CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3553|Reply: 4

CARA TAMBAH PINGAT DI SUKAN SEA/ASIA/OLIMPIK

[Copy link]
Post time 14-12-2007 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Sukan Sea: Pembangunan atlit wanita perlu diberi lebih tumpuan
PERSATUAN sukan kebangsaan perlu memberikan lebih perhatian terhadap pembangunan atlit wanita kerana mereka sudah terbukti mampu menghasilkan kejayaan buat negara pada masa depan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaa'far berkata pemain bowling wanita negara adalah antara contoh atlit wanita yang berjaya menampilkan persembahan terbaik di Sukan Sea kali ini.

"Pemain bowling wanita sudah membuktikan beberapa kali keupayaan mereka selama ini.

"Dan saya rasa ini adalah satu sebab kenapa persatuan sukan kebangsaan seharusnya menggembeleng usaha yang lebih untuk membangunkan atlit wanita," katanya yang ditemui ketika melawat skuad negara di SF Strike Bowl, Bangkok, semalam.

Secara keseluruhannya, Tunku Imran bangga dengan persembahan atlit wanita Malaysia pada tahun ini sambil menjelaskan mereka datang tepat pada ketika diperlukan.

"Atlit wanita kita terbukti menampilkan persembahan terbaik tahun ini terutamanya (pemain badminton) Wong Mew Choo yang memenangi gelaran Siri Super Terbuka China buat kali pertama dan menewaskan ramai pemain handalan China.

"Pemain badminton dan tiga pemanah lelaki membanggakan kita kerana berjaya layak ke Olimpik secara merit. Mereka seharusnya mengekalkan tahap terbaik dalam permainan mereka pada tahun depan dan beraksi dengan baik seperti tahun ini," katanya.

Ditanya mengenai Sukan Olimpik Beijing tahun depan, Tunku Imran yakin temasya empat tahun sekali itu akan menjadi medan buat atlit negara mencipta sejarah bagi mendapatkan keputusan terbaik bagi mengembalikan maruah negara selepas gagal pada 2000 dan 2004.

"Saya berharap akan dapat melihat persembahan terbaik daripada atlit kita terutama pemain badminton. Memang kita mahu memenangi pingat tetapi apa yang lebih penting ialah mereka dapat mencipta pencapaian peribadi terbaik.

"Kerana itu, mereka perlu mencipta tahap persembahan lebih berkualiti di Olimpik bagi memastikan penampilan yang lebih terpuji dalam saingan terbaik di sana nanti," katanya

[ Last edited by  madonnat at 15-12-2007 06:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2007 01:52 PM | Show all posts
aku memang amat setuju la sesangat. aku rasa la, kene bangunkan ATLET WANITA BERTUDUNG. sayang.. takkan sebab  BERTUDUNG x nak wakili negara. tak yah la soh bertudung ni masuk GIMRAMA ke SWIMMING ke OLAHRAGA ke.. or..MUAYTHAI .aku rase yang bertudung ni ade banyak cabang sukan lain kita leh mantapkan. contoh

1. MENEMBAK
2. MEMANAH
3. BOWLING
4. LAWAN PEDANG
5. LAWN BOWL
6. BILLIARDS and SNOOKER
7.PETANQUE
8.TABLE TENNIS
9. ROWING

acara2 kat atas tu aku rase x de la ganas sangat dan x perlu bukak tudung pon nak menang. terutama
MENEMBAK. la ni TEMASEK ngan VIETNAM hebat gila. mungkin dengan sukan2 ni kita mantapkan kita boleh raih lebih banyak lagi PINGAT.

Ape pendapat korang  ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 08:34 PM | Show all posts
Pendapat aku la..sukan yang tidak memerlukan penekanan terhadap kekuatan fizikal..kita perlu kuat memberi penekanan terhadap sukan yang memerlukan kekutan mental..contoh dah ader kat atas..sukan2 camni la yang perlu kita kuasai untuk ke peringkat olimpik..

Atlit kita klu nk beradu kekuatan fizikal memang xsetanding ngan atlit luar negara terutama di peringkat dunia..

Klu wanita yang ingin mewakili negara tapi bertudung tu...ader banyak cabang sukan lagi yang boleh diorang wakil...korang pilih jer sukan2 kat atas tu..

Nurul Huda Baharin pun bertudung jgak kan..bleh menang pingat emas lagi dalam sukan komanwel..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2007 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by syazwan89 at 14-12-2007 08:34 PM
Pendapat aku la..sukan yang tidak memerlukan penekanan terhadap kekuatan fizikal..kita perlu kuat memberi penekanan terhadap sukan yang memerlukan kekutan mental..contoh dah ader kat atas..sukan2 ...


ahaha.. setuju
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 09:13 PM | Show all posts
sports yang malaysia power mostly xde dalam list olimpik games..ie..boling..squash...boling padang...etc..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.061260 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list