CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2531|Reply: 33

Dayang kena buat yang terbaik bukan hanya nak menang...

[Copy link]
Post time 11-6-2007 10:42 PM | Show all posts |Read mode
... sebab ketua juri rasanya tidak begitu menyokong dayang berbanding artis2 lain... kalau dayang tak mara ke peringkat seterusnya pun, ataupun tak menyandang juara pun... sekurang-kurangnya dayang kena buktikan pada ketua juri tu yg dayang bukan sekadar seorg penyanyi ordinary yg ada kat malaysia ni...

Kalau boleh kat thread ni kita selami apa yg ketua juri tu suka dan tak suka pada seorg penyanyi/artis/selebriti... sumbernya, artikel2 ketua juri tu dalam berita minggu...

harap2 semua juri diberi peluang utk tengok dan kaji perjalanan karier setiap artis yg bertanding supaya dpt dinilai kesungguhan dan pengorbanan mereka sebagai seorg artis...

antara nama2 yg pernah diangkat oleh ketua juri ini... (dan saya tak membantah pun kerana mereka memang layak dipuji) termasuklah hetty koes endang, siti nurhaliza, jaclyn, shiela majid, amy search, ella, anuar zain, ning baizura, hazami, mawi... tetapi saya tak pernah nampak nama dayang... rasanya dayang belum mencapai satu tahap yg dibanggakan oleh beliau... di mana kurangnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2007 10:50 PM | Show all posts
RAMLI MS ke tu???
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 11:06 PM | Show all posts
ramli ms la, sape lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 11:52 PM | Show all posts
penyanyi2 lain yg pernah dipuji oleh ketua juri tu termasuk lah... shanon, redzuan, sudirman, ramli sarip, jamal abdillah, anita sarawak, bob af2, ustaz asri dari rabbani, misha omar, adibah noor...

sedangkan dayang pun bukan calang2 penyanyi dan lebih baik daripada beberapa nama di atas... malah dayang tak pernah mengecewakan penonton bila nyanyi live pun... tapi kenapa yer?

[ Last edited by  male30plus at 15-6-2007 12:26 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 11:53 PM | Show all posts
Antara beberapa tajuk artikel ketua juri:

Aspirasi: Hetty Koes Endang satu dalam sejuta
- penyanyi yg berilmu tinggi dlm bidang nyanyian, menghormati pemusik2nya; sesuatu yg patut dicontohi oleh dayang

Aspirasi: Ramai penyanyi ada badi `stage fright'
- kes penyanyi pro yg ada masalah 'stage fright', sesuatu yg perlu dielakkan oleh dayang

Aspirasi: Tidak ramai artis mampu sebut perkataan dengan jelas, tepat
- antara yg bagus sebutannya adalah sharifah aini, anita sarawak, endang s taurina, liza af1, mawi...; dayang kena ambil perhatian tang sebutan ni...

Aspirasi: Penting mengetahui nota muzik
- perihal ilmu gak...

[ Last edited by  male30plus at 15-6-2007 12:29 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 11:54 PM | Show all posts
Kata beliau dalam artikel...

Aspirasi: Formula jadi penyanyi sempurna
-kelayakan ilmu nyanyian yang diharuskan untuk menjadi penyanyi profesional:
*menyanyi seharusnya didampingi dengan skil tersendiri
*kreatif
*tahu sekurang-kurangnya bermain alat muzik seperti piano atau gitar atau sebarang alatan muzik in pitch.
*penyanyi perlu ada akademik sebelum menceburi bidang nyanyian.
*Orang nak dengar anda menyanyi, lainlah kerjaya anda sebagai penyeri muka depan majalah atau akhbar hiburan.
*Jangan bersikap hipokrit
*Imej anda penting. Ia melambangkan diri anda sebagai penyanyi.
*Anda harus bersikap profesional. Jangan mencampuradukkan kerjaya dengan urusan peribadi lain, contohnya, dadah, alkohol, berjudi dan sebagainya, jangan disentuh!
*Kerjaya harus diberi keutamaan kerana itu `nyawa' anda. Kerjasama antara anda, penerbit album, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, penyanyi latar, tenaga kerja di TV, radio, media, wartawan dan PRO syarikat rakaman, harus berjalan secara profesional, tiada conflict of interest!
*Banyak teladan buruk terjadi, kita harus dulu bersikap neutral. Dengan sikap begini, orang lain akan hormat tata susila kerjaya kita dan secara automatik kerja kita berjalan lancar. Nobody is a star! Semua arah memerlukan kekuatan bersepadu, bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee, irama dan lagu tak dapat dipisahkan, kalau terpisah juga, pincanglah lagu, rosaklah irama.
*Jangan sesekali memilih bulu untuk berkerja. Dunia seni di sini terlalu kecil, nanti bersua juga suatu hari nanti.

