.


Walaupun darurat ditamatkan 1960, pada 1968 pergerakan komunis bawah tanah mengganas lagi di Malaysia yang mengakibatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahman Hashim dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong terbunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 04:25 PM | Show all posts
apa nasib sebenarnya rahim noor yg pukoi anwar kt lokap dulu.dia didapati bersalah oleh mahkamah dan kena hukuman penjara tp adakah hukuman tu betul2 dilaluinya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 04:28 PM | Show all posts
nak tau gak saper sebenarnya yg patut jd ketua polis negara..musa hassan bukan org yg sepatutnya jadi sbb ada pegaai lain lebih senior dr dia..saper pegawai tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2009 06:58 PM | Show all posts
anne, try tgk kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2009 03:52 PM | Show all posts
thanks syd.... so anne dh tau skang.. sangat kesian kes ni.. jahatnye... tragis tu father mati dpn mata..... semoga rohnya di cucuri rahmat dan amalan baik yg dilakukan dikira sebagai pahala oleh Allah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 2.125153 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list