CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: haizdar78

Petua @ Amalan (Surah & Cara pemakanan) untuk Hamil

[Copy link]
 Author| Post time 1-4-2008 12:05 PM | Show all posts
dalam proses mengamalkan segala yg tunjuk ajar......
xder petua lg ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2008 02:19 PM | Show all posts

TIPS TIPS UTK KEHAMILAN

Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah perkara biasa, namun jika pengeluarannya banyak itu luar biasa dan mungkin ada kaitan dengan wanita itu mengemas atau mengemut faraj, yang menjadi amalan kebiasaan wanita selepas bersetubuh.

Cara paling bijak ialah :
- Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil
   melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj.
- Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air
   mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.

HUBUNGAN KELAMIN DILAKUKAN WAKTU SUBUR
- Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak.

- Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas.

- 48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan 憃vulasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 04:30 PM | Show all posts

Reply #22 mydnavechee's post

ha'ah i pun ader amalkan posisi2 ni. Tp mmg kalo air mani terkeluar tu perkara biasa ek?
Kemut tu camner... cam tahan dr nk terkeucil ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 02:52 PM | Show all posts

Reply #20 feeza81's post

better lagi elok minum keseluruhan masa period ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 02:57 PM | Show all posts
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payahsikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiapbulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 adakitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapisecara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darahhaid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui keranaia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, iaperlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknyaditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogenmeningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dindingrahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatanmendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telurini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio kerahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telurdikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dindingrahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang keranatiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimanaruntuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa lutealbermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari suburialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah harisubur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = harike 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar bolehberubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama periodyang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadimasalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period andaberubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satudarjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripadakemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. DiAmerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui airkencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yangpanjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untukmendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta spermadengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seoranglelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Inibermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur ituberjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 perioduntuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period andadatang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada harike 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidakberhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai denganwaktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalahberisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin bolehtersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teraturmenyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalamrahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum danselepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak bolehbersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Inilebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Sepertiyang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyairisiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggarwaktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelakdaripada bersama.
**Sumber : maklumat diterima melalui email daripada KHAIRUL ANUAR ISMAIL dan SHAHBUDIN BASRI**

[ Last edited by  kiki-lala at 2-4-2008 03:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 03:22 PM | Show all posts
Petua mendapatkan anak lelaki @ perempuan



Disini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buatdikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baruberumahtangga untuk merancang keluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2008 12:15 PM | Show all posts
kiki_lala,

bab kira waktu subur tu haiz masih konpius. let say haiz period 19th every month, gap 30 days for d next period. so camner nk kira waktu subur nyer?.... sbb ader yg kata hari ke-14 start 1 day period, ader yg kata hari ke-14 for d next period.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2008 12:17 PM | Show all posts

Reply #25 kiki-lala's post

kiki_lala,



bab kira waktu subur tu haiz masih konpius. let say haiz period 19th every month, gap 30 days for d next period. so camner nk kira waktu subur nyer?.... sbb ader yg kata hari ke-14 start 1 day period, ader yg kata hari ke-14 for d next period.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2008 12:23 PM | Show all posts

Reply #25 kiki-lala's post

kiki_lala,



bab kira waktu subur tu haiz masih konpius. let say haiz period 19th every month, gap 30 days for d next period. so camner nk kira waktu subur nyer?.... sbb ader yg kata hari ke-14 start 1 day period, ader yg kata hari ke-14 for d next period.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 09:05 AM | Show all posts
terharunya aku baca kisah hans ngan ibu yusni
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 01:59 AM | Show all posts

Reply #23 haizdar78's post

kemutla bukan tahan kencing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2008 09:17 AM | Show all posts

Reply #31 mydnavechee's post

jgn la marah... sy masih baru dlm alam rumahtangga
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 10:36 AM | Show all posts

Reply #32 haizdar78's post

takper haizdar ... tak salah bertanya ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 10:47 AM | Show all posts

Reply #27 haizdar78's post

Belajar mengira hari subur anda
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

PERANCANGAN keluarga secara semulajadi adalah berdasarkan kepada ketentuan masa hubungan kelamin semasa kitaran haid seseorang wanita.

Ia juga dikenali sebagai kaedah beritma ataupun kaedah masa selamat. Kaedah perancangan keluarga ini membantu sekiranya pasangan tersebut mengikuti tatacara jadual haid dengan tegas setiap masa.

Kejayaan kaedah ini bergantung pada:

* Mengenali bila telur akan dikeluarkan

* Menggunakan kaedah lain, seperti kondom pada hari kesuburan, ataupun tidak mengadakan hubungan kelamin langsung.

揢ntuk memastikan keberkesanan kaedah ini, seseorang wanita itu harus tahu fungsi dan perubahan yang terjadi pada badan manakala suami pula berserta isteri mesti mengikuti pola-pola perubahan dengan tepat dan betul.

