View: 6465|Reply: 1
|
paus bryde di muzium sabah
[Copy link]
|
|
Paus Bryde bersemadi di Muzium Sabah
Oleh Suzianah Jiffar
Proses pembersihan sisa daging, susun rangka tulang sukar
KOTAKINABALU: Kira-kira 50 meter sebelum sampai ke bahagian belakang UnitTaksidermi Muzium Sabah bagi melihat proses pembersihanrangka PausBryde, bau busuk yang teramat menyambut kehadiran penulisdanjurugambar, Datu Ruslan Sulai.
Terdetik dalam fikiran ketikaitu, 'bau busuk apa seolah-olah bau ikan masin ini'. Bagaimanapun,semakin menghampiri bahagianbelakang untuk melihat proses pembersihanpaus itu, baru kami tahu darimana punca bau berkenaan selepasdimaklumkan oleh Ahli TaksidermiMuzium Sabah, Albert Lo.
Berada di kawasan pembersihan bagi membuang lemak dan sisa daging dibahagian tulang rusuk, rahang serta tengkorak,bukan saja terpaksasekali-sekala menutup hidung tetapi dalam masa samaperasaan kagummelihat pekerja unit itu yang 'selamba je' melaksanakantugas mereka.
Tidakcukup dengan 'haruman' dari paus itu, kami juga terpaksaberhati-hati dikawasan tempat pembersihan paus membabitkan bahagian tengkorak danrahang kerana ulat dari bahagian terbabit sudah mula keluar.
Bertemankan haruman dan ulat selain berasa kagum melihat tengkorak dantulang rahang paus Bryde yang memang saiznya besar, iatidak menjejaskanmatlamat kami untuk melihat proses pembersihan pausitu yang dilakukanUnit Taksidermi yang diketuai oleh Lo.
| PROSES menyusun rangka paus dari kepala hingga ekor sepanjangkira-kira 20 meter.
|
Pada awal Januari, tulang ikan paus Bryde sepanjang kira-kira 20meteryang dihantar ke Jabatan Muzium Sabah untuk dibersihkan sebagaiprosesawal mengawetkannya.
Bagaimanapun ketika itu, ekor dantulang paus itu yangditanam Jabatan Perikanan negeri akan digali semuladalam tempoh duahingga tiga bulan.
Dalam lawatan buat kesekiankalinya ke unit itu pada Junlalu, proses pembersihan sudah siapdilakukan dan tumpuan kepadapengawetan rangka paus itu bagi memastikania kekal lama.
Kali ini, semua rahang, tengkorak, tulang rusukserta bahagian ekor paus itu sudah disusun di hadapan pejabat unitberkenaanuntuk proses
Kali ini, semua rahang, tengkorak, tulangrusuk serta bahagian ekor paus itu sudah disusun di hadapan pejabat unitberkenaan untuk proses pengawetan serta membaiki mana-mana yang rosak.Ketikaitu, prosesnya sudah siap 95 peratus.
Lo berkata,proses membersih dan mengawetkan paus itu adalah satucabaran kepadamereka di unit Taksidermi kerana sebelum ini lazimnya hanya haiwan kecilseperti kijang yang diawetkan di situ.
"Bagaimanapun, kamimenggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengetahuan yang ada bagimenyiapkan proses itu," katanya sambil menambah kira-kira 10 kakitanganunit itu terbabit dalam proses berkenaan.
Dan, dalam tinjauan kemuzium awal Ogos lalu, menyaksikankakitangan unit itu sudah menyambungbahagian tengkorak, tulang rusuk,rahang dan ekor menggunakan besi tahankarat.
Rangka paus itu juga sudah disusun serta diletakkan diataspentas khas di bangunan utama Muzium Sabah untuk dijadikanbahanpameran baru di situ.
Bagaimanapun, semua itu adalahcerita kira-kira lapan bulanlalu yang mana pelbagai cabaran ditempuhikakitangan unit itu yang diketuai Lo dalam menyiapkan rangka pausberkenaan.
Ia kerana mulai 27 Ogos lalu, rangka paus Brydesudah dipamerkan di bangunan utama Muzium Sabah, seperti bentuk asalnyacumamamalia itu tidak lagi bernyawa.
Kini, paus Bryde yangditemui terperangkap di perairan cetakberhampiran perairan Lok Urai,pada 15 Disember lalu sebelum ditemuimati dua hari kemudian di tempatyang sama, 'bersemadi selamanya' dibangunan utama Muzium Negeri sebagaitatapan semua pengunjung.
Persemadiannya di situ membolehkanorang ramai melihat secaradekat rangka paus Bryde yang jarang ditemuidi perairan negara ini.
Malah berdasarkan laman webwikipedia.org menjelaskan bahawapaus Bryde disenaraikan sebagaiKekurangan Data oleh KesatuanAntarabangsa untuk Pemuliharaan AlamSemulajadi dan Sumber Semulajadi(IUCN).
Ia juga disenaraikandalam Lampiran 1 bagi KonvensyenMengenai Perdagangan AntarabangsaSpesies Fauna dan Flora Liar Terancam(CITIES) yang melarang perdaganganantarabangsa untuk ikan paus ini.
Dalam pada itu, sebanyak 297spesies agi mamalia pula,terdapat 297 spesies mamalia darat diMalaysia. Sebanyak 22 mamalialaut direkodkan di Malaysia dan initermasuk dolfin, ikan paus dandugong (Dugong dugon).
Sementaraitu, pameran rangka paus itu dirasmikan YangDipertua Negeri, TunAhmadshah Abdullah sempena pameran khas DirgahayuTuan Yang Terutamaanjuran Jabatan Muzium Negeri di Kompleks MuziumNegeri.
Iaadalah pameran baru di muzium ini. Muzium di InstitutPenyelidikan MarinBorneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan MuziumMarin di Labuan akanturut mempamerkan rangka paus tetapi saiznya agakkecil.
FAKTA
15 Disember 2006 - Paus Bryde ditemui di laut cetek di perairan berhampiran Lok Urai
17 Disember 2006 - ditemui mati di kawasan sama
20 meter - panjang paus
18/12 - memindahkan bangkai paus ke lokasi sesuai oleh Jabatan Perikanan negeri
Akhir Disember - bangkai paus dihantar ke Muzium Sabah untuk pembersihan dan pengawetan
Kira-kira lapan bulan - proses menyiapkan rangka paus itu
20 tan matrik - berat paus
Fakta Tambahan:
PausBryde atau nama sainsnya `Balanoptera edent'kurang diketahui ramaibagaimanapun ia adalah spesies ikan paus yang paling luar biasa.
PausBryde adalah kecil berbanding paus lain iaituberatnya tidak melebihi 25tan, selain menggemari kawasan perairan bersuhu tropika berbandinglautan kutub yang sering di diami pausspesies lain.
Paus Bryde adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup , alam haiwan , bertulang belakang, kelas Mamalia.
Paus Bryde adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
JantungPaus Bryde terdiri daripada 4 kamar sepertimanusia. Kamar atas dikenalisebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel. |
|
|
|
|
|
|
|
15 Disember 2006 - Paus Bryde ditemui di laut cetek di perairan berhampiran Lok Urai
Ader kuar paper tak nih? Persal aku macam tak pernah dengor jer. |
|
|
|
|
|
|
| |
|