|
Plus tutup sementara hentian Senawang esok
KUALA LUMPUR: Hentian Sebelah Senawang menghala ke arah selatan di Kilometer 248.4 akan ditutup sementara mulai 7 pagi hingga 12 tengah hari esok untuk kerja-kerja pembersihan, menurut Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).
Menurut kenyataan Plus hari ini, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan di kilometer 274.4 atau Hentian Sebelah Pedas Linggi (Selatan) di kilometer 230.3 untuk berhenti rehat atau mendapatkan keperluan lain. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air di daerah Tampin, Seremban
SEREMBAN: Beberapa kawasan di sekitar daerah Tampin dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok dan lusa.
Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Zulkifli Ibrahim, berkata beberapa kawasan sekitar daerah Tampin dijangka mengalami gangguan bekalan air selama sembilan jam mulai jam 8 pagi esok.
"Gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja penyambungan paip utama untuk membaiki dan menggantikan paip bocor di Taman Damai, Gemas. Gangguan itu membabitkan kem Syed Sirajuddin, sekitar kawasan Air Kuning Selatan, Felda Bukit Jalor dan Kampung Mantai," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, bekalan air dijangka pulih secara beransur mulai 5 petang pada hari berkenaan. Sementara itu, beberapa kawasan di daerah Seremban pula dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 14 jam mulai 8 pagi, Rabu ini, disebabkan oleh kerja-kerja pencucian kolam Broga.
Kawasan yang terbabit ialah Kampung Broga, pekan Broga serta sebahagian daripada Kampung Beranang, dan menurutnya bekalan air dijangka pulih secara beransur mulai jam 10 malam di hari yang sama.
Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian 06-7653000 / 06-7653001 / 06-7639100 atau talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan air
di Tampin
SEREMBAN 12 Ogos - Beberapa kawasan di sekitar Tampin akan mengalami gangguan air selama 9 jam mulai pukul 11 pagi hingga 8 malam pada 13 Ogos ini.
Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Zulkifli Ibrahim berkata, antara lokasi yang akan mengalami gangguan bekalan air termasuk Felda Jelai, Kompleks Majuternak, Felda Sungai Kelamah, Felda Pasir Besar, Kampung Pasir Besar dan Kampung Kurnia Diraja.
''Gangguan air disebabkan oleh kerja-kerja senggaraan pencegahan Pencawang Loji Air Pasir Besar, Gemas di Tampin," kata Zulkifli dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, bekalan air dijangka pulih secara beransur-ansur mulai pukul 9 malam dan pemulihan sepenuhnya akan mengambil masa terutamanya di kawasan tinggi.
Jelasnya, orang ramai di kawasan-kawasan terbabit yang memerlukan bekalan air semasa tempoh gangguan boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982.
Dalam pada itu, menurut Zulkifli, SAINS sentiasa komited dalam mempertingkat tahap perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan.
''Usaha mengenal pasti serta menangani kelemahan-kelemahan dalam sistem pengurusan air giat dijalankan sejak Jabatan Bekalan Air negeri diperbadankan sebagai SAINS pada 1 Januari lalu.
''Antara langkah-langkah yang diambil termasuk menganalisis, mengemaskini serta memperbaiki infrastruktur, sistem dan prosedur operasi syarikat," kata beliau.
Selain itu, tambahnya, sistem Indeks Prestasi Utama (KPI) turut digunakan bagi menilai prestasi setiap unit di dalam SAINS. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air di Seremban
SEREMBAN 2 Okt. - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) hari ini memaklumkan gangguan bekalan air sementara ekoran penutupan pair air lama jenis cast iron di sekitar bandar ini pada 3 November mulai 8 pagi hingga 8 malam.
Ketua Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, ia untuk membolehkan jurutera Sains membuat ujian dan semakan terhadap pengguna yang masih bergantung kepada bekalan air melalui paip jenis itu.
