CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3472|Reply: 9

Sejarah Kaum Aztek

[Copy link]
Post time 27-11-2007 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Kaum Indian Aztek merupakan satu kaum yang pernah menguasai bahagian tengah dan selatan Mexico semenjak abad  ke14 sehingga abad ke 16. Kaum Indian Aztek telah membina empire yang agung dan mempunyai kemudahan asas yang setaraf dengan kemudahan moden. Kaum Aztek juga merupakan arkitek yang unggul yang telah membina sistem saliran yang menakjubkan. Kaum Aztek juga mempunyai darjat sosial, sistem kerajaan, dan sistem keagamaan yang digunakan sehari-hari.

Salah satu contoh kejayaan arkitekture kaum Aztek adalah piramid agung Tenochtitlan yang mula dibina oleh Montezuma I, pemerintah Azteks pada tahun 1466. Piramid itu hanya disiapkan pada pemerintahan Montezuma II, sekitar 1508 "(Carrasco, Montezuma Mexico, Ms. 49)."

Selain itu bandar Aztek juga dilengkapi dengan sistem air minum dan sistem pembentungan yang lengkap. Satu sistem paip yang menggunakan paip tembikar menyalirkan air daripada gunung yang mengelilingi bandar Mexico ke semua bandar dan pekan di lembah Mexico. Dalam setiap bandar atau pekan terdapat  10 sehingga 12 kolam yang digunakan sebagai air minuman atau disalirkan ketempat mandi atau tandas umum. Hanya kaum bangsawan mempunyai sistem air minuman dan tandas di rumah mereka.

Sistem pembentungan Aztek berfungsi sama seperti sistem pembentungan pusat moden, di mana najis dikumpulkan di dalam kolam pengumpulan. Di kolam pengumpulan, najis pepejal akan ditapis, sementara air kumbahan disalirkan melalui beberapa tingkat jeram yang menapis air tersebut. Najis pepejal akan dibiarkan dalam kolam pengumpulan selama enam bulan sebelum digunakan sebagai baja di kebun tasik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2007 02:37 PM | Show all posts
Kaum Aztek terbahagi kepada empat golongan. Golongan terbawah adalah hamba dan orang biasa yang bekerja di tanah kepunyaan bangsawan dan dikenali sebagai ''Tlacotli''.  Golongan kedua dikenali sebagai yang beruntung atau ''Macehualtin'', ini disebabkan mereka bebas daripada tanggungjawab sebagai pemerintah atau terpaksa bekerja seperti ''Tlacotli''. Mereka merupakan pedagang, penjual, dan artis yang membentuk sebahagian besar penduduk. Setiap ''Macehualtin'' tergolong dalam kumpulan bersaudara yang dikenali sebagai rumah besar atau ''calpulli'', setiap ''calpulli'' mempunyai tanah, suku  kaum, pemimpin, dan kuil mereka sendiri.

Selepas itu terdapat keturunan kaum bangsawan atau ''Pipiltin'', yang merupakan sebahagian daripada sistem kerajaan bagi sistem pemerintahan empire Aztek. Sebahagian dari mereka membentuk majlis penasihat yang bertugas untuk menasihati maharaja dan melantik waris daripada keturunan maharaja. Setiap bangsawan ''Pipiltin'' memakai gelaran "ztin" selepas nama mereka.

Puncak golongan Aztek adalah jurucakap yang dihormati atau ''Uey-Tlatoani''. ''Uey-Tlatoani'' mempunyai kawalan mutlak berkenaan hal umum dan salah satu tugasnya adalah memperluaskan saiz empire Aztek setiap tahun. Sekiranya ''Uey-Tlatoani'' gagal memulakan peperangan selepas tempoh tertentu, ''Uey-Tlatoani'' itu akan disingkirkan dan digantikan oleh bangsawan ''Pipiltin'' yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 02:38 PM | Show all posts
Kerajaan Aztek terdiri daripada pemimpin diraja dan sistem kerajaan yang luas yang menyokongnya. ''Uey-Tlatoani'' menangani hal-ehwal luar empire Aztek seperti memulakan perang  dan menandatangani perjanjian perdamaian.  Selain itu terdapat juga pemerintah dari darah diraja yang dikenali sebagai ''Cihuacoatl''. Tugas ''Cihuacoatl'' adalah menangani masalah dalaman ''Tenochtitlan'' seperti penyelenggaraan sistem perairan dan sistem penghakiman.

Sistem kerajaan yang ditubuhkan oleh kaum bangsawan  memenuhi fungsi yang sama seperti yang dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan masa kini.

