View: 2615|Reply: 8
|
Aidil, Zaquan: Antara lincah dan glamor
[Copy link]
|
|
Lincah di padang dan laris di media. Itulah dia dua beradik kembarbintang bola sepak yang bertaraf selebriti. Siapa lagi kalau bukanpasangan kembar Mohammmad Aidil Zafuan Abd. Razak dan adiknya Zaquan Adha, 21.Kalau ada kesempatan mereka hadir juga ke majlis santai dan majlisglamor. Itu pun semasa tidak ada perlawanan lah. Adakah mereka kinibergelar selebriti?
"Sama ada kami bergelar selebriti atau tidak itu terserahlah kepadaorang yang menilai. Kerja saya ialah pemain bola sepak profesional.Tapi apabila ada undangan ke majlis selebriti kami pergi saja.
"Lagipun menghadiri majlis macam ini boleh meredakan tekanan sekejap. Kira macam cara untuk release tensionlah," kata Aidil yang mengaku gemar tidur kalau tak ada apa-apa yang nak dibuat.
Aidil dan Zaquan bersama rakan sepasukan, Idris Karim turut menjadi selebriti undangan dalam program Kelab Pop terbitan Astro Ria, sebuah program games santai melibatkan selebriti pelbagai bidang yang akan disiatkan mulai 5 Mac depan.
"Saya tahu apabila kami muncul di media dengan cerita yang bukan pasalsukan, ada yang mengkritik. Malah ada yang mengaitkan mutu permainansaya dengan cerita-cerita peribadi.
"Bagi saya ia dua perkara berbeza, saya tak campurkan hal peribadisaya dengan perlawanan. Kalau mutu permainan saya menurun, bukanlahkerana faktor lain sebaliknya faktor diri saya sendiri di atas padang.
"Paling pedih ada yang pernah mengaitkan mutu permainan saya dipadang dengan ibu bapa. Saya tak kisah kalau diri saya dikritik tapijangan babitkan nama keluarga," kata Aidil yang masih dikaitkanberkawan rapat dengan pelakon Rita Rudaini.
Namun sekarang Aidil tidak mahu komen lebih-lebih pasal Rita. "No comment," katanya apabila ditanya pasal kisah cinta.
"Kalau sampai masa untuk kahwin... kahwinlah," kata Aidil lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ala diorg glemer pn sbb ade rupa .. tu yg media dok sakan amik diorg .. cuba kalo diorg ni burok, nak ke? hahaha .. pendapat aje |
|
|
|
|
|
|
|
sala tered akue rase nih........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 kikilala_comei's post
aku nk tanye yg mana satu bf or ex-bf rita rudaini tu? yg baju merah ke itam? haritu tgk kelab pop kalo x salah yg baju itam tu mcm pendiam sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Entahla aku tgk muka kembar ni ngan Khairy Jamaluddin cam pattern
lebih kurang sama ek?
Ke aku je rasa camtu.... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuh..hensemnyerlah dua2...leh jadi model nie |
|
|
|
|
|
|
| |
|