|
Telefon Bimbit Hilang? Apa Yang Boleh Lakukan
Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yangtersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-
* # 0 6 #
tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia bolehdisenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.
Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain
alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mix_chinese's post
betulka telco kt malaysia blh provide service ni..
yen rasa tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 medangmru's post
btul tu...
telco2 ni outsource dgn satu company lain...
lupa nama dia... |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni da lama da ...
sampai skang blom buat ..
tak lama lagi kot .. |
|
|
|
|
|
|
|
penah dengar dulu kata bleh trace pencuri tu bila dia aktif h/p . . . cam mana arr |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya leh buat tapi provider malas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 mix_chinese's post
xreti buat ke?...
hp pcik kita baru je hilang td...
1 n70 1 sabun...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 tomatogirl's post
ilang 2 trus? kene rompak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 avrilizana's post
bukan kena rompak...
ada udak masuk rumah...
tau2 je nampak dia kuar...
tgk2 hp 2-2 hilang....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
kalo ada service camnih kan senang...
sume pencuri susah atiii da.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noddyFARHANA at 28-12-2007 07:22 PM
kalo ada service camnih kan senang...
sume pencuri susah atiii da....
sedang menanti telco sedaikan serbis ni secara pree or kos minimum |
|
|
|
|
|
|
| |
|