''Penutupan paip jenis cast iron ini adalah sebahagian daripada inisiatif Sains untuk mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil Non Revenue Water di negeri ini.
"Antara sebab yang boleh menyebabkan kadar Air Tidak Berhasil melonjak adalah kejadian paip bocor atau paip pecah yang berlaku pada paip-paip usang yang masih digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, langkah tersebut juga bagi mengatasi masalah Air Tidak Berhasil yang membawa kepada kehilangan air terawat dalam jumlah yang besar.
''Sains telah memulakan operasi penggantian paip-paip lama ini. Kerja pembaikan dan penggantian paip ini akan dilakukan secara berperingkat," jelasnya.
Beliau menambah, gangguan bekalan air sementara itu meliputi Jalan Seng Meng Lee, Jalan Dr. Murugesu, Jalan Yazid Ahmad, Jalan Campbell, Jalan Leftenan Adnan, Jalan Lintang dan Jalan Labu Lama.
"Jalan lain yang terlibat adalah Jalan Sungai Ujung, Jalan Dr. Krishnan, Jalan Dato' Abdul Kadir, Jalan Dato' Bandar Tunggal, Jalan Yamtuan, Jalan Tun Dr. Ismail, Jalan Veloo, Jalan Permata 5 Lobak dan Jalan Berhala," tambahnya.
Katanya, para pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air di Tampin hari ini
SEREMBAN 10 Nov. - Beberapa kawasan di daerah Tampin akan mengalami gangguan bekalan air pada 11 November mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Ketua Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan itu ekoran kerja penyambungan paip air 300mm oleh Jabatan Kerja Raya bagi kerja menaiktaraf jalan Air Mawang ke Ulu Yoh.
"Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Keru, Kampung Pondoi, Kampung Sri Repah, Taman Desa Permai Repah dan Taman Repah Baru," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau menambah, bekalan air dijangka pulih pada pukul 6 petang pada hari yang sama.
"Beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.
"Pihak SAINS daerah Tampin akan sedaya upaya mendapatkan bekalan sumber alternatif supaya kawasan gangguan dapat dikurangkan," tambahnya.
Katanya, para pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk keterangan lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan air di Tampin, Jempol, esok
SEREMBAN 15 Nov. - Gangguan bekalan air sementara akan berlaku di beberapa kawasan di daerah Tampin dan Jempol pada Selasa ini mulai pukul 8 malam hingga 8 pagi, keesokkan harinya.
Ketua Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Azlan Abdul Aziz memberitahu gangguan tersebut berikutan penutupan sementara Loji Rawatan Air Gemas Baru.
"Ia bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan di loji tersebut meliputi kerja retrofitting dan pemasangan elektromagnetik flowmeter di loji berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menambah, gangguan air di Tampin melibatkan Kem Tuanku Syed Sirajudin, Gemas, Felda Bukit Jalor, Kampung Mantai, Kampung Air Kuning Selatan, pekan Gemas dan taman sekitarnya, kampung di kawasan pekan Gemas, Fidlot Nasional Gemas dan Taman Pasir Besar.
"Sementara di Jempol pula membabitkan seluruh Gugusan Palong 2 hingga 11," tambahnya.
Jelas beliau lagi, operasi loji tersebut akan bermula pukul 8 pagi pada 18 November dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat mulai pukul 2 petang.
"Pihak SAINS daerah Tampil akan sedaya upaya mendapatkan bekalan sumber alternatif supaya kawasan gangguan dapat dikurangkan," tambahnya.
Katanya, para pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan air di Nilai hari ini
SEREMBAN 17 Nov. - Penduduk di beberapa kawasan di Nilai akan mengalami masalah gangguan bekalan air bermula pukul 8 malam esok hingga 8 pagi keesokan harinya.
Ketua Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan itu berikutan kerja-kerja pengalihan paip air bersaiz 500 mm di Jalan Kota Seri Emas oleh kontraktor Pembinaan Lepadu Sdn. Bhd.