揗asih ada kebarangkalian untuk mengandung, jadi was-was itu mesti juga ditingkatkan,拻 kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Kaedah perancangan secara semulajadi di mana julat masa untuk hubungan kelamin menjadi pendek dan juga aktiviti kelamin secara spontan terencat ini memungkinkan pasangan enggan mengamalkan kaedah ini.

揔eberkesanan kaedah semulajadi ini tidak seperti kaedah-kaedah yang lain.

揝atu perempat dari mereka yang mengamalkannya mungkin termengandung,拻 tegasnya.

Kaedah semulajadi ini tidak sesuai untuk mereka yang

* Tidak sepatutnya mengandung disebabkan oleh masalah perubatan.

* Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan ramalan masa subur tidak dapat dilakukan

* Masalah dengan pendarahan abnormal dari faraj, radang faraj dan juga pangkal rahim, menyebabkan penentuan kesuburan melalui lelehan mukus serviks tidak tepat

* Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik, antitiroid dan juga antihistamin yang mungkin mengubah sifat tabii rembesan faraj, mengakibatkan kesukaran interpretasi mukus

* Keadaan yang tidak berkaitan dengan kemandulan seperti demam yang dapat mengubah suhu badan asas.

Memahami kaedah perancangan secara semulajadi

Wanita mempunyai dua ovari. Setiap satu darinya berada di sisi rahim. Saban bulan, ovari akan mengeluarkan telur yang kemudiannya akan memasuki tiub fallopio.

Ini dipanggil ovulasi dan ia berlaku pada 12 hingga 14 hari sebelum bermulanya pendarahan haid.

Menurut Dr. Shah Reza, wanita boleh mengandung sekiranya hubungan kelamin berlaku sekitar ovulasi - persenyawaan berlaku di antara telur dan sperma yang diejakulasi ke dalam faraj.

揌asil persenyawaan ini akan bergerak melalui tiub fallopio untuk disematkan di dinding rahim yang kemudiannya membesar sebagai janin.

揔aedah perancangan secara semulajadi ini merujuk ke kitaran haid, mengenalpasti hari kesuburan yang perlu dielakkan,拻 katanya.

Ovulasi

Bagi kebanyakan wanita, ujar beliau, telur dikeluarkan dari ovari sekitar dua minggu sebelum haid bulan berikutnya.

Telur ini berupaya untuk disenyawakan dalam tempoh 24 jam selepas dikeluarkan manakala sperma pula dapat bertahan selama tiga hari.

Jenis-jenis kaedah perancangan secara semulajadi

Wanita akan ditunjuk ajar oleh profesional perubatan ataupun kaunselor perubatan bertauliah serta harus tekal terhadap penghayatan kaedah yang dipilih.

Kaedah Mengesan Suhu Badan Asas

Sejurus selepas ovulasi, suhu badan wanita akan meningkat sedikit.

揝atu jangka suhu khas digunakan untuk menyukat suhu badan wanita sejurus bangun tidur dan bacaannya diplotkan sebagai satu graf. Suhu diambil setiap hari.

揝uhu badan seseorang wanita itu turut dipengaruhi oleh demam, tidur yang terganggu serta jadual pekerjaannya terutama yang bersyif,拻 kata Dr. Shah Reza.

Pasangan yang menggunakan kaedah suhu ini tidak boleh mengadakan hubungan kelamin sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.

Kaedah Mengenalpasti ovulasi secara penelitian mukus pangkal rahim

Melibatkan perubahan jumlah mukus yang terhasil serta penelitian pada ketekalannya.

揕azimnya, wanita akan berasa kelainan pada lelehan mukus yang keluar melalui faraj semasa ovulasi. Perubahan inilah yang harus ditelitikan.

揃agi kebanyakan wanita, faraj terasa kering sejurus selepas haid sebelum lelehan mukus menjadi lebih bergetah kemudiannya拻 Sebelum ovulasi, mukus ini bertukar menjadi lebih basah dan melicin.

Hari-hari terakhir kebasahan mukus ini selari dengan hari kemuncak ovulasi, kemudiannya mukus akan menjadi lebih kental, mungkin juga langsung hilang dan kekeringan dirasai kembali.

Dr. Shah Reza berkata, masa selamat bermula pada 10 atau 11 hari dari penghujung haid dan juga semasa faraj dirasai kekeringan.

揗asa kesuburan iaitu masa wanita tidak boleh melangsungkan hubungan kelamin bermula dengan petanda pertama mukus dan berlangsung sehingga empat hari selepas hari kemuncak ovulasi.

揥alaupun semasa pendarahan dianggap selamat, mengandung mungkin juga boleh berlaku semasa pendarahan disebabkan oleh penghasilan mukus yang mungkin bertindih dengan masa haid.

揑ni sekali gus memberikan perlindungan dan juga tempat untuk sperma berlabuh selamat. Jadi, wanita haruslah berwaspada,拻 jelasnya.

Mengulas lanjut, kaedah mukus tidak menggunakan alat penyukat suhu badan - memberikan satu kelebihan untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.

Bagaimanapun, lelehan mukus ini mungkin tercelaru dengan infeksi faraj, keghairahan seksual, penggunaan bahan pelicin serta ubat-ubatan yang dimakan.

