Suami boroi tanda bahagia?
SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu
suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami
yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya
berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal
perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram
dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72
kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4
bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar
artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia
amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?
ISTERI BAHAGIA,
Hulu Langat.
[ Last edited by Pikir at 2-4-2009 13:47 ] |