View: 5386|Reply: 13
|
Kawalan Kolesterol Secara semulajadi
[Copy link]
|
|
Pengawalan kolesterol secara semula jadi-artikel dari utusan malaysia
KEMERIAHAN musim perayaan tentunya masih terasa apatah lagi undangan rumah terbuka terus diterima. Walaupun keseronokan masih belum reda, namun faktor kesihatan, khususnya akibat pemakanan kita seharus tidak diabaikan.
Bagi yang tidak mengawal pengambilan makanan selepas berpuasa tentunya dapat merasa perbezaan antara sehari selepas berpuasa dengan beberapa minggu selepas berpuasa.
Kebanyakan daripada kita dapat berbangga kerana dapat mengurangkan beberapa kilogram daripada berat badan semasa berpuasa, namun beberapa minggu kemudian berat badan kembali bertambah.
Kita juga mungkin berasa lebih cepat lesu dan letih.
Sekiranya keadaan ini berlaku, bagaimana pula dengan paras kolesterol anda? Sudahkah anda membuat pemeriksaan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah tersebut?
Tabiat pemakanan memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan tahap kesihatan kita. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada masalah kesihatan kronik seperti kolesterol, penyakit jantung, diabetes dan sebagainya sebenarnya boleh dielakkan dan boleh dikawal dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Peningkatan paras kolesterol boleh mendatangkan komplikasi kesihatan lain seperti aterosklerosis dan strok.
Ini juga yang ditekankan sempena Hari Jantung Sedunia baru-baru ini memandangkan betapa pentingnya mengekalkan paras kolesterol yang sihat demi kualiti dan kesejahteraan hidup secara umum.
Amalkan pengambilan makanan berlemak seperti lemang, rendang, sate dan pelbagai juadah dengan jumlah yang sederhana.
Gunakanlah daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan mengurangkan penggunaan santan dalam setiap masakan. Selain itu kurangkan penggunaan lemak trans seperti majerin dan mentega dalam biskut dan kek anda.
Anda boleh menggunakan alternatif seperti minyak zaitun berbanding minyak biasa yang tinggi kandungan kolesterol untuk masakan anda. Kekalkan pengambilan makanan yang seimbang dan jumlah yang sederhana beserta amalan senaman setiap hari.
Pencegahan awal adalah langkah terbaik. Penggunaan herba seperti Commiphora mukul merupakan antara langkah yang boleh diamalkan untuk membantu anda mengekalkan paras kolesterol. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas penurunan kolesterol dikenali sebagai guggulsterone.
Herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan ayurvedik ini juga bermanfaat dalam melindungi daripada pengerasan dinding arteri akibat pembentukan plak.
Bagi mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami peningkatan paras kolesterol, pengambilan herba mungkin boleh membantu anda.
Herba yang berasal dari India ini juga digunakan dalam menangani masalah obesiti. Ini kerana ia turut membantu dalam pengeluaran haba dan pembakaran lemak.
Minyak ikan yang terkenal dengan bahan anti keradangan bukan sahaja bermanfaat untuk membantu mereka yang menderita akibat penyakit keradangan sendi seperti osteoartritis tetapi juga sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung dan kolesterol.
Pengambilan ikan dalam diet seharian seharusnya dipertingkatkan memandangkan ia banyak memberi manfaat kesihatan.
Mereka yang tidak mengalami masalah penyakit jantung koronari juga digalakkan untuk mengambil ikan terutamanya ikan berlemak sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
Manakala mereka yang mengalami masalah jantung koronari boleh mengambil minyak ikan dengan dos yang lebih tinggi.
Kajian juga ada menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 yang terkandung dalam minyak ikan turut memberi manfaat dalam menurunkan tekanan darah.
Kemerosotan fungsi hati juga akan menjejaskan keupayaan hati untuk menyingkirkan toksik dan mengganggu metabolisme kolesterol.