"Kawasan yang akan menerima gangguan bekalan air adalah di sepanjang Jalan Nilai-Salak dan kuarters KLIA," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, bekalan air akan disambung semula pada pukul 8 pagi 19 November dan dijangka pulih sepenuhnya pada awal petang hari yang sama.
"Bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.
"Pihak Sains daerah Seremban akan sedaya upaya mendapatkan bekalan sumber alternatif supaya kawasan gangguan dapat dikurangkan," tambahnya.
Katanya, para pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan bantuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air Kg. Baru Mambau esok
SEREMBAN 1 Dis. - Penduduk Kampung Baru Mambau di sini dinasihatkan menyimpan air secukupnya berikutan gangguan bekalan air pada Khamis ini bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Ketua Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz memberitahu, gangguan itu ekoran kerja-kerja pengalihan paip di simpang Mambau-Kampung Kayu Ara.
"Bekalan air dijangka pulih pada hari yang sama. Bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, pihak Sains daerah ini akan sedaya upaya mendapatkan bekalan sumber alternatif supaya kawasan gangguan dapat dikurangkan.
Katanya, para pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan maklumat lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan airdi Tampin, 8 Disember
SEREMBAN 4 Dis. - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) hari ini memaklumkan gangguan bekalan air sementara sekitar Tampin pada 8 Disember ini, mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Ketua Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan ini berikutan kerja-kerja penyambungan paip air baru di persimpangan lampu isyarat laluan 1, Tampin.
"Penutupan air sementara ini membolehkan kerja-kerja pengalihan paip air M.S 300 mm kepada paip sedia ada yang dilakukan kontraktor Kombinasi Istimewa Sdn. Bhd," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azlan menambah, kawasan yang terbabit meliputi Taman Indah, Taman Clonlee, Taman Bukit Ria, Taman Mutiara, Taman Batu Belang, pekan Tampin dan Jalan Seremban.
"Bekalan air akan disambungkan semula pada jam 6 petang dan dijangka pulih sepenuhnya pada hari sama," katanya.
Tambahnya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan bekalan memandangkan pemulihan sepenuhnya mengambil masa.
"Pihak Sains daerah Tampin berusaha mencari air alternatif dalam mengurangkan gangguan air di kawasan yang terlibat," jelasnya.
Katanya, para pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam mah den kek senawang nih takdor air takdo plak SAINS bagitau....camanor nih....??? |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air di daerah Tampin dan Seremban pada 9 Februari
2010/02/05
SEREMBAN: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di daerah Tampin dan Seremban pada hari selasa ini ekoran kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip air di kawasan berkenaan.
Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Azlan Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan bekalan air di daerah Tampin berlaku selama lapan jam mulai 9 pagi pada hari berkenaan.
Katanya, kawasan yang terbabit ialah sekitar kawasan bandar Gemas, kuarters keretapi dan Taman Gemas Indah, Felda Bukit Jalor, pekan Air Kuning, Kampung Parit Buluh, Taman Sri Air Kuning, Kampung Air Kuning, Kampung Paya Lebar, Kampung Baru Air Kuning dan Kampung Mantai.
Beliau berkata, gangguan bekalan air di daerah Seremban pula berlaku selama lapan jam mulai 9 malam.
"Kawasan yang terbabit ialah Taman Tuanku Ja`afar, kawasan perindustrian Taman Tuanku Ja`afar, Taman Seremban Selatan, Taman Pinggiran Senawang dan Taman Tunku Ampuan Najihah," katanya.
Beliau menasihati pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu. Maklumat lanjut mengenai gangguan itu boleh diperolehi dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. -Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan air di Lenggeng, Nilai, Mantin dan Pajam esok
08/02/2010 12:57pm
SEREMBAN 8 Feb. – Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Lenggeng, Nilai, Mantin dan Pajam esok disebabkan kerja membaik pulih loji rawatan air Sungai Terip dekat sini.
Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd., Azlan Abdul Aziz berkata hari ini, gangguan bekalan air itu berlaku selama lapan mulai pukul 9 malam esok.
Kawasan yang terlibat ialah Enstek, Lenggeng, Taman Semarak, Mantin, Bandar Akamedia, Pajam, kuarters KLIA dan Nilai Perdana.
Sambil memohon maaf kerana kesulitan itu, Abdul Aziz menasihatkan pengguna agar menyimpan serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.
Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi syarikat itu di talian 1-800-88-6982. – Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air di Seremban, Tampin
2010/05/24
SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Seremban dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air esok.
Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air di daerah Seremban berlaku selama 12 jam mulai 8 malam manakala daerah Tampin pula 13 jam mulai 8 pagi.
"Kawasan terbabit di daerah Seremban ialah seluruh Bandar Baru Nilai, Nilai Impian, Nilai 3, Nilai 7, Kuarters KLIA, kawasan perindustrian Arab Malaysian, Taman Jasmin, Taman Cempaka, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Eka Matahari, Sendayan, Sri Sendayan, Sungai Sendayan, Gadong Jaya 1 & 2, Gadong Indah, LBJ, Jijan dan Labu.
"Daerah Tampin melibatkan Kem Tuanku Syed Sirajuddin Gemas, sekitar kawasan Air Kuning Selatan, Felda Bukit Jalor dan Kampung Mantai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azlan berkata gangguan yang berlaku di kedua-dua daerah itu bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan paip dan pemasangan 'pressure reducing valve' dijalankan.
Katanya bekalan air dijangka mula pulih secara beransur-ansur selepas tempoh penutupan itu tetapi beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.
Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan bantuan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air di Gemencheh, Tampin, Rembau esok
2010/08/04
SEREMBAN: Beberapa kawasan di Gemencheh serta daerah Tampin dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air selama 17 jam mulai 7 pagi esok.
Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata kawasan terbabit di Gemencheh ialah Kampung Punggor, pekan Batang Melaka, Taman Batang Melaka, Taman Regent, Taman Gemencheh Baru, Taman Bukit Gemencheh, Taman Bunga Raya dan Ladang Regent.
"Daerah Tampin membabitkan kawasan Kampung Pondoi, Kampung Kolam Air, Taman Bukit Tampin, Taman Indah Lama, Taman Woon, Taman Sri Belian, Taman Rasa Sayang, Taman Intan, Taman Bahagia, Taman Tampin, Taman Tampin Jaya, Kampung Baru Tampin, Kampung Dusun, Kampung Tampin Tengah, Industri Meena Jaya dan Rumah Rakyat Repah.
"Manakala daerah Rembau pula membabitkan kawasan Kendong, Kota, Gadong, Legung Ulu dan Hilir, Bongek, Chengkau, Nerasau, Penajis, Miku, Selemak, Astana Raja, Semerbok, Kampung Nerambai, Kampung Titian Bintangor, Kampung Titian Akar, Kampung Sawah Raja, Hentian Lebuh Raya Utara-Selatan Sebelah Utara Pedas-Linggi, Batu Hampar, Taman Seri Rembau, Taman Rembau Utama, Kampung Chuai, pekan Rembau, Tanjung Sena Ulu dan Hilir serta Kampung Senama," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, gangguan itu berikutan penutupan sementara operasi loji rawatan air Gemencheh bagi menggantikan injap bersaiz 900 milimeter disebabkan oleh kerosakan pada injap sedia ada.
Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
huhu nasib baik kg den tak terlibat samo.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam, selamat berpuasa pada umat islam |
|
|
|
|
|
|
|
Tampin and Gemencheh hit with water disruptions
SEREMBAN: Several areas in Tampin and Gemencheh will experience water disruptions for 12 hours from midnight tonight.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd communications and corporate affairs manager Azlan Abdul Aziz said in a statement that the disruptions were due to the temporary closure of Dangi water treatment plant for maintenance.
