CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahkim1

Bahasa ke-2 anda

[Copy link]
Post time 11-4-2009 08:45 AM | Show all posts
Woi, Pulut! Lama tak bersua.... Hang duk mana la ni?

Apa hang cerita tu akupun sedia maklum. Aku cam hang la...tak suka nak pura2 ,nak tunjuk lagak
cakap Inggeris tak bertempat. Bagi aku, ni Malaysia, bahasa kebangsaan, Melayu dan bila bercakap dengan orang Melayu aku nak cakap Melayu.

Bila kita cakap tak de accent orang tempatan cakap Inggeris,dah heran pula. Dah tanya pula kita dari mana, kita habaq orang  sini ,heran pula. Tanya pula taman mana? Jawab duk sekian2 kampong, dah cam tak percaya, terkejut beruk pula. Dah jadi cam interview. Tetiba jadi camcelebrity. Tanya kerja apa pula. Meluat...habaq kerja motong! Senang....berasa ambik la...orang tak suka dok korek2 hal peribadi orang....

Yang aku heran nak pulun cakap Inggeris juga ni apa kejadahnya?  Hampir semua orang di Sungai Petani ni reti cakap Melayu, sampai ke Bangla pun bulih Melayu la ni.

Yang selalu jadi, kalau aku talipon depa jawab," Hello, good morning, may I help you?" , dengan lancar dan sedapnya. Pas tu aku pun balas balik dan tanya apa aku nak tanya dlm BI, hm...tergagap2 jawab, langsung bunyi accent Melayu pekat  BInya. Kekadang depa tak paham pula American English aku. Baru padan muka, eksen sangat. Ni pekan kecik, majority manusia cakap Melayu, jawab la tipon dlm Melayu. Kalau si pemanggil tu tak faham Melayu, baru la hang cakap Inggeris. Setuju dak ngan cadangan aku ni? Letak la bahasa kita ni ke depan sikit...amboi....

Aku gelak sendiri tenguk perangai depa ni. Rupanya depa hafal ayat mukadimah tu..lelain tu ha...merangkak2 la.....

Dulu ni aku duk heran awat la orang yang duk buat pengumuman di supermarket ni umum dlm bahasa Inggeris bila nak panggil pekerja mereka. Rupanya dipaksa . Baru ni aku kat Giant customer service. Mai sorang salesgirl tanya kawan yg duk layan aku cemana nak tulis announcement dlm BI tuh. Dua2 ngok tak pasti nak kata apa. Aku tanya, awat tak cakap je Melayu? Bukan ada pekerja omputih pun! Dia jawab, terpaksa kak, bos suruh . Hm...pelik betui.
Aku pula memang duk meluat dengan hal ni.Aku kata, 'Huh, kalau hampa buat pengumuman tu sebut betui, nahu betui, tak pa jugak. Ni buat malu!" Yang  depa nak pulun Inggeris juga tu buat apa? Pi la pulun practise tang lain".   Aku kata sambil gelak la...depa pun tergelak. Nak buat cemana kak.......

[ Last edited by  belanga at 11-4-2009 08:48 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2009 11:36 AM | Show all posts
ari tu call maybank customer service, nak mintak tac no. dengan operator tu cakap melayu jer, lepas dia sambung ke manager dia, terus speaking dgn aku. aku  jadik speechless kejap,sebab aku tak faham pun dia tanya apa. bukannya tak pernah berurusan dgn kaunter bank kat sini, tapi bila aku call bank malaysia, diaorg cakap english, aku jadik tak baper paham lak. slowkah aku?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by eyzlyn at 11-4-2009 11:36
ari tu call maybank customer service, nak mintak tac no. dengan operator tu cakap melayu jer, lepas dia sambung ke manager dia, terus speaking dgn aku. aku  jadik speechless kejap,sebab aku tak f ...


