View: 11528|Reply: 2
|
masalah buah zakar; update: saiz bukan ukuran puas!!
[Copy link]
|
|
Perkembangan buah zakar
Proses penurunan buah zakar yang tidak serentak dan tempoh masayang singkat memungkinkan berlakunya organ seks lelaki ini tidak beradapada kedudukannya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0213/Kosmo/Kesihatan/ke_01.1.jpg)
ANTARA komplikasi kejadian zakar tidak turun yang paling
membimbangkan ialah risiko kanser.
BUAH zakar pada peringkat fetus berkembang di kawasan abdomen ataulebih tepat lagi di bawah ginjal. Sebelum bayi itu dilahirkan, buahzakar akan turun ke bahagian bawah pada kedudukan normal bagi setiaplelaki.
Proses ini tidak berlaku serentak bagi kedua-dua buah zakar.Selalunya buah zakar di sebelah kiri akan turun dahulu dan disusulioleh buah zakar di sebelah kanan.
Ini bermakna, buah zakar kanan mempunyai masa yang lebih singkat untuk menyempurnakan proses ini.
Semasa proses penurunan buah zakar, ia juga menurunkan sekali lapisan peritoneum yang dinamakan processus vaginalis.
Kejadian buah zakar tidak turun ke tahap yang normal selalunyaberlaku pada buah zakar di sebelah kanan iaitu 50 peratus, 30 peratusberlaku pada buah zakar sebelah kiri dan 20 peratus berlaku padakedua-dua buah zakar.
Secara logiknya, bayi yang dilahirkan pramatang, mempunyai risikoyang tinggi terhadap masalah ini. Ini kerana processus vaginalis tidakmempunyai masa yang cukup untuk melengkapkan proses penurunan buahzakar.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0213/Kosmo/Kesihatan/ke_01.3.jpg)
KEJADIAN buah zakar tidak turun boleh memberi pelbagai
komplikasi kepada bayi.
Bahagian skrotum mempunyai mekanisme pendingin udara di mana iadapat memastikan buah zakar berada dalam suhu yang lebih rendahdaripada suhu badan.
Ini berlaku apabila kawasan persekitaran itu panas, otot dikelilingi skrotum akan menjadi lebih longgar. Ini menyebabkan buahzakar jauh dari kawasan abdomen.
Konsep ini juga sama seperti jika kawasan persekitaran itu sejuk,maka otot di skrotum menjadi tegang yang akan menarik buah zakar dekatpada kawasan abdomen.
Tetapi, gejala ini tidak berlaku pada lelaki yang mempunyai buah zakar yang tidak turun.
Komplikasi jika buah zakar tidak turun:
Saraf memutarbelit di bahagian buah zakar akan menyebabkanpengaliran darah tersekat pada bahagian bawah. Jika tidak dirawatdengan segera, keadaan ini akan menyebabkan buah zakar tidak dapatberfungsi secara normal.
*** Trauma - Buah zakar selalunya berkedudukan antara dua paha inimenyebabkan kedua-dua buah zakar terlindung. Tetapi bagi kes buah zakartidak turun, mekanisme pelindung ini tidak wujud. Dengan kata lain,buah zakar terdedah kepada sebarang kecederaan.
*** Tumor - Risiko terhadap ketumbuhan tumor pada buah zakarmeningkat kira-kira 35 peratus jika dibandingkan dengan lelaki yangmempunyai buah zakar berkedudukan normal. Walaupun keadaan buah zakartelah diperbaiki melalui pembedahan, keadaan ini tidak mengurangkanrisiko serangan tumor.
*** Aspek psikologi - Lelaki yang mempunyai masalah ini akanmengalami masalah emosi yang menyebabkan mereka menjauhkan diridaripada masyarakat.
Sehubungan itu, penting untuk membezakan buah zakar tidak turun dengan retractile testes. Retractile testes merupakan kejadian di mana otot-otot di bahagian bawah menarik buah zakarnya di bahagian berdekatan abdomen.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0213/Kosmo/Kesihatan/ke_01.4.jpg)
BAYI yang dilahirkan pramatang lebih berisiko mengalami
buah zakar tidak turun.
Keadaan ini mungkin disebabkan emosi dan ia amat menyakitkan.Keadaan ini tidak memerlukan sebarang pembedahan. Apabila buah zakarbertambah saiznya, buah zakar akan turun kedudukan yang betul secaratetap.
Pembedahan untuk membetulkan keadaan buah zakar adalah lebih idealpada umur sekitar dua tahun. Semakin lama pembedahan ditangguhkan,semakin banyak kerosakan pada buah zakar.
Pada aku la, masalah ni kena ambil berat terutama kat bayi2 tu. Pada yang dah dewasa mcm aku ni, kalu berlaku pun still kena jumpa doctor, tak nak ler ada complication in later years. Aku rasa article yang bagus utk lelaki2 dan parents yang ada baby mempunyai masalah zakar macam bengkak/berkembang ni ek ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
[ Last edited by amazed at 11-12-2008 05:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tumbuh bintik di tempat sulit
Q: Ingin tahu mengenai biji halus di sekeliling sebelah atas takuk kepala zakar.