Oleh itu pengambilan herba Milk Thistle dan Dandelion boleh membantu mengekalkan kesihatan hati dan meningkatkan keberkesanan pengawalan paras kolesterol. |
|
|
|
|
|
|
|
emmmm..kna makan minyak ikan nampaknya nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm....
kalu berat nak makan minyak ikan..penggunaan alternatif yg lain leh consider aper..
Anda boleh menggunakan alternatif seperti minyak zaitun berbanding minyak biasa yang tinggi kandungan kolesterol untuk masakan anda
ada pendapat menyatakn dgn hanya mengambil 2 tbsp minyak zaiton sehari leh mengurangkn risiko penyakit jantung
Limited and not conclusive scientific evidence suggests that eating about two tablespoons (23 grams) of olive oil daily may reduce the risk of coronary heart disease due to the monounsaturated fat in olive oil. To achieve this possible benefit, olive oil is to replace a similar amount of saturated fat and not increase the total number of calories you eat in a day
sbb fungsi minyak zaiton tue sendiri yg pelbagai trmasuk arr yg berkaitan ngan topic diatas
There is a large body of clinical data to show that consumption of olive oil can provide heart health benefits such as favourable effects on cholesterol regulation and LDL cholesterol oxidation, and that it exerts antiinflamatory, antithrombotic, antihypertensive as well as vasodilatory effects both in animals and in humans
link yg brkaitan.. http://en.wikipedia.org/wiki/Olive_oil
|
|
|
|
|
|
|
|
aper jenis jenis makanan yg elok tuk orang nak kurangkan kadar kolestrol nih eh ? |
|
|
|
|
|
|
|
3# cadillac05 ada pendapat menyatakn dgn hanya mengambil 2 tbsp minyak zaiton sehari leh mengurangkn risiko penyakit jantung
maksud ambil minyak zaitu 2tsb tu...buat minum ker masak guna minyak zaiton... |
|
|
|
|
|
|
|
3# cadillac05 ada pendapat menyatakn dgn hanya mengambil 2 tbsp minyak zaiton sehari leh mengurangkn risiko penyakit jantung
maksud ambil minyak zaitu 2tsb tu...buat minum ker masak guna minyak z ...
mya_sara2 Post at 3-2-2010 13:51
kalau sy amik 2 sudu mnyk zaitun buat mcm minum ubat..kalau msk apa2,tmbh minyak zaitun skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sy amik 2 sudu mnyk zaitun buat mcm minum ubat..kalau msk apa2,tmbh minyak zaitun skit..
ungu_violet191 Post at 3-2-2010 18:07
hmmm..faham, terima kasih sudi menjawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
makan pedas?? aku lagik pedas lagik aku selerae makan ...camna ? |
|
|
|
|
|
|
|
Antara penyebab stroke, darah tinggi dan sakit jantung ialah salur darah tersumbat kerana kolesterol yang diserap ke dalam dinding salur darah menyebabkan bengkak pada dinding salur darah dan menyebabkan salur darah semakin sempit dan tersekat.
Phytocol berfungsi dengan membekalkan badan dengan phytosterol, yang mana ia menyerupai molekul kolesterol dan mengawal penyerapan kolesterol.
Kepada mereka yang nak selesaikan masalah kolesterol secara natural, phytocol supplemen yang sangat bagus. Untuk mendapat kebaikan yang sama seperti phytocol, dalam sehari anda boleh makan
200 lobak merah
425 tomato
70 keping roti gandum
Shaklee ialah syarikat supplemen natural berusia lebih 50 tahun. Halal, selamat dan semulajadi
Shaklee Distributor
Arfah
019.311.5284 |
|
|
|
|
|
|
|
http://affavitaminstore.blogspot.com/2014/06/produk-terbaru-shaklee-phytocol-st.html?m=1 |
|
|
|
|
|
|
|
apa pendapat TT tentang menggantikan gula dengan STEVIA untuk mengawal kolestrol secara semulajadi? |
|
|
|
|
|
|
| |
|