CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: aufa

Badminton : All England 2008 (Mar 4 - 9)

 Close [Copy link]
Post time 8-3-2008 08:23 AM | Show all posts

Choing Wei dan bergu negara - Choong Tan Fook-Lee Wan Wah  masuk quarter final -  

Lee Chong Wei  kalahkan Taufik...

Choong Tan Fook-Lee Wan Wah   kalahkan pasangan indonesia

Wong Mei Choo kalah -- rubber set -

Congratulations to Malaysian team!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2008 08:54 AM | Show all posts
Mew Choo ceriakan kem Malaysia

KUALA LUMPUR - Wong Mew Choo menceriakan kembali kem badminton Malaysia yang suram pada hari pertama apabila melangkah ke suku akhir Seluruh England di Birmingham, semalam.

Juara Terbuka China itu mengiringi pemain nombor dua dunia, Lee Chong Wei dan beregu veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah yang terlebih dulu mengesahkan tiket ke peringkat lapan terbaik.

Peluang Mew Choo untuk layak ke separuh akhir juga tampak cerah apabila tidak perlu menentang pemain nombor satu dunia dan penyandang juara, Xie Xingfang dari China yang sudah pun tersingkir pada pusingan pertama.

Sebaliknya, pemain nombor lapan dunia itu akan berdepan pemain nombor 32 dunia, Hwang Hye Youn dari Korea Selatan, lawan yang tidak pernah ditemuinya. Hye Youn mara selepas menewaskan Yip Pui Yin dari Hong Kong 21-15, 23-21.

Semalam, Mew Choo dipaksa bekerja keras selama 44 minit sebelum mengetepikan pemain sedang meningkat China, Jiang Yanjiao, 22-20, 23-21.

Ini adalah kemenangan kedua Mew Choo ke atas pemain nombor 20 dunia itu daripada tiga pertemuan mereka. Mew Choo mengalahkan Yanjiao di Terbuka China 2006 tetapi tumpas pada Terbuka Denmark 2007.

Jika berjaya mara ke separuh akhir, ia akan menjadi pencapaian terbaik buat pemain berusia 25 tahun itu yang melayakkan diri ke suku akhir dalam kejohanan tahun lalu.

Sementara itu, beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui memberikan tentangan sengit kepada pasangan nombor satu dunia, Wei Yili-Zhang Yawen sebelum tunduk 21-18, 16-21, 10-21.

Dominasi China dalam saingan wanita bagaimanapun semakin berkurangan apabila juara dunia, Zhu Lin mengikuti jejak Xingfang tersingkir awal dalam saingan perseorangan.

Semalam, Zhu Lin dikejutkan 14-21, 15-21 oleh juara Terbuka Malaysia, Tine Rasmussen dari Denmark.

Dalam saingan lelaki, juara Olimpik, Taufik Hidayat akan berdepan Chong Wei di suku akhir selepas berhempas pulas untuk menewaskan Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-17, 15-21, 21-19.

"Saya suka bermain dengan Chong Wei kerana corak permainannya, tambahan lagi dia juga rakan rapat saya.

"Ketika ini, keadaan fizikal Chong Wei sangat mantap, malah dia dalam laluan menuju kemuncak sedangkan saya sedang mengalami kemerosotan prestasi,'' kata Taufik.

Turut meneruskan kemaraan adalah pemain nombor satu dunia dan penyandang juara, Lin Dan yang menewaskan Eric Pang dari Belanda 21-9, 21-12.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 09:37 AM | Show all posts

Reply #61 dexa's post

masuk semi final lah mod ....

malam ni kat astro 811 n rtm2 live pukul 8.30pm/9pm....
hopefully tunjuk dua2 chong wei dan choong tan fook/lee wan wah ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 8-3-2008 08:23 AM

Choing Wei dan bergu negara - Choong Tan Fook-Lee Wan Wah  masuk quarter final -  

Lee Chong Wei  kalahkan Taufik...

Choong Tan Fook-Lee Wan Wah   kalahkan pasangan indonesia

Wong Mei ...


do you mean semi final?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 06:10 PM | Show all posts

Reply #63 kayla's post

live???
yay yay..
boleh date ngan uncle2 ikan...
kene berebut tv la malam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 06:12 PM | Show all posts
sorr y lambat masuk...
tenet sweet prob tadi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2008 09:44 PM | Show all posts
kalah lg malaysia...manjang cam tu je.
dah leading last set pastu kalah...adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 11:07 PM | Show all posts

Reply #67 azharuchan's post

uncle2 ikan sweet kalah tapi tak memalukan...
dorang fight till the end...
well done...
but mase decider game tu patutnye dah bleh mng,but korean tersedar plak dari lamunan...

chong wei plak sweet tak tau nape ngan die...
either chen jin improve a lot or cw ade probs...
tapi nak buat camne,dah bukan rezeki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2008 12:13 AM | Show all posts

end of the road



i donna what happend
ctf/lww  lagi satu mata nak menang ...boleh kalah ....
badi mata akhir malaysia tak habis2 lagi :@ :@ :@

chong wei lak tak main cam biasa malam ni ...
kat last2 baru nak semanngat nak lawan ... by then it's too late ....
kalah straight game ....


