View: 3343|Reply: 2
|
Punca Penyakit dan Cara Jaga Kesihatan -
[Copy link]
|
|
what a great info!! --
i wanna share 'em with forum members in this board -
----------------------------------------------------------------------------------------
Punca penyakit dan cara jaga kesihatan
03-01-2008
KUALA LUMPUR: Sehingga ini kita telah melihat bagaimana penyakit-penyakit terjadi oleh kerana satu atau lebih faktor seperti berikut:
+ Racun yang terkumpul dalam tubuh kerana gaya hidup tidak sihat. Ini termasuk kurang meminum air, terdedah kepada sinaran matahari yang banyak, dan kurang kencing kerana air yang banyak hilang melalui peluh, mandi air panas dan menggunakan kipas untuk menyejukkan badan.
+ Mengambil makanan dan minuman yang tidak sesuai, daripada segi kualiti dan kuantiti termasuk kurang makan dan makan berlebihan. Selain itu memakan makanan yang diperbuat daripada tepung halus yang boleh menyebabkan sembelit kronik, mengambil terlalu banyak makanan berasaskan haiwan, memakan sayur dan buah yang dicemari racun serangga dan pengawet.
+ Gas-gas beracun yang terperangkap dalam tubuh termasuk karbon dioksida yang dihasilkan oleh tubuh kerana sukar bernafas, selain menyedut gas-gas toksik daripada sumber luaran seperti semburan toksik, racun nyamuk, wasap pembentungan/industri/ trafik.
+ Keseimbangan dalam pH (asid/alkali) terjejas dalam bendalir tubuh. Ini berlaku kerana mengambil makanan beralkali atau berasid, selain daripada faktor-faktor lain.
+ Aliran bendalir limfa dan darah yang terganggu boleh disebabkan oleh pakaian ketat, seperti seluar dalam, tali pinggang, stoking, tali leher yang ketat.
+ Penggunaan radioisotop, imbasan, radiasi dan biopsi bagi diagnosis, kemoterapi kuat, antibiotik sangat toksik dan pelbagai jenis ubat-ubatan, interaksi ubat-ubatan, pembedahan yang tidak perlu yang seringkali mencetuskan apa yang dikenali sebagai gangguan 'iatrogenic'.
+ Racun daripada haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama kita juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh membawa maut.
Sekarang ini lazimnya dipercayai penyakit-penyakit manusia adalah penyakit keturunan, iaitu diwarisi melalui gen. Bagaimanapun apabila idea ini dinilai secara logik, jelas tidak satu pun gangguan kesihatan ini ada kaitan dengan gen. Ini kerana adalah mustahil bagi alam semulajadi untuk mengekalkan gen-gen yang memudaratkan prinsip-prinsip evolusi dan warisan.
Bagaimanapun, semasa menjalankan penyelidikan saya menemui satu kaedah untuk membantu orang ramai meneruskan kehidupan bebas daripada penyakit bagi tempoh yang lama, iaitu sistem sembuh ekologi.
Sistem sembuh ekologi
Ini merupakan satu program saintifik bagi penjagaan kesihatan menyeluruh dan berasaskan kepada penyelidikan sejak 30 tahun yang lepas, sebagi pelengkap kepada perubatan moden.
Menerusi sistem ini, punca masalah tertentu dikesan terlebih dahulu, dan kemudian diperbetulkan. Ubat-ubatan, vitamin sintetik, senaman yang mengeluarkan peluh berlebihan, had-had pemakanan dan sebagainya perlu diketepikan. Bagaimanapun, bahan-bahan makanan yang khasiatnya boleh dijelaskan secara saintifik digunakan untuk membetulkan gangguan kesihatan.
Program sembuh semulajadi
Prosedur ini memerlukan pengambilan makanan dan buah-buahan beralkali atau berasid, membetulkan amalan minum dan kencing, mengubah tabiat pemakanan dan mengamalkan senaman mudah yang tidak menyebabkan peluh seperti bernafas dengan betul, menggosok tubuh dan mengurut badan menggunakan tuala.
Melalui sistem ini golongan dewasa bekerja tidak digalak melakukan senaman yang menyebabkan peluh. Bagaimanapun, golongan tua digalak berjalan dengan pantas. Kebanyakan makanan yang dilarang oleh perubatan moden dan perubatan tradisional untuk menangani penyakit boleh dimakan semasa dan selepas terapi ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
actually imho, banyak penyakit yang kita alami adalah kerana hereditary --
yang paling obvious ialah penyakit kulit/gatal2 --- i read about that lots in journal
and article from MD - and they said that eczema and skin problems actually
is hereditary and not easily been cured -- kalau badan gatal2 kulit ada ruam
etc - usually it is for life - boleh prevent dari jadi teruk -- tapi nak cure 100%
slim to none -
-- lagi satu yang hereditary ialah - cancer - not all but chances the keturunan
nak kena is higher if their ancestors pernah kena cancer ni -
-- lagi satu - heart attack - from the journal i read - also mentioned about
heart attack pun -- as hereditary -
*anyway according to article above - lots of factors contribute gejala2
penyakit pada manusia dan bukan semata2 kerana hereditary per se
and i tend to agree with that also ---
all those mungkin boleh prevent at earlier stage -- pemakananan yang sihat -
ha - makan pisang banyak2 - it is a good source of LOTS of stuff --
and as well - eat lots of fruits and vegetables -
drink milk (mana yang tolerate milk - just like my good friend - sokmo minum
susu - budak sebijik ni ) -- good source of calcium - gigi dan tulang yang kuat - |
|
|
|
|
|
|
|
Prosedur penjagaan kesihatan
Dalam proses memulihkan kesihatan, enam langkah berikut diambil: (1) menyingkirkan bahan toksik daripada tubuh, (2) mencegah input baru racun dalam tubuh daripada sumber luaran dan dalaman, (3) memperuntuk, melengkap atau mensubsidi apa-apa kekurangan dalam tubuh menggunakan sumber dalaman, (4) menstabilkan fungsi tubuh, (5) membetulkan tanggapan salah berhubung pengurusan kesihatan, dan (6) satu program untuk membentuk semula tubuh, tangan, kaki dan muka.