[ Last edited by  male30plus at 15-6-2007 12:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2007 11:56 PM | Show all posts
Aspirasi: Jangan perkecil pemuzik undangan
Aspirasi: Kreativiti muzik, ilmu harus seiring
Aspirasi: Penyanyi latar boleh menjadi penyelamat

something to ponder upon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 11:56 PM | Show all posts
Antara komen-komen ketua juri dalam...

Aspirasi: Jac nyanyi macam dah datang 'hantu'!
-memperkatakan tentang AJL20: Saya masih menaruh harapan kepada dua penyanyi ini untuk memenangi kategori vokal terbaik iaitu Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Tambahan pula, kedua-dua penyanyi berkenaan perlu menyanyikan lagu yang mencabar kebolehan mereka dalam AJL20 kali ini. Namun pada malam sebenar, Ning sudah membuat kesilapan. Malah kalau saya menjadi juri pada malam berkenaan, saya juga akan memotong markahnya. Pada tahap nyanyian seperti Ning, dia tidak sepatutnya menyanyi sumbang pada awal-awal lagu Awan Yang Terpilu. Sebagai seorang penyanyi berkaliber, Ning tidak seharusnya membuat kesilapan seperti itu. Bagi saya, di situlah kekalahan Ning. Tapi, kalau dilihat dari penjiwaan (feel) lagu itu, ia memang cukup bagus. Ning menyumbangkan nada lagu berkenaan dalam peratusan yang banyak. Dia nyanyi sharp.
[peringatan: Dayang kena elak nyanyi sumbang, kena nyanyi penuh feel]

Bagi Jac pula, dia menyanyi macam dah datang 'hantu'! Dia langsung tidak memberi ruang untuk lagu Gemilang bernafas! Mana ada tempat yang kosong dalam lagu itu, dia akan ad-lib. Kalau saya jadi juri, Jac sebenarnya 'menyibukkan' nyanyian beliau dengan kusut itu. Terlalu banyak ad-lib, melampau! Apa yang dilakukan Jac itu mengganggu pernafasannya.
[peringatan: Dayang kena berpada-pada kalau nak buat ad-lib, sebutan kena jelas]

[ Last edited by  male30plus at 15-6-2007 12:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2007 11:56 PM | Show all posts
Beliau juga berpendapat, dalam artikel...

Aspirasi: Bukan semua artis mampu nyanyi di kelab
揂SSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin menyuarakan pendapat secara peribadi mengenai penyanyi top, artis popular yang diberi peluang membuat persembahan secara solo mahupun berkumpulan di kelab eksklusif, misalnya di Planet Hollywood (PH) Kuala Lumpur. Wajarkah mereka diberi peluang?

Wajarkah artis berkenaan menerima persembahan di situ? Dilihat dari pengamatan saya mengenai persembahan di PH, tidak semuanya berjaya. Persembahan yang berjaya boleh dibilang dengan jari.

Ada banyak pro dan kontra di situ. Bagi saya, sekiranya artis itu hanya mempunyai satu atau dua album saja, dia diberi peluang membuat persembahan di situ, saya rasa dia perlu lupakan saja.

Sebenarnya artis atau penyanyi perlu mengasingkan cara persembahan di PH dengan persembahan makan malam. Pengunjung yang datang bukan saja nak mendengar anda menyanyi, tetapi lebih tertumpu kepada kredibiliti seseorang penyanyi itu sendiri.

Apa yang anda boleh buat selain dari anda menyanyi di persembahan makan malam. Kalau artis berkenaan menyanyi di kelab eksklusif dengan cara dia menyanyi di persembahan makan malam, anda sebenarnya mempamerkan keburukan atau kecacatan diri anda!

Bayangkan, artis berkenaan perlu menyanyi selama 45 minit sebanyak dua set persembahan. Apabila artis itu hanya mempunyai dua album, saya rasa lagu hit anda, paling maksimum pun hanya ada empat atau lima lagu saja. Sedangkan dalam satu set persembahan, anda perlu menyanyi untuk 10 atau 11 lagu untuk 45 minit! Apabila keadaan itu berlaku, penyanyi berkenaan perlu menyanyi lagu orang lain. Apabila anda menyanyi lagu orang lain, pendengaran atau pandangan pengunjung yang datang terhadap anda akan berkurangan.

:hmm:

[ Last edited by  male30plus at 15-6-2007 12:33 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 11:57 PM | Show all posts
Juga....

Aspirasi: SMS bunuh bakat penyanyi profesional!
"ASSALAMUALAIKUM... SMS, SMS, SMS. Sesuatu yang menguntungkan dari segi perniagaan. Tapi, kalau dilihat dari sudut lain, SMS adalah sesuatu yang tidak menguntungkan peserta yang mengambil bahagian dalam program realiti TV itu sendiri, lebih-lebih lagi peserta yang ingin mencuba nasib menerusi program seumpamanya.