Jae Sung JUNG [6]/Yong Dae LEE [KOR] - [MAS]  Tan Fook CHOONG [4]/Wan Wah LEE
21-13 22-24 23-21  1:00

Jin CHEN [4] [CHN] - [MAS]  Chong Wei LEE [2]
21-18 21-18



please ...please .....  tolonglah .... swiss open next week tunjukkan sesuatu ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 12:56 AM | Show all posts

we hafta stop giving an excuse for those players...
it doesn't matter last minute.. or  get into the semis..
but what matters in the game --  either you win or you lose

and it seems that  malaysian teams still have to smart up and
do something in order to improve their games  -

one can only hope but we know nato never works -
let's hope they gonna do something ..  and fast -

all in all - congratulations to malaysian team upon reaching the semi final
in All England .

let's face it - we haven't get a consistent single players for years now -
not like punch gunalan or tan aik huang era..

we might have great doubles - but they also kinda yo yo's... here and there..
win some  and lose more.. -

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 07:32 AM | Show all posts
2008/03/08
Badminton/All England Championships: Old warhorses battle on

Wong Mew Choo, who beat Jiang Yanjiao of China
22-20, 23-21 in the second round on Thursday, has
recovered from a drop in form.

WORLD No 2 Lee Chong Wei remained solid while veterans Choong Tan Fook-Lee Wan Wah demonstrated that consistency is the key to success as they marched into the quarter-finals of the All England Championships at the National Indoor Stadium in Birmingham on Thursday.

[table=200][/table]Chong Wei easily downed Tommy Sugiarto of Indonesia 21-18, 21-11 and was involved in a mouth-watering quarter-final clash against Olympic champion Taufik Hidayat of Indonesia early this morning in Malaysia.

Tan Fook, 32, and Wan Wah, 33, also proved that age is hardly a barrier as they downed Americans Howard Bach-Bob Malaythong to set up a quarter-final clash against Indonesians Luluk Hadiyanto-Alven Yulianto, also early today.

Joining them in the last eight was women's World No 8 Wong Mew Choo who produced another gritty performance to topple Jiang Yanjiao of China 22-20, 23-21 in 44 minutes in the second round.

Mew Choo played South Korea's Hwang Hye Youn in the quarter-finals.
National doubles coach Rexy Mainaky, after seeing four of his pairs crashing out in the first round, was a relieved man as Tan Fook-Wan Wah refused to get sucked into complacency and avoided the fate which dumped defending champions Koo Kien Keat-Tan Boon Heong out of the tournament on Wednesday.

Rexy, in a telephone interview from Birmingham, said the veterans' initiative is something the younger players can learn from and emulate in future.

"Tan Fook-Wan Wah have reached at least the quarter-final stage without fail no matter what their form is. They have become consistent and this is one quality which is missing from younger pairs like Kien Keat-Boon Heong," said Rexy.

"Not only have they avoided losing to lower ranked pairs, they don't normally lose to the same pair twice. They fight back and even if they go down, they give their best shot.

"I hope that the younger pairs understand that consistency is something which can take them higher and they must not rest on their laurels after losing to someone."

Tan Fook-Wan Wah are chasing a place in the final for the third time, having finished runners-up to Denmark's Jens Eriksen-Martin Lundgaard Hansen in 2004 and 2006, in probably their last appearance at the All England.

Meanwhile, Mew Choo's steady progress in the tournament is an indication that she has recovered from a dip in form after winning the China Open last November.

Mew Choo's coach Wong Tat Meng, in a telephone interview from Birmingham, said the former is back on track after being inconsistent over the last three months.

"Mew Choo was off track for a while but she has shown the kind of performance she is capable of here. Mew Choo can only get better," said Tat Meng.

"It is not easy to play Yanjiao. Although Yanjiao is probably one of the shortest players in China's squad, she is very fit and a little deceptive.

"What Mew Choo needs now is to keep producing quality performance against top shuttlers and she is doing that regularly now."

