CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DecK

[PERBINCANGAN] Banjirrrrr Melanda Melaka

[Copy link]
Post time 3-2-2007 06:40 PM | Show all posts

Reply #100 Ax's post

ha ah btol, moto mat jaws asik terpeleot je kena tiup angin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2007 01:15 PM | Show all posts
ngeh3x..lawak weh banjir gh2 bando..polis siap naik bot smpi fajar..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 03:29 PM | Show all posts
td pegi tmn merak mas,,bnyk jalan dlm taman tu,,tak bley lalu,,naik air pasal longkang dah penuh,,ujan plak tak berenti dari pagi td
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 09:59 AM | Show all posts
Sentral: Bandaraya Bersejarah banjir
Oleh Junita Mat Rasid, Badrul Hizar Ab Jabar dan Saadiah Ismail
[email protected]


ANGGOTA penyelamat membantu penduduk menyelamatkan harta benda di Kampung Pulau Kelapa.

Hujan luar biasa menyebabkan beberapa kawasan di Melaka, Muar dinaiki air

MELAKA: Hujan lebat luar biasa kira-kira tiga jam, bermula jam 10 pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah dan tebing sungai di sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah dan Melaka Tengah dilanda banjir sehingga satu meter.

Banjir juga mengakibatkan beberapa laluan utama di Jalan Melaka Sentral, Batu Berendam, Bukit Beruang, Sungai Putat dan Durian Daun dinaiki air sehingga paras lutut hingga menyebabkan banyak kenderaan terperangkap.

Antara kawasan dikenal pasti teruk terjejas adalah Taman Bukit Beruang Utama, Taman Bukit Puteri, Taman Bukit Seksyen, Taman Mas Merah, Taman Marwis, Batu Berendam, Bukit Piatu, Kota Laksamana, Kampung Chetti, Pulau Kelapa.

Taman Putera, Taman Sin Ho, Durian Daun, Durian Daun Dalam, Pengkalan Rama, Kampung Sungai Putat, Peringgit, Kampung Batu Hampar, Kampung Solok Balik Bukit, Tengkera dan Merlimau dinaiki air sehingga ke paras pinggang.

Dua sungai utama iaitu Sungai Melaka dan Sungai Putat turut melimpah ke tebing hingga menyebabkan rumah berhampiran dinaiki air melebihi paras pinggang. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, sehingga tengah hari semalam, kira-kira 100 keluarga sudah dipindahkan, termasuk iaitu 40 di Durian Daun.

Katanya, semua mangsa dipindahkan sementara ke Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun dan bantuan sedang diusahakan untuk mereka.

Di Muar, hujan lebat hampir dua jam sejak jam 1 tengah hari semalam menyebabkan beberapa jalan di bandar ini dan kawasan sekitar Bakri dan Sungai Abong dilanda banjir kilat menyebabkan banyak kedai di kawasan bandar dan rumah penduduk turut ditenggelami air sedalam lebih 0.6 meter.

Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak di Jalan Salleh, di sini turut dinaiki air menyebabkan pelajar sesi petang terpaksa dibenarkan pulang lebih awal bermula jam 4 petang sebagai langkah keselamatan.

Antara kawasan yang terbabit ialah Jalan Meriam, Jalan Ali, Jalan Haji Abu dan Jalan Bentayan di kawasan bandar, manakala banjir di Bakri turut membabitkan kawasan Taman Bukit Bakri, Jalan Utara, Batu 6 Bakri dan Sungai Abong.

Tinjauan Berita Harian mendapati, banjir di kawasan itu mulai surut kira-kira jam 4 petang selepas hujan lebat berhenti.

Peniaga di kawasan Jalan Ali dan Jalan Haji Abu juga terpaksa membersihkan kedai mereka apabila longkang sedia ada tidak dapat menampung aliran air hujan menyebabkannya memasuki kedai mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 10:31 AM | Show all posts
stimik aku kene kilat gamaknye smlm huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 10:26 PM | Show all posts
off topik sikit...

kt mana pusat gym yg ada kt area ayer keroh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2009 04:22 PM | Show all posts
korg yng banjir...ktorg gak y bz..hehehe!!! kira duit bntuan mngsa banjir..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2009 12:41 AM | Show all posts
banjir ari senin aritu umah slim pun kena.naik sampai paras lutut hubby...
tension woo mengemas lepas banjir..banyak perabot kembang kayunya.
dapat bantuan RM200 ,lepas duit dobi basuh baju 4 bakul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2009 10:40 PM | Show all posts
huhu.. 2 kali akn banjir
memula tu truk betul... sampai moto aku pon tenggelam kat tmpt keje
cold storage pon tenggelam kan
2 kali gak la melaka mall tutup haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.064159 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list