Untuk menanggung belanja menguruskan empire, kerajaan Aztek mengenakan cukai dua kali setahun. Akaun yang teliti  disimpan tentang jumlah cukai yang perlu dibayar bagi setiap jajahan dan jumlah cukai yang telah di bayar oleh setiap jajahan. Cukai yang tinggi dan persembahan yang dikutip secara paksa menjadikan banyak jajahan tidak berpuas hati.

Apabila Hernando Cortez tiba pada awal 1500, tanah jajahan yang tidak berpuas hati ini, dengan gembira membantu Hernando Cortez dengan bertindak sebagai sebagai pengintip dan pemberi maklumat.

Ugama Aztek berasaskan banyak dewa-dewa, tetapi dewa yang paling penting adalah dewa matahari. Orang Aztek percaya bahawa dewa matahari memerlukan korban jantung manusia agar matahari tetap bersinar setiap hari.

Untuk tujuan itu, piramid agung Tenochtitlan telah dibina sebagai pentas korban manusia kepada dewa matahari, sementara para paderi Aztek bertugas untuk melaksanakan upacara pengorbanan manusia mangsa-mangsa penyembahan matahari. Pada kemuncak piramid agung Tenochtitlan terdapat patung dewa matahari yang mempunyai bekas untuk meletakkan jantung mangsa korban yang masih berdenyut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 02:38 PM | Show all posts
Sementara itu pula, para paderi Aztek pula tidak dibenarkan untuk mandi atau membersihkan diri sepanjang mereka menjadi paderi. Ini menyebabkan paderi Aztek penuh diseliputi dengan darah dan urat perut mangsa penyembelihan mereka.

Setiap tahun ''Tenochtitlan'' melancarkan '''Perang Bunga'''  'Flowery War,' di mana pertempuran olok-olok diadakan semata-mata bertujuan menangkap tahanan. Kebiasaannya pertempuran adalah kecil di antara jajahan di dalam empire, tetapi pada tahun piramid agung Tenochtitlan dirasmikan, satu pertempuran besar diadakan yang mengakibatkan kekalahan mutlak sebuah jajahan Tenochtitlan dan dianggarkan 20,000 hingga 80,000 tahanan perang didapati.
Selepas Perang Bunga  'Flowery War,' para tahanan telah bawa ke ibu kota dan dikorbankan dalam istiadat Kematian Bunga 'Flowery Death.' Upacara pengorbanan itu mengambil masa seminggu penuh untuk para paderi mengorbankan kesemua 80,000 orang tahanan itu. Pengorbanan tahanan-tahanan itu telah dikatakan menyebabkan kawasan sekeliling piramid agung Tenochtitlan ditenggelami tasik darah dan timbunan mayat yang lebih tinggi daripada bangunan sekitar.

Kesemua unsur-unsur yang  bertentangan ini antara kemajuan kemudahan asas berbanding fanatik keugamaan yang memerlukan korban manusia menjelaskan bagaimana kebudayaan Aztek berkembang sebegitu lama, tetapi akhirnya membawa  kepada keruntuhan tamadun Aztek. Tanpa ciri-ciri tersebut, Aztek tidak mungkin menjadi empire yang besar dan mempunyai kebudayaan yang mereka ada. Empire Aztek sekarang telah lama musnah, bersama hasil kerja unggul mereka. Tasik besar dan kebanyakan monument Aztek telah ditimbus oleh bandaraya Mexico. Beberapa artifak yang ada hanyalah disebabkan mereka tersimpan di muzium dan digali baru-baru ini. Yang masih kekal adalah Nahuatl , bahasa Aztek yang masih dipertuturkan oleh penduduk asli di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 02:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 04:24 PM | Show all posts
Kaum ini dikenang oleh Mexico dengan terbinanya Stadium Azteca di Mexico City yang menjadi tempat perlawanan Final dua kejohanan piala dunia iaitu 1970 dan 1986.
Lagi unik kedua-dua perlawanan tersebut menampilkan lagenda bolasepak terkemuka dunia dalam zaman masing-masing iaitu Pele dan Maradona.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2007 04:26 PM | Show all posts
ni yg cite based on mel gibson's movie tu kan? ape tah namanya. lupa lak aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 09:31 PM | Show all posts
Apocalyse....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2007 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by LanoG at 27-11-2007 09:31 PM
Apocalyse....



Yeah! apocalypto!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 10:25 PM | Show all posts
azteca juga turut dikenang oleh pembikin counter strike dan map ini digelar cs_aztec
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069714 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list