CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10967|Reply: 4

Dol Said

[Copy link]
Post time 4-12-2006 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Jejak: Dol Said lelaki paling dikehendaki British
Oleh Nasron Sira Rahim



MAKAM Dol Said di Taboh, Naning.


Pemerintah Naning susun strategi perang gerila, guna senjata tradisional untuk tumpaskan askar British ketika perang empat bulan

ADA kejadian aneh dan mistik yang diceritakan berlaku ketika tentera British cuba menjajah ibu kota Naning iaitu Taboh dengan menyerang pejuang Melayu, Dol Said serta pasukannya dalam Perang Naning Kedua 1832.

Seperti diceritakan beberapa penduduk lama kawasan itu, apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka.

Bagaimanapun, peristiwa misteri dan ajaib adalah demi membela tanah air, penentangan terhadap segerombolan tentera British itu tidak saja disertai penduduk watan tetapi turut disertai ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar.

Pengkaji Sejarah yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosiol Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali, berkata mengikut cerita penduduk tempatan, kejadian aneh itu menyebabkan tentera British kelam-kabut.

揗ungkin ia disebabkan 慿eramat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2006 11:28 AM | Show all posts

sambungan.....

PROFIL: Dol Said
Nama sebenar: Abdul Said
Tahun lahir: 1773
Tahun kematian: 1849 (76 tahun)
Suku kaum: Semelenggang.
Asal: Naning (kini Alor Gajah, Melaka)
Sumbangan: Pemerintah Naning kesembilan, tokoh penentang British.


Penjajah tawar wang tunai tangkap Datuk Seroja Merah

SELAIN mengumpulkan bala tentera untuk menyerang habis-habisan tentera Dol Said pada Perang Naning Kedua 1832, British turut mengeluarkan tawaran lumayan kepada sesiapa saja yang dapat menangkap Dol Said dan pengikutnya.

Tawaran itu berupa 1,000 wang Sepanyol bagi tangkapan hidup atau mati Dol Said dan 200 Sepanyol kepada pengikut tokoh itu iaitu Andika, Petah Melayu, Cik Had dan Cik Mohamad.

Pada Februari 1832, gerakan memerangi dan menawan Naning kali kedua dilancarkan British dengan kekuatan tentera antara 1,200 hingga 1,400 anggota diketuai Kolonel Herbert.

Tentangan kali ini bagaimanapun menimbulkan kesulitan pada pihak Dol Said kerana negeri jiran mereka tidak lagi mahu menghulurkan bantuan ketenteraan selepas negeri jiran itu diugut British.

Malah, ada antara negeri jiran Naning itu bertukar sokongan dengan memberi bantuan kepada British lantaran takut penjajah itu menyerang mereka pula.

Selepas bertempur sengit sehingga berlarutan selama tiga bulan, dengan kekuatan tentera terhad hanya kepada penduduk Naning selain kelemahan aspek senjata, pasukan Dol Said gagal mempertahankan tanah air mereka itu.

Pahlawan itu dan beberapa pengikutnya terpaksa berundur ke Pasir Besar dan Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Setahun menyembunyikan diri, Dol Said menyerah diri kepada British.

Beliau tidak dikenakan hukuman berat oleh British melainkan jawatannya dilucutkan dan dia menjadi rakyat biasa. Negerinya diambil British dan dia hanya digantikan dengan sebuah rumah dan pencen 100 rupee sebulan oleh tentera asing itu.

Beberapa pengikutnya yang lain dihukum buang negeri ke India. Hidup sebagai rakyat kebanyakan, Dol Said meninggal dunia pada Ogos 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

Dr Abdullah mendiamkan diri seketika selepas selesai menceritakan perjuangan wira bangsa itu. Kemudian dia memandang penulis dan selepas selesai berfikir, beliau memulakan bicara:

揑nilah semangat perjuangan bangsa Melayu terdahulu, kehadiran kuasa Barat tidak kita terima dengan mudahnya dan mereka menghadapi tentangan hebat. Kemenangan dalam Perang Naning Pertama 1831 membuktikan yang semangat bersatu padu dan strategi peperangan membolehkan kita menang.

揥alaupun ketika itu kita tidak memiliki senjata hebat, kita menang kerana bersatu. Perang Naning Kedua 1832 sendiri menjadi contoh jika bangsa Melayu tidak bersatu, ditambah pula jika ada antara bangsa Melayu yang menyokong Barat, kita akan menemui kekalahan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:20 PM | Show all posts
persoalan...

- kenapa dol said tak dihukum bunuh spt. datuk maharajalela

- negeri manakah yang menjadi 'barua' british dengan menawarkan bantuan kepada british menentang dol said

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 06:48 AM | Show all posts
Originally posted by Joe Hahn at 4-12-2006 12:20 PM
persoalan...

- kenapa dol said tak dihukum bunuh spt. datuk maharajalela


peristiwa ni berlaku dulu sebelum kes di pasir salak.. mungkin inggeris ingat ok.. tp bila terjadi kali kedua penentangan terhadap inggeris baru inggeris rasa tergugat dan mengenakan hukuman yg lebih berat agar org lain jd takut utk menentang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 12:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063273 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list