Further information can be obtain from toll-free line 1-800-88-6982. |
|
|
|
|
|
|
|
Tampin and Gemencheh hit with water disruptions
SEREMBAN: Several areas in Tampin and Gemencheh will experience water disruptions for 12 hours from midnight tonight.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd communications and corporate affairs manager Azlan Abdul Aziz said in a statement that the disruptions were due to the temporary closure of Dangi water treatment plant for maintenance.
Further information can be obtain from toll-free line 1-800-88-6982. |
|
|
|
|
|
|
|
Gangguan bekalan air di Kuala Pilah, Nilai dan Rembau
2011/10/17
SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Kuala Pilah, Nilai dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air 24 jam esok.
Gangguan bermula jam 8 pagi itu akan berlaku di daerah Kuala Pilah berikutan kerja penyelenggaraan sistem elektrikal dan kerja mencuci berjadual loji rawatan air Kuala Pilah dan Kolam Bukit. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) menerusi kenyataan Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awamnya Azlan Abdul Aziz, berkata kawasan yang akan terbabit ialah pekan Kuala Pilah, Kampung Dioh Seberang Pekan, Kampung Kuala Dioh, Taman Angkasa, Taman Dioh, Kampung Dioh, Kampung Sungai Dua Kecil, Taman Citajaya; Kampung Sawah Lebar, Kampung Acheh, Kampung Teluk, Jalan Seremban Lama, Taman Pilah Perdana, Flat Waja, Taman Sema, Taman Pilah Jaya, Taman Sentosa, Taman Setia Kasih, Kampung Gemuruh, Kampung Jawa dan Kampung Parit Seberang.
Turut terbabit ialah Kampung Parit Mungkal, Rumah Rakyat Melang, Taman Melang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Taman Impian Utama, Taman Bukit Mutiara, Kampung Tebat Kering, Sekolah Menengah Za’ba, Sekolah Jenis Keb. Tamil, Sekolah Menengah Tunku Khursiah, Taman Keng Ghuan dan Pejabat Daerah Kuala Pilah.
Selain itu, bekalan air ke kawasan Balai Polis Kuala Pilah, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, TNB Kuala Pilah, Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah, Pejabat RISDA, Taman Indah, Rest House Kuala Pilah dan Klinik Kesihatan juga akan turut terjejas.
Kenyataan itu menyebut gangguan dalam tempoh yang sama juga akan berlaku di Nilai kerana kerja pengalihan dan penyambungan paip serta penggantian injap di tempat yang sama.
Kawasan yang akan terbabit ialah tapak industri Enstek, kilang Coca-Cola dan perumahan Enstek Timur.
Gangguan bagi tempoh yang sama di Rembau pula disebabkan kerja pencucian berjadual kolam Rembau membabitkan Kampung Senama Hilir, Kampung Tanjung Keling, Kampung Perigi Jernih, Taman Desa Permai Mampong, Kampung Mampong;
Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kampung Chuai Hilir, Petronas Rembau, Taman Seri Rembau, Taman Rembau Utama, Kampung Seberang Sawah, Kampung Batu Hampar dan Kampung Baru Batu Hampar.
Menurut kenyataan SAINS, kerja-kerja penyelenggaraan dan mencuri berjadual adalah usaha berterusan pihak syarikat itu dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air.
Kenyataan itu menambah bekalan air akan disambungkan semula selepas jam 8 pagi 20 Oktober dan dijangka pulih secara berperingkat-peringkat sementara beberapa kawasan tinggi akan mengalami pemulihan tekanan air yang lebih lama.
SAINS akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif agar gangguan dapat dikurangkan dan pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
sesapa ada dengar angin ribut kat Taman Tasik Jaya. Boleh update? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|