Ia tidak menyakitkan dan tidak berbau, tetapi jelas kelihatan ketika zakar menegang dan terasa geli apabila digesel.
A: Bintik putih pada permukaan bahagian lekuk penghujung zakar ialah papila atau isi timbul.
Ia sebenarnya kumpulan urat sentuh saraf atau 憂erve ends touch corpuscles |
|
|
|
|
|
|
|
Saiz bukan ukuran puas
Sebelum anda membuat keputusan menjalani pembedahan untuk membesarkan saiz zakar, anda mungkin perlu berfikir berkali-kali. Sanggupkah anda menanggung kesan negatif dan bukannya positif yang anda impikan?
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1210/Kosmo/Kesihatan/ke_01.1.jpg)
KEADAAN fizikal yang baik dapat mempengaruhi prestasi di ranjang.
KEBANYAKAN lelaki yang menganggap saiz zakarnya terlalu kecil sebenarnya memiliki saiz yang normal. Beberapa kajian baru-baru ini mendapati ratusan lelaki telah meminta nasihat doktor kerana bimbang tentang saiz zakar mereka. Namun, hakikatnya, mereka ini adalah pemilik zakar bersaiz normal.
Iklan-iklan media elektronik mahupun cetak biasanya mengaburi lelaki bahawa pasangan masing-masing mementingkan saiz zakar.
Boleh jadi, saiz zakar anda sebenarnya berada dalam lingkungan normal. Saiz zakar yang sangat kecil biasanya berukuran kurang daripada tiga inci apabila berada dalam keadaan tegang. Keadaan ini dikenali sebagai zakar mikro (micropenis).
Tetapi, dalam kebanyakan kajian, lelaki yang memiliki zakar mikro ini juga didapati mampu mengecapi kepuasan dalam hubungan seks dan mempunyai anak.
Ya, mungkin benar sesetengah wanita mengambil kisah mengenai saiz zakar pasangannya, tetapi kebanyakan wanita tahu saiz bukan kayu pengukur kepada segala kepuasan di ranjang.
Kebenarannya ialah saiz zakar yang terlalu besar mungkin bukan satu kelebihan ketika hubungan seksual berlangsung. Ini kerana hujung zakar yang panjang mungkin akan memberi satu 'pukulan' kepada serviks pasangannya sekali gus mengakibatkan rasa sakit.
Memahami keperluan fizikal dan emosi pasangan boleh dilakukan menerusi perbincangan. Kaedah ini lebih praktikal untuk memperbaiki hubungan intim anda berbanding mengambil keputusan menukar saiz zakar.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1210/Kosmo/Kesihatan/ke_01.2.jpg)
| LEMAK berlebihan juga boleh memberi ilusi zakar yang pendek. - Gambar hiasan
|
Pihak peniaga dan pengiklan mungkin menawarkan sejumlah jenis produk pembesaran zakar tanpa jarum. Iklan-iklan juga kelihatan 'serius' dengan pengesahan daripada penyelidik saintifik. Hakikatnya, dakwaan tentang keselamatan dan keberkesanannya adalah tidak berasas.
Oleh kerana tiada kajian saintifik yang meluluskan sebarang jenis produk pembesaran zakar, maka, pengiklan terpaksa bergantung kepada testimoni pengguna.
Malah, Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat juga belum pernah meluluskan sebarang ubatan atau peralatan untuk membesarkan saiz zakar.
Jadi, berhati-hatilah dengan pelbagai teknik yang mendakwa mampu membesarkan saiz zakar kerana sesetengah daripadanya mungkin boleh mengakibatkan kerosakan serius seperti berikut:
Senaman memicit secara manual
Senaman yang menggunakan pergerakan tangan untuk menolak darah daripada pangkal ke kepala zakar yang separa-tegang, sepatutnya dilakukan secara kerap. Walaupun teknik ini mungkin lebih selamat berbanding kaedah lain, ia boleh menjurus kepada pembentukan parut, kesakitan dan kecacatan. Tiada kajian saintifik yang mengesahkan keberkesanan teknik ini.
Pam vakum
Oleh kerana pam boleh menggalakkan aliran darah ke dalam zakar dan menyebabkannya bengkak, maka, kaedah ini hanya sesuai untuk rawatan masalah ketidaksuburan. Cara ini hanya memberi ilusi saiz zakar yang lebih besar padahal kesannya jarang berkekalan. Penggunaan alat ini untuk jangka masa panjang boleh merosakkan tisu-tisu kenyal dalam zakar dan menjurus kepada ketegangan kurang kukuh.
Pil dan losen
Kandungan produk ini biasanya terdiri daripada vitamin, bahan mineral, herba atau hormon seperti testosteron yang mendakwa mampu membesarkan saiz zakar. Hakikatnya, tiada satu pun produk ini telah dibuktikan berkesan.
