CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2789|Reply: 2

Syor bina pusat khazanah Asia

[Copy link]
Post time 16-5-2007 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Syor bina pusat khazanah AsiaOleh Osman Lisut

Mohd Ali mahu kekal warisan bangsa, jadikan negara tumpuan pengkaji

MELAKA: Kerajaan disaran membina pusat pengumpulan khazanah tamadun Asia dalam usaha mengekalkan warisan bangsa di rantau ini yang sekali gus menjadikan Malaysia sebagai tempat rujukan dunia bagi pengkaji sejarah ketamadunan pada masa akan datang, kata Ketua Menteri, Datuk Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, ketika ini Singapura sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk membina pusat pengumpulan khazanah Asia di negara itu dan apabila siap kelak bakal menjadikannya sebagai negara tumpuan dunia untuk pengkaji melakukan penyelidikan.

"Malangnya, sebahagian besar daripada khazanah itu ada di negara ini tetapi tiada inisiatif pihak tertentu untuk mempamer atau dijadikan bahan rujukan. Tidak dinafikan kita mempunyai puluhan muzium tetapi ia belum memadai untuk memperkayakan khazanah negara.

"Ada diantaranya didapati tidak lengkap simpanan mereka sama ada dokumen, replika dan artifak berkaitan sesuatu bangsa di Malaysia. Ia secara tidak langsung merugikan kita yang selama ini terkenal dengan budaya dan adat resam," katanya selepas merasmikan Hari Muzium Antarabangsa 2007, Peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Paiman Keromo.

Mohd Ali berkata, kajian turut mendapati kebanyakan khazanah ini sudah dicuri dan dilarikan penjajah suatu ketika dulu, hingga menyukarkan kita untuk membuat kajian berhubung tamadun bangsa sendiri.

"Sebagai contoh, tamadun Kesultanan Melayu Melaka yang terkenal suatu ketika dulu banyak disimpan di beberapa muzium di Portugal, Amsterdam di Belanda dan London, Britain. Kebanyakan dokumen dan artifak berkaitan dilarikan ketika mereka menjajah kita 600 tahun lalu.

"Sudah tiba masanya khazanah yang bernilai tinggi itu dibawa balik ke negara asalnya untuk disimpan, dipamerkan dan dijadikan rujukan bagi generasi akan datang. Jika bangsa asing ingin mengkajinya, mereka perlu datang ke sini dan secara tidak langsung akan meningkatkan kehadiran pelancong," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat exco baru-baru ini turut mengasingkan Jabatan Muzium dan Jabatan Warisan negeri kepada entiti berlainan dalam usaha memperluaskan fungsi muzium itu sendiri, di samping berusaha mendapatkan pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Katanya, sejarah itu tidak pernah mati walaupun sudah berusia beribu atau beratus tahun, namun ia masih bernilai.

"Untuk itu fungsi muzium tidak lagi sekadar menyimpan dan mempamerkan bahan sejarah, sebaliknya diperluaskan sebagai pemberi maklumat yang terperinci setiap apa yang dipamerkan bagi memudahkan pengunjung membuat kajian mengenainya. Dengan adanya kemudahan sebegini, ia akan menjadi tumpuan utama orang ramai untuk mengetahui sejarah sesebuah negara atau bangsa," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali mengumumkan peruntukkan kerajaan pusat sebanyak RM12.6 juta bagi kerajaan negeri membina semula tapak kota Portugis dan kota Belanda di kaki Bukit St Paul, yang bakal menjadi tarikan pelancongan baru di Melaka.

Turut diumumkan peruntukkan RM8 juta bagi membina Muzium Tun Ghaffar Baba bagi memperingati jasa bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Ketua Menteri Melaka dan pejuang kemerdekaan suatu ketika dulu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2007 06:09 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

bgs jugak idea nih... X rugi pon kalo kita tubuhkn pusat khazanah Asia di M'sia nih.. kita bleh dpt mcm2 faedah dri pusat khazanah asia nih - kita bleh memperkayakan sejarah negara dan bangsa kita, mmbawa pulang kembali artifak & replika sejarah yg telah dicuri oleh penjajah, jdkan M'sia sbgai tumpuan pengkaji sejarah, meningkatkan sektor pelancongan negara, meningkatkan minat dlm pengetahuan sejarah di kalangan rakyat M'sia  & byk lg...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 16-5-2007 06:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 11:29 AM | Show all posts
idea yg bagus..patut dah lama benda ni ada....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.120837 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list