Anda tidak akan dijuri dengan adil menerusi SMS. Terus-terang saya memberitahu, ketika ini saya akan mengelak pelawaan stesen TV untuk mengundang saya sebagai pengkritik menerusi program realiti TV mereka.

Kebanyakan peserta yang memasuki pertandingan realiti TV ini, mereka adalah pada tahap amatur. Sedangkan pengkritik berada pada tahap profesional, jadi tidak adil. Tapi, itulah yang stesen TV inginkan, mahu pengkritik menggunakan bahasa yang agak kasar, membina, menjatuhkan semangat pun ada.

Kalau tidak dilihat dari segi wang ringgit sekalipun, namun kebaikan tidak menuju ke arah peserta berkenaan. Pengkritik boleh kritik apa saja, tapi yang menentukan kedudukan peserta realiti TV itu adalah orang yang mengirimkan SMS, bukan juri! Budak kecil yang tak faham apa itu seni, tidak menilai kredibiliti, cuma meminati peserta itu saja, pasti undian akan menjurus ke arah peserta yang diminati, bukan bakat!

Bayangkan andainya penyanyi yang bertaraf profesional memasuki program realiti TV dan dia kecundang di tangan penyanyi amatur, di manakah harga bakatnya yang sebenar? Kalau nak dibandingkan bakat penyanyi profesional dan amatur, jauh lebih baik yang profesional tu.

Tapi disebabkan SMS, ia membunuh bakat profesional itu. Secara peribadi, saya berpendapat, tidak wajar penyanyi bertaraf profesional menyertai program realiti TV. SMS tidak menghormati bakat penyanyi profesional. Senario seperti ini sebenarnya membunuh industri kita!

Saya berdiri di tengah-tengah. Saya tidak mengatakan jangan masuk realiti TV. Tapi, buatlah sesuatu yang anda fikir elok. Saya hanya berkongsi pendapat saja. Seperkara lagi, saya tak nampak di mana kelebihan apabila penyanyi profesional menyertai program realiti TV.

Sekalipun penyanyi itu menjuarai pertandingan realiti TV berkenaan, orang akan bercakap juga, "Dia tu artis rakaman, dah ada album, dah pernah menang anugerah! Mestilah dia menang!" Itu pandangan orang kita. Kalau dia kalah pun, maruah bakatnya tidak dihormati.

:hmm:

[ Last edited by  male30plus at 15-6-2007 12:34 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 11:57 PM | Show all posts
Aspirasi: Semua penyanyi ada tabiat, gaya masing-masing
Bagi saya, semua itu adalah gelagat masing-masing. Saya secara peribadi, teruskan saja trademark masing-masing asalkan mutu nyanyian terpelihara. Nyanyian harus ke depan lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2007 12:07 AM | Show all posts
ulasan penuh ketua juri tersebut ada dalam thread Aspirasi Ramli MS - Bi-Pop (BH)...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 11:28 AM | Show all posts

Ramli MS tak pernah komen nyanyian Dayang sebab nyanyian Dayang dah ok dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 02:28 PM | Show all posts

Reply #13 houdini's post

harap2nya begitulah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 10:06 PM | Show all posts
urrmmm..hrp dayang buat terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 04:22 PM | Show all posts
sebab siti pernah bagitau ramli yg dia tak suka dayang..dayang tu boleh jatuhkan siti..so sebagai menghormati perasaan bekas kekasih, ramli ambil tak kisah aje pasal dayang....so far blum pernah dia arrange muzik untuk album dayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2007 11:13 PM | Show all posts
Originally posted by makhluk at 15-6-2007 04:22 PM
sebab siti pernah bagitau ramli yg dia tak suka dayang..dayang tu boleh jatuhkan siti..so sebagai menghormati perasaan bekas kekasih, ramli ambil tak kisah aje pasal dayang....so far blum pernah  ...


hahahahahah
tk baik ko
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by makhluk at 15-6-2007 04:22 PM
sebab siti pernah bagitau ramli yg dia tak suka dayang..dayang tu boleh jatuhkan siti..so sebagai menghormati perasaan bekas kekasih, ramli ambil tak kisah aje pasal dayang....so far blum pernah  ...


Aku rasa Ramli MS profesional
Takkan sebab tu dia nak pinggirkan Dayang

Takpe.. apa kata kita suruh Syd tanya Ramli :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 10:13 PM | Show all posts
kita tk tahu juga
lain org lain cara dia
di buat nya dia tk suka
ha..abis la jwb nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 12:42 PM | Show all posts
Aku tak tengok la ikon mlm tadi... apa komen ramli ms kat dayang?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.115648 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list