Women's doubles Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, however, could not reproduce the form that took them to the semi-finals last year when they went down 18-21, 21-16, 21-10 to World No 1 Zhang Yawen-Wei Yili of China in 51 minutes.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 04:50 PM | Show all posts
BAM perlu kaji balik kegagalan pemainBIRMINGHAM - Prestasi buruk pasukan Malaysia pada Kejohanan Badminton Seluruh England sejak 2005 perlu dikaji semula jika dinilai kepada pelbagai kemudahan insentif, elaun latihan dan sebagainya yang dicurahkan kepada pemain.
Amat mengecewakan apabila tiada seorang pun pemain negara yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Birmingham itu.
Prestasi ini jelas mengundang persoalan tentang keupayaan skuad badminton negara apabila menggalas cabaran ke temasya Sukan Olimpik di Beijing, China Ogos depan.
Pemain perseorangan lelaki utama negara yang juga pemain No. 2 dunia, Lee Chong Wei hanya mampu mara ke pusingan separuh akhir apabila kecundang di tangan pemain muda China, Chen Jin, manakala pasangan veteran, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah juga terkandas di pusingan yang sama apabila tunduk kepada pasangan Korea, Jung Jae-sung/Lee Yong-dae.
Pada kejohanan 2005, Tan Fook dan Wan Wah berjaya mara ke perlawanan akhir sementara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong pula menggenggam kejuaraan beregu lelaki Seluruh England buat kali pertama tahun lepas.
Namun kali ini, juara bertahan Kien Keat dan Boon Heong dimalukan pasangan Jepun, Shintaro Ikeda/Shuichi Sakamoto di pusingan awal.
Tiga lagi sandaran negara, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif; Ong Soon Hock/Tan Bin Shen dan Gan Teik Chai/Lin Woon Fui turut gagal melakar kejutan.
Sebenarnya, bukan kekalahan yang menjadi persoalan ketika ini, tetapi cara pemain negara tewas yang harus dipertikaikan.
"Kien Keat dan Boon Heong kurang semangat juang dan perlu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental mereka.
"Untuk mengekalkan prestasi, pemain perlu lakukan pengorbanan dan lupakan dunia glamour. Jangan besar kepala," kata jurulatih beregu, Rexy Mainaky.
Dia kini hanya menunggu masa untuk mendedahkan masalah Kien Keat-Boon Heong, sehingga selesai Terbuka Sweden pada 11 hingga 15 Mac.
Jelas sekali kenyataannya itu membuktikan wujudnya pergeseran di antara kedua-dua pihak sepanjang kejohanan Seluruh England ini.
Mereka dilihat duduk berasingan dengan kelompok masing-masing.
Begitupun, ketua jurulatih, Yap Kim Hock nampaknya tidak sependapat dengan Rexy yang memberi alasan pemain China, Indonesia dan Korea Selatan juga gagal mara ke akhir.
Selepas terlepasnya kejuaraan di England ini, peminat badminton tanah air pastinya akan terus menilai prestasi pemain negara pada Kejohanan Terbuka Switzerland esok.


hmmmm....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 06:53 PM | Show all posts

Reply #72 sweetlover's post

aiyoooo...pergeseran??? ..jgn le ada apa2 masalah lgi weiii...selesaikan la baik2..
ni yg aza risau sesangat ni,ada je mslh yg timbul..da la nak kena main tournament penting thn ni..

[ Last edited by  azalea_girl at 10-3-2008 06:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 11:34 AM | Show all posts

Reply #73 azalea_girl's post

tu la...
macam2 la prob abg2 ikan sweet nie...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 06:01 PM | Show all posts
eloooo.. sweet!!!..

tu la psl kan,ada je mslh yg melanda team badminton m'sia ni..agaknye apa la yg berlaku antara kkk,tbh ngan rexy ni ekk..
hopefully mslh ni bole selesai dgn cara baik..


sunyi sepi jek umah ni,umah lama pun mcm tu..aza ada posting kat situ tp posting mendap la pulekk..
All England kan da abes..so marila kita ke rumah lama..jomm..kita tgk Swiss Open lak..

[ Last edited by  azalea_girl at 12-3-2008 06:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 11:22 PM | Show all posts

final all england

MS Jin CHEN [4] [CHN] - [CHN]  Dan LIN [1]
22-20 25-23  0:45
- aku tak tengok ni ..tapi tak percaya je chen jin dpaat kalahkan lin dan ...betul ke lin dan injured???
atau sengaja nak mengukuhkan kedudukan ke-4 chen jin so that china confirm ada 3 wakil tuk MS ...
tapi ari ni swiss open 2nd round chen jin kalah senang 1st round then retired ..
injured gak ke??? kalau tak injured pun buat2 injured la ..kalah senang tah ngan sape2 ...

XD  Bo ZHENG [1]/Ling GAO [CHN] - [INA]  Nova WIDIANTO [2]/Liliyana NATSIR
18-21 21-14 21-9  1:06
- yg ni aku tengok 3rd round ..... benci nengok muka coach china esp li yong bo tu

WS  Tine RASMUSSEN [DEN] - [CHN]  Lan LU [3]
21-11 18-21 22-20  0:56
- congrats tine .... hopefully satu ari nanti mew choo lak ...

WD  Hyo Jung LEE [4]/Kyung Won LEE [KOR] - [CHN]  Jing DU [3]/Yang (F) YU
12-21 21-18 21-14  1:05
- congrats unni ....

MD  Jae Sung JUNG [6]/Yong Dae LEE [KOR] -[KOR] Ji Man HWANG/Jae Jin LEE
20-22 21-19 21-18  0:50
- congrats oppa ...

sweet ...aza ...jom le kita balik umah lama ....
tinggalkan all england 2008 yg menyedihkan ni ....

[ Last edited by  kayla at 12-3-2008 11:37 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.066504 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list