Selain itu, pelbagai teknik pembesaran zakar telah 'dicipta' oleh pakar-pakar bedah. Namun, tiada satu pun daripadanya disahkan oleh mana-mana organisasi perubatan.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1210/Kosmo/Kesihatan/ke_01.3.jpg)
| DAPATKAN nasihat pakar jika masalah anda masih belum menemui jalan penyelesaian.
|
Malah, semua Persatuan Urologi Amerika, Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Amerika dan Persatuan Pakar-pakar Bedah Plastik Amerika (ASPS) telah mengeluarkan kenyataan polisi terhadap pembedahan kosmetik untuk memperbaiki keadaan zakar.
Kepelbagaian teknik yang digunakan ini cuma berada pada peringkat eksperimentasi sahaja. Belum ada kajian kukuh tentang hasil dan risiko sebenar akibat komplikasi 'membetulkan' zakar.
Salah satu prosedur memanjangkan zakar melibatkan pemotongan ligamen yang melekat pada zakar sehingga tulang pubik. Selain itu, ia juga merangkumi pemindahan kulit dari abdomen kepada hulu zakar. Apabila ligamen ini dipotong, ia mungkin membuatkan zakar kelihatan panjang kerana caranya tergantung ke bawah.
Namun, masalahnya, pemotongan ligamen tersebut boleh mengakibatkan ketegangan zakar menjadi tidak stabil dan menghala ke posisi pelik apabila menegang.
Kibasan kulit dari kawasan pubik ke dalam zakar pula misalnya boleh menjurus kepada kecacatan serius seperti penumbuhan bulu pada pangkal zakar, kesan parut dan masalah lain.
Satu lagi teknik ringkas adalah mencantumkan lemak yang diambil dari bahagian abdomen atau punggung ke dalam zakar. Malah, ada sesetengah pakar bedah menggunakan tisu yang diperoleh daripada mayat!
Pihak ASPS turut menyelar kaedah suntikan lemak ke dalam zakar yang sebenarnya belum terbukti selamat dan memanfaatkan. Sebaliknya, pesakit mungkin terdedah kepada risiko jangkitan, hilang sensitiviti pada kulit, pendarahan berlebihan dan hilang fungsi zakar.
Pembedahan bukan sahaja berisiko, mahal dan tidak semestinya menjanjikan hasil yang memuaskan.
Kajian mendapati kebanyakan lelaki yang pernah menjalani pembedahan membesarkan zakar tidak berpuas hati dengan hasilnya. Dalam sesetengah kes serius, sebahagian lelaki terpaksa menjalani pembedahan tambahan untuk membetulkan kecacatan akibat prosedur rawatan asal.
Kesan-kesan negatifnya termasuk parut, zakar yang lebih pendek, hilang sensitiviti dan kehadiran bonjolan-bonjolan lemak abnormal. Impak negatif lain yang turut dilaporkan termasuk ketidaksuburan, pembuangan air kencing tidak terkawal dan kesakitan berterusan.
Akibatnya, anda terpaksa membayar 'harga' yang mahal. Di AS, sekurang-kurangnya RM37,000 diperlukan hanya untuk pembedahan asas membesarkan zakar. Jadi, disebabkan pembedahan kosmetik tidak dilindungi oleh insurans, maka, anda terpaksa menanggung segala kos terlibat.
Biarpun tiada satu-satunya kaedah yang berkesan dan selamat untuk membesarkan alat sulit anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman:
* Berinteraksi dengan pasangan anda
Membincangkan topik kedudukan kegemaran di ranjang mungkin sukar dilakukan secara terbuka. Tetapi, hanya dengan komunikasi yang baik dapat mengembalikan pengalaman seksual yang menarik.
* Bersenam
Keadaan fizikal yang lebih baik boleh menjadikan anda kelihatan menawan sekali gus memperbaiki kekuatan dan tahap ketahanan ketika beradu di ranjang.
* Singkirkan lemak badan
Sekiranya bahagian bawah abdomen anda sudah melangkaui kawasan genitalia, maka zakar anda kelihatan lebih kecil. Lebihan lemak pada badan boleh mengaburi bahagian atas zakar. Oleh itu, cuba kekalkan berat badan ideal.
* Merapi bulu-bulu pubik
Bulu pubik yang banyak dan lebat pada pangkal zakar biasanya akan menyebabkan zakar anda kelihatan pendek. Merapikan bulu pada kawasan itu mampu meningkatkan sensitiviti sekitar bahagian pangkal zakar.
* Bincang dengan doktor atau pakar kaunseling
Berbincang dengan seorang pakar boleh membantu. Ramai lelaki akan berasa selesa dan lega setelah mendapat pengesahan bahawa mereka adalah 'normal'.
Justeru itu, pertimbangkan keputusan anda sebaik mungkin sebelum beralih kepada teknik yang bukan sahaja mahal tetapi memudaratkan dan belum tentu efektif di kemudian hari. - CNN
mcm omputeh cakap... size doesn't matter wokeyyyyy ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|