Kaedah Simptotermal

Menggabungkan kedua-dua kaedah suhu dan penelitian mukus. Sebagai tambahannya, seseorang itu harus berwaspada pada tanda-tanda lain ovulasi seperti:

* Kesakitan di bahagian abdomen mungkin juga disertai oleh kekejangan.

* Darah menitik melalui faraj

* Perubahan dengan kedudukan serta keteguhan, kekukuhan pangkal rahim

揥anita perlu menahan diri dari hubungan kelamin bermula dari kehadiran mukus atau rasa basah sehinggalah hari ketiga selepas peningkatan suhu badan atau pun empat hari selepas kemuncak penghasilan mukus.

揇isebabkan banyak faktor yang dimasukkan ke dalam kaedah ini, jadi kaedah ini lebih berkesan berbanding kaedah-kaedah sebelumnya. Namun begitu, batasan yang mempengaruhi juga adalah sama,拻 Dr. Shah Reza.

Kaedah Kalendar

Juga dikenali sebagai kaedah beritma di mana wanita harus merekodkan dengan pasti kitaran haid selama enam bulan.

Kemudiannya, satu pengiraan sifir mudah digunakan. Kitaran haid dikira dari hari pertama pendarahan hinggalah ke hari pertama haid yang berikutnya.

Kitaran haid biasanya selama 28 hari tetapi julatnya boleh di antara 23 hingga 35 hari, masih dikira sebagai normal. Cara kiraannya:

* Untuk kitaran haid terpendek, tolak harinya selama 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.

* Untuk kitaran haid terpanjang, tolak harinya selama 11 hari. Ini memberikan hari terakhir kesuburan

Sebagai contohnya, jika sepanjang enam bulan penelitian kitaran haid didapati kitaran terpendek adalah 25 hari manakala yang terpanjang 35 hari:

Kitaran terpendek - 18 = 25 - 18 = 7 hari

Kitaran Terpanjang - 11 = 35 - 11 = 24 hari

Bermakna, hari kesuburan iaitu hari di mana hubungan kelamin perlu dielakkan bermula pada hari ketujuh dan berakhir pada hari ke-24.

Kaedah laktasi Amenorrhoea

揃ermakna, seseorang tidak akan datang haid disebabkan oleh perubahan hormon badan akibat menyusukan bayi.

揌ormon prolaktin meningkat, jadi kitaran haid dan juga ovulasi tidak berlaku, langsung kehamilan dapat dielakkan,拻 kata Dr. Shah Reza.

Untuk kaedah ini berjaya, penyusuan harus secara eksklusif tanpa gangguan pemakanan formula bayi.

揝elang di antara penyusuan tidak melebihi empat jam pada sebelah siangnya dan tidak pula melebihi enam jam pada malam hari.

揕agi khusus penyusuan dan lagi lama anak menyusu bada, lebih berkesanlah kaedah ini. Sekiranya penyusuan diselang-selikan dengan susu formula, lagi cepatlah kitaran haid akan bermula, lagi cepat jugalah kebarangkalian untuk mengandung.拻

Tambah beliau, kaedah laktasi amenorhea lebih berkesan untuk mereka yang berumur disebabkan oleh pertambahan faktor fisiologi kesuburan yang menurun dengan peningkatan umur.

Secara umumnya, kaedah ini mempunyai dua peratus kebarangkalian untuk mengandung pada enam bulan pertama selepas kelahiran, tetapi apabila sahaja pendarahan haid berlangsung, risiko mengandung memuncak.

Dr. Shah Reza turut menasihati para suami agar memberikan kerjasama sekiranya bilangan unit keluarga mahu ditetapkan.

揝ebagai ketua keluarga, mereka tidak sepatutnya menyalahkan isteri sekiranya kegagalan berlaku, juga tidak sepatutnya memaksa si isteri untuk mengamalkan mana-mana kaedah perancangan.拻
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2008 02:51 PM | Show all posts

Reply #34 kiki-lala's post

mekasih ye kiki-lala
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by haizdar78 at 19-3-2008 10:19 AM
i baru 2 bln married, since married dh 2X i  period. umur i 30, so i harap sgt dpt zuriat.
Boleh tak u all share kan any Petua @ Amalan baik dr segi Cara Pemakanan, Doa, Surah sebagai usaha i d ...


TIPS TIPS UTK KEHAMILAN

Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah perkara biasa, namun jika pengeluarannya banyak itu luar biasa dan mungkin ada kaitan dengan wanita itu mengemas atau mengemut faraj, yang menjadi amalan kebiasaan wanita selepas bersetubuh.

Cara paling bijak ialah :
- Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil
   melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj.
- Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air
   mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.

HUBUNGAN KELAMIN DILAKUKAN WAKTU SUBUR
- Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak.

- Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas.

- 48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan 憃vulasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2008 01:34 PM | Show all posts
hurm ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 08:00 AM | Show all posts
bagus info's kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 12:19 PM | Show all posts
lg2.... sharing is caring...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.107259 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list