Apabila kesemua enam langkah ini diambil, seseorang itu dapat mencapai tahap kesihatan yang unggul. Ini mungkin dengan langkah-langkah yang diambil mengikut kaedah ekologi bagi penjagaan keseluruhan sistem badan -- gastrousus, respiratori, kardiovaskular, hem dan limfatik, urogenital, endokrina, saraf, otot-tulang dan sistem pembiakan -- bagi prestasi terbaik mungkin.
Tahap unggul kesihatan
Seseorang yang sihat sepenuhnya harus
(a) boleh makan dan hadamkan makanan dengan baik, tanpa diganggu flatulens dan perut buncit,
(b) sentiasa bertenaga sepanjang masa,
(c) membuang air besar tanpa bimbang akan buasir atau pendarahan,
(d) mampu bernafas dengan mudah tanpa tercungap-cungap, mulut tidak berbau,
(e) darah berkualiti baik, tanpa perlu khuatir akan tekanan darah tinggi/rendah atau sakit jantung,
(f) mempunyai sistem saraf yang mantap dengan tubuh stabil, dan bersama memori dan refleks baik,
(g) mempunyai daya penglihatan dan pendengaran baik,
(h) dapat tidur lena,
(i) tidak mempunyai masalah semasa haid atau mengalami ketumbuhan, sista, sakit tubuh, migrain dan sakit kepala,
(j) mempunyai tubuh yang subur, bertenaga sepenuhnya dengan tahap kesihatan seksual yang baik,
(k) kelihatan muda, dengan kulit licin, tanpa kedut dan tanda-tanda penuaan.
Selepas ini seseorang tidak perlu bimbang akan kesihatannya, kerana tubuh akan berada dalam keadaan ini, membolehkan seseorang bekerja untuk tempoh yang lama setiap hari walaupun dalam usia tua.
Peraturan untuk dipatuhi
Secara ringkas, berikut ialah langkah-langkah mudah yang boleh membantu dalam mengekalkan kesejahteraan kesihatan tubuh.
Seseorang harus minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.
Seseorang perlu elakkan makan berlebihan, dan apa-apa makanan yang diambil mesti bebas daripada sisa racun serangga dan pengawet. Mengelakkan makanan yang menyebabkan sembelit, dan mengamalkan tabiat membuang air besar yang baik juga penting.
Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan.
Ada makanan yang bersifat asid dan ada pula yang bersifat alkali. Adalah lebih baik jika seseorang dapat memastikan 40 peratus daripada makanan yang dimakan adalah berciri asid, dan 60 peratus berciri alkali.
Golongan dewasa tidak harus membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak yang menyebabkan peluh berlebihan. Aktiviti harian biasa sudah memadai untuk menjaga kecergasan. Bagaimanapun, mereka di zaman persaraan boleh berjalan pantas bagi jarak singkat setiap hari.
Apabila keadaan kesihatan adalah baik, tiada siapa pun harus mengambil makanan tambahan atau ubat-ubatan tidak perlu. Golongan dewasa dan kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan baik tidak sepatutnya mengambil apa-apa makanan pelengkap kalsium. Mereka yang hidup di negara-negara tropika harus mengelakkan pelengkap vitamin D sejauh mana yang boleh.
-------------------------------------------------------------------
nak jaga kesihatan - bukan dari jaga makan minum sahaja -
exercises pun kena buat juga -
and more importantly - spiritual tu -- perasaan inner tu
kena jaga juga - kalau banyak marah2 sana sini --
banyak ada perasaan dengki khianat, iri hati etc.... -
tu pun merosakkan kesihatan -- so - kita kena selalu
buat activiti yang bagus untuk kesihatan kita --- go out there -
do something fun -- tengok movie ka, go out with a friend
for teh tarik ka, gardening ka, tanam rumput ka,.....
bela ikan ke..., bela kambing ka,.. kejar biawak ke --
apa2 la yang kita rasa will make our life fun and live life
the fulliestl - and have peaceful mind -
and oh......... drink lots of H2O -
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 3-1-2008 11:42 PM
Prosedur penjagaan kesihatan
Dalam proses memulihkan kesihatan, enam langkah berikut diambil: (1) menyingkirkan bahan toksik daripada tubuh, (2) mencegah input baru racun dalam tubuh daripad ...
Untuk menyingkirkan bahan toksid kita perlukan vitamin (cth: Vit E) yg boleh kita dapati dari sayuran (cth: Bayam), Tapi adakah cukup kuantiti vit harian dari diet harian kita.
Pakar pemakanan kata kita perlu 400 iu vit E sehari = 14 kilo bayam sehari ??
Mampukah kita makan bayam macam Popeye untuk sihat tanpa mempertimbangkan supplement ?
Ramai yg merasakan diri mereka di TAHAP UNGGUL KESIHATAN.. hanya menyedari mereka sakit satelah rebah kena Strok !! kerana kebanyakan penyakit zaman ini tidak menunjukan tanda awal... hanya disedari bila menarik NAFAS TERAKHIR..
[ Last edited by Nazrulism at 4-1-2008 05:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|