View: 2776|Reply: 3
|
ketua uskup canterbury cadang undang2 syariah kat britain
[Copy link]
|
|
Ketua Uskup Canterbury syor undang-undang syariah di Britain
LONDON 8 Feb. - Ketua Uskup Canterbury, Rowan Williams semalam meminta kerajaan membenarkan pelaksanaan undang-undang syariah secara terhad di Britain demi kebaikan penduduk Islam.
Cadangan yang dianggap luar biasa daripada seorang pemimpin tinggi gereja itu jika diterima, akan memberi ruang kepada penduduk Islam Britain menyelesaikan pertikaian perkahwinan dan harta mengikut undang-undang Islam dan tidak melalui mahkamah-mahkamah sivil Britain.
Williams dalam temu ramah radio Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) berkata, pelaksanaan undang-undang itu boleh membantu membaiki masalah sosiol.
Menurut beliau, langkah memperkenalkan undang-undang Islam merupakan suatu yang "tidak boleh dielak."
"Beberapa peruntukan dalam syariah sudah diiktiraf dalam masyarakat kita dan diterima di sisi undang-undang, jadi kita bukan membawa perkara asing dan bertentangan dengan sistem," katanya.
Bagaimanapun, jurucakap kepada Perdana Menteri Gordon Brown menolak cadangan Williams itu.
"Perdana Menteri percaya undang-undang Britain perlu dilaksana di negara ini berdasarkan nilai Britain," tegas Michael Ellam.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Ramadhan, Mohammed Shafiq berkata, pelaksanaan undang-undang itu akan mengurangkan ketegangan masyarakat.
"Ia akan menjadikan orang Islam berbangga menjadi rakyat Britain dan yakin negara ini menghormati kepercayaan mereka," katanya.
Britain telah membenarkan penganut Yahudi Orthodok menyelesaikan pertikaian mengikut undang-undang tradisional Yahudi.
- AP
Aku setuju undang2 tu yg terhad kepada orang islam di sana saje.tapi almaklum negara kapir mana nak terima undang2 camtu, sbg contoh lelaki patut dibenarkan berpoligami krn dalam islam boleh, tapi di larang sbb undang2 kat britain tak benarkan; kalu depa boleh terima undang2 jewish orthodox apalah salahnya terima undang2 syariah, ek lagipun terhad dan utk segelintir umat islam aje |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
Undang-undang syariah hanya untuk orang Islam saja... bukannya untuk orang putih pun...
Kalau penganut Yahudi Orthodok dibenarkan menggunakan undang-undang tradisional Yahudi, kenapa orang Islam tak dibenarkan menggunakan undang-undang syariah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 9-2-2008 08:22 AM
Undang-undang syariah hanya untuk orang Islam saja... bukannya untuk orang putih pun...
Kalau penganut Yahudi Orthodok dibenarkan menggunakan undang-undang tradisional Yahudi, kenapa orang Isl ...
Aku setuju dgn apa yg ko tulis tu.. aku rasa patutnya pm britain tu reconsider tak da salahnya benarkan undang2 syariah pada muslim yang seciput aje tu kat UK.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syariah bantu aspek perundangan: Paderi
Rowan Williams
|
Ketua gereja England perjelas sokongan undang-undang Islam
LONDON:Ketua paderi Canterbury menjelaskan bahawa beliau tidak pernahmencadangkan agar undang-undang Islam dikuatkuasakan di Britain,sebaliknya menegaskan beberapa garis panduan agama berkenaan dapatdisesuaikan dengan mudah dalam sistem perundangan British sedia ada.
Pemimpin paling kanan Gereja England, Rowan William dalam satutemu ramah yang disiarkan Khamis lalu berkata, beberapa aspek dalamgaris panduan Islam boleh dilaksanakan dalam sistem perundangan Britishdan bersetuju dengan hakikat bahawa perkara ini memang tidak dapatdielakkan.
Williams mengaku wujudnya bantahan hebat mediadan orang ramai tetap menegaskan dalam pesanan di laman webnya, beliautidak pernah berniat untuk mencadangkan sistem perundangan Islamdikuatkuasakan di Britain.
Beliau berkata, tujuannya adalah untuk menyelesaikan beberapaisu membabitkan hak kumpulan agama di dalam negara sekular danmenggunakan undang-undang Syariah sebagai contoh.
Kenyataan Williams menimbulkan kemarahan media Britain yangmenganggap beliau menyokong undang-undang Syariah, sebaliknya disambutbaik umat Islam di negara itu.
Ahlipolitik dan pengamal undang-undang Britain mengecam kenyataan William,manakala sebuah akhbar tabloid menyiarkan gambar mereka yang dihukumpancung dan mangsa yang maut akibat pengeboman bunuh diri.
Dalam ruangan pojok, akhbar The Sun menyifatkan Williamsebagai 慳ncaman berbahaya kepada negara kita |
|
|
|
|
|
|
| |
|