View: 2151|Reply: 7
|
Australia menghadapi 'ancaman Asia'
[Copy link]
|
|
Haris Zalkapli
Fri | Mar 28, 08 | 11:46:04 am MYT
Australia perlu melengkapkan pertahanan negara maritim itu dengan 400 pesawat pejuang terbaru dan 30 kapal selam untuk bersedia menewaskan kuasa-kuasa Asia yang mendatangkan ancaman.
Cadangan ini dibuat oleh Ross Babbage, penasihat menteri pertahanan Australia, Joel Fitzgibbon dalam satu kertas kerjanya.
Menurut Babbage, ancaman yang mungkin dihadapi Australia pada masa depan ialah kuasa-kuasa Asia seperti China, India dan Indonesia.
Ancaman yang menjadi asas cadangan ini telah kelihatan dalam tindakan-tindakan Australia menjelang penghujung pentadbiran Perdana Menteri John Howard. Awal 2007, Canberra dan Tokyo menandatangani perjanjian keselamatan, mengukuhkan hubungan pertahanan dua sekