CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Gemukkkkkkk

mengimbau sejarah di segala daerah...

[Copy link]
Post time 22-11-2007 02:19 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by abe at 5-6-2007 12:27 PM
Sejarah Batu Gajah (tempat teman membesor)
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 22-11-2007 05:18 PM | Show all posts
berinformasi betul benang nih pesal pegi gerik ari tu tk amek gambo tanduk
rusa ni ha  ambik gamba kat rumah rehat je.

#baru balik dari gerik minggu lalu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 05:31 PM | Show all posts
Lebih sekurun yang lampau di tenga2 bandar teluk intan adal sebuah terusan laluan di antara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya. Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, di atas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan Menara Jam  - ala dipisa, Itali tu dengan mengambil bentu bangunan pagoda di negeri China.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 05:37 PM | Show all posts
Sejarah Teluk Intan
Lebih sekurun yang lampau di tengah2 bandar Teluk Intan ada sebuah terusan laluan di antara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya. Mak Intan merupakan seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik dan seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Post time 22-11-2007 05:38 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2008 11:54 AM | Show all posts
saja update pasal gerik.  

sapa mau tengok gambar-gambar persekitaran gerik, sila ke ---> http://kamal.fotopages.com/?entry=118962
.
.
Gerik terletak kira-kira 146km dari ipoh dan 102km dari kuala kangsar.  terletak bersempadan dengan jeli di bahagian pantai timur yang jaraknya lebih kurang 115km. pekan-pekan berhampiran, antaranya lenggong 55km dan baling 57km.

gerik merupakan 'ibu daerah' bagi daerah hulu perak yg merangkumi hutan belum, lenggong dan pengkalan hulu yang bersempadan dengan kedah.  daerah ni mempunyai 2 kawasan parlimen iaitu lenggong dan gerik dan mempunyai 4 dun.

keunikannya ialah dikelilingi hutan tebal yang masih tidak terusik lagi.  difahamkan tempat ni diterokai oleh orang melayu pattani yg lari dari siam.  loghat di sini amatlah berlainan dari tempat lain di perak kerana loghatnya seakan-akan kelantan + kedah

bandar gerik majoritinya didiami oleh kaum cina yang mengusahkan perniagaan manakala orang india amatlah sedikit kedapatan mereka disini.  majoriti penduduknya adalah orang melayu.

di gerik, segala kemudahan adalah lengkap walaupun tanggapan umum mengatakan tempat ni adalah terpencil dan tidak ada apa-apa kemudahan.  di sini terdapat masjid, kedai, bank,kem askar dan pelbagai kemudahan lain.  sama sepertt di tempat lain

bagi mereka yang datang dari arah kuala kangsar, grik merupakan tempat persinggahan utama sebelum menuju ke arah pantai timur atau utara semenanjung iaitu baling.  begitu juga sebaliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2008 02:54 PM | Show all posts
Nama asal-usul beberapa tempat di Perak ikut sejarah orang mandailing...(Petikan dari Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia).

Raja Laut bersama lebih kurang 1,000 orang Batak yang baru di Islamkan telah mendarat di satu kawasan yang kini di kenali sebagai Batak Rabit kerana telinga dan hidung mereka menggunakan subang yang besar hingga terjuntai lubang telinga dan hidung mereka. Raja Laut telah melintasi sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah lalu di panggil mereka Aik Batang Padang ataupun di kenali sebagai Sungei Batang Padang, sedangkan batang dalam bahasa Mandailing itu adalah sungei.

Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta. Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut "telor" orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh

Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah tinggal di Bukit Nenas di tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki mencari suaminya hingga sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di sana beliau bersama pengikutnya telah berkampung sementara menanti utusan Raja Asal menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini di kenali sebagai Siputeh. Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang dinamakan Siputeh, masing-masing di Selangor dan di Perak.

Cangkat Piatu pula diberi nama sempena tempat bersemadi Raja Asal kerana ianya adalah satu-satunya kubur yang wujud di situ (piatu) pada waktu itu.

Ustad Dahlan Harun (Lubis), 87, warga tertua Kampung Batu Sembilan memberitahu nama Chemor itu asalnya dari 隿emar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2008 03:04 PM | Show all posts
a'ah, kat chemor ni ada ramai melayu mandailing...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 27-10-2008 08:19 PM | Show all posts
mod, ok ke kalau nak mergekan thread ni kepada thread-thread berkaitan supaya bertambah banyak koleksi cerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.439259 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list