Bukan setakat slow, hang bongok terus! Bongok Malaysian English!
Ada sekali sorang India ni cakap Inggeris tanya sesuatu dengan anak aku. Anak aku ni terkebil-kebil  dan diam. Pas tu Indian tu tanya aku, " She doesn't know how to speak English?" Boo pun bongok Malaysian English lagu hang la juga... Sekarang sudah lama di sini, dia dah boleh faham English style Melayu, China dan India. Peh!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 11:55 PM | Show all posts
Masa kat US, mak kita cakap BM dgn kita dan adik beradik lain. Disebabkan saya anak yg paling bongsu dan masih bayi lagi so mmg tau BM jerlah... Tapi kakak dan abang pergi sekolah jadinya pandai english. Bila balik malaysia, saya baru belajar membaca dan mengira dalam bm. masa darjah dua baru cikgu ajar BI. Tapi disebabkan exposure pada tv(kartun) sesame street masa kecil2 lagi jadinya kita pick up sket2. Kiranya masa kat sekolah, BI kita paling advance dan selalu dapat A. Dengan kawan2 tak boleh cakap BI sebab diorang akan ejek atau ingat kita berlagak / anak org kaya. Masuk uni swasta, belajar dalam BI tapi lecturer suka cakap BM dan kalau yg bukan melayu mengajar pun terpaksa cakap bm sebab student2 struggle nak faham. Masa mula gi oversea, kita jadi pendiam sebab kalau nak cakap kena fikir dulu. Lama2 jadi bosan dan lonely.. so mula cakap BI dgn kawan2 mat salleh..sampai kalau tido atau sleep talk pun cakap BI. Skg nie My brain sudah neutral because apa yg kita fikir bukan dalam bi atau bm.. . Kadang2 saya campur black country accent dalam english sebab kalau terlalu standard (queen english/ cockney accent)  bunyi dia pelik.  Kakak kita plak dah biasa cakap BM, jadi kurang fasih BI dia bila tinggal di scotland walaupun dia lagi pandai menulis  cerpen masa budak2 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 10:18 AM | Show all posts
duk indo 5 thn , bahasa melayu jd ampeh, bhs inggeris makin bodo, bhs indo x pikap2, bahasa jawa lagi cam haram, so xde bahasa yg master...

rugi je :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 09:59 AM | Show all posts
125# azz_azza

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2009 11:59 AM | Show all posts
125# azz_azza

macam2.... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2009 03:31 PM | Show all posts
azz_azza,

ya rabbi lawaknya hang nih..tak pa..hang masih bulih menulis lam melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 02:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakbugis at 9-9-2009 20:57

Post Last Edit by anakbugis at 9-9-2009 20:55

menarik baca topik thread ni...

alhamdulillah... dalam keluarga kami, ada tiga bahasa.  apa yang kami buat sejak anak sulung lahir, bapak dia memang cakap bahasa ibunda dia dengan anak.  saya pulak cakap melayu (hampir-hampir nak cakap bugis, tapi bahasa bugis cuma boleh berbual dengan famili, jadi buat keputusan, guna bahasa rasmi, melayu). ...  

masa mula-mula anak yang pertama nak pandai bercakap, memang seronok dengar... kalau kami borak dan tanya dia soalan... dengan bapak dia dia cakap bahasa bapak dia, dengan saya dia cakap melayu secara otomatik....saya suka sangat

sekarang anak sulung dah 5 tahun lebih, bahasa melayu dah jadi bahasa kedua dia, sebab dia pergi french school.  cakap melayu kat rumah je... tapi masih boleh nyanyikan adik2 dia lagu 'air pasang pagi', 'satu labah-labah', 'enjit-enjit semut' dan 'cak-cak koci'... hehehe...

Insya Allah, kami berpegang kepada di mana langit dijunjung, di situ bumi dipijak, tapi anak-anak tetap tau yang mereka ni adalah beragama Islam dan di dalam tubuh mereka ada darah melayu (tang Islam ni memang kena tekankan sebab my PIL ni churchgoers..., FIL pun member NGO yang aktif dalam missionary work ni...)..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.229468 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list