|
Secretary's Week Bersama Mawi, Heliza dan Nabil
[Copy link]
|
|
nabil mmg buat homework utk show ni
dia siap call setiausaha kat tempat kerja lama dia
utk dpt idea kerja2 setiausaha
good job nabil |
|
|
|
|
|
|
|
kosmo
isi lebih kurang sama ngan mstar online
Nabil cabar populariti Mawi
Oleh FAIZAL SAHARUNI
GAMAT dan porak-peranda jadinya Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur hujung minggu lalu apabila dua juaraprogram realiti televisyen digandingkan di satu pentas sama sempena Minggu Setiausaha yang giat berlangsung sejak awal April.
Menguak tirainya tepat 1 petang, pelayaran persembahan selama dua jam itu bagai tidak terasa tatkala menonton aksi lucu pemenang utama Raja Lawak musim kedua, Nabil, 25, dan sang juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi, 27.
Tidak dinafikan, dua figura ini karakternya nyata berbeza ibarat menjelma dari dua dunia berlainan. Perwatakan Mawi tidak terjangka, adakalanya pasang dan surut umpama air di lautan.
Andai mood baik dan tidak terlalu kepenatan, anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor ini boleh jadi selamba dan penuh humor, tapi ada juga waktunya Mawi boleh bertukar rupa dalam sekelip mata menjadi serius dan pendiam.
Bagi si tinggi lampai, Nabil pula sentiasa 'hidup' dengan jiwa lawaknya walau di mana jua dia berada. Ada sahaja cerita yang keluar dari bibir tebalnya itu apabila berhadapan dengan peminat.
Nabil baru sahaja memijakkan kaki di lantai seni. Sukar untuk dinafikan, kali pertama menjayakan acara seumpama itu, Nabil dilihat bijak menggunakan segala kemahiran dan kebolehan yang dimiliki hinggakan aksi jenakanya disambut hilaian tawa daripada 500 penonton yang hadir di dewan berkenaan.
Nabil membuka tirai majlis itu dengan stand up comedy yang menggeletek hati dan mengujakan khalayak. Dia melontarkan pandangan peribadinya sebagai budak penghantar surat terhadap karier setiausaha dan bos.
Sebelum coretan ini belayar lebih jauh, kredit harus dilayangkan buat Nabil yang berjaya menyerlah bakatnya sebagai pelawak. Ketepikan seketika soal pengalaman yang diperolehi. Ada waktunya Nabil kelihatan lebih menyerlah di pentas berbanding Mawi.
Bukan sekadar sebagai menyerlah sebagai pelawak yang membuatkan orang sekeliling tertawa riang, sebaliknya kalau Nabil diberi lebih ruang dan masa, kelak dia berpotensi untuk bergelar penghibur disegani di Malaysia.
Aksi bersahaja Nabil memang menjadi sehingga menjadikan hidangan lazat lagi menyelerakan yang tersedia secara bufet di restoran terkenal itu lebih sekadar tontonan dan hiasan semata-mata.
Penonton bagaikan terkesima dan leka dengan idea lucu yang dicurah anak kelahiran Negeri Sembilan itu sehingga mereka enggan berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Hampir setengah jam Nabil menghiburkan audiens, Mawi kemudiannya menyusul dengan menyampaikan lagu Ya Salam.
Ada sahihnya realiti ini. Aura Bintang Paling Popular 2007 itu belum pudar lagi kerana kemunculan Mawi di pentas dengan mengenakan kot rona coklat mendapat sorakan gemuruh pemujanya.
"Sebenarnya doktor bagi cuti seminggu untuk berehat, tapi saya tetap datang juga untuk hiburkan anda.
"Saya kena suntik. Tak boleh cakaplah di bahagian mana, kalau tidak berbuat demikian, memang saya tak boleh nyanyi hari ini," ujar Mawi yang meraih tepukan daripada peminat.
Tidak sekadar berakhir di situ, segmen interaktif bersama penonton yang ditunjangi aksi nakal Mawi dan Nabil selepas itu cukup membangkitkan minat serta tumpuan ramai,
Ternyata kolaborasi mereka cukup serasi. Terhibur rasa hati menyaksikan telatah spontan Mawi dan Nabil yang asyik mengenakan beberapa tetamu menerusi permainan yang telah diatur.
Mawi dan Nabil berhasil mendera lapan orang penonton yang terdiri daripada kalangan setiausaha dan bos. Mereka perlu berlakon atau mencipta skrip sendiri berdasarkan situasi yang dicipta dua selebriti ini.
Ada yang diberi peranan sebagai pasangan kekasih sedang memadu asmara, perompak dan polis, penjaga tandas serta tidak ketinggalan aksi ala-ala babak filem Hindustan.
Cukup ribut suasana dalam dewan tersebut dengan aksi spontan semua peserta, tambahan pula melihat 'lakonan' Mawi dan Nabil untuk beberapa adegan, ternyata mereka berupaya menggamatkan keadaan.
Enggan majlis itu dipelopori dua lelaki terhangat di pasaran ini, acara berkenaan dihangatkan dengan kemunculan Heliza (AF5) yang mendendangkan dua buah lagu termasuk lagu duet bersama Mawi, Doa Dalam Lagu.
Kemeriahan dan kehangatan yang diharapkan berterusan bagaimanapun berubah menjadi biasa-biasa sahaja. Apa tidaknya, lontaran suara Heliza tatkala berduet dengan Mawi agak tenggelam dan kurang menyengat. Barangkali 'badi' juara Mawi terus menutupi vokal dan persembahan Heliza petang itu.
MAWI kurang menampakkan keterujaannya menerusi persembahan solonya.
Begitu pun, nyanyian Heliza secara solo tidak menghampakan, malah kemampuannya berinteraksi secara erat dengan penonton turut terlihat.
Segmen solo Mawi semasa dia menyampaikan lagu Kian dan Cinta Zulaikha nampak biasa. Hadirin nampaknya kurang memperlihat keterujaan dengan lagu-lagu dendangan penyanyi ini berbanding segmen awalnya bersama Nabil.
Sedar mahupun tidak, kredibiliti dan kehebatan Mawi tetap bertahan hingga ke saat ini. Cuma kebenaran yang satu ini tidak harus dipertikaikan, pucuk baru bercambah ibarat Nabil sedang dalam proses digilai dan dicintai peminat.
Buktinya, Nabil berhasil menerima lebih sorakan berbanding Mawi sekali gus dianggap sebagai pembuka selera dan hidangan utama dalam acara bertemakan Lavender itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 niy's post
thanks niy...mawi...work harder kay!...:handshake:
nabil ...selamat maju jaya...:victory:
kau perasan kan..lagu kian utk ina ...lagu cinta zulaikha tuk si sikin |
|
|
|
|
|
|
|
org tak teruja dgn lagu tu sbb macam tak best sbb lagu tu ditujukan utk seseorg!!...nyanyilah lagu lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niy at 17-4-2008 06:06 AM
nabil mmg buat homework utk show ni
dia siap call setiausaha kat tempat kerja lama dia
utk dpt idea kerja2 setiausaha
good job nabil
itu committed namanya...tapi mawi sering kita dengar...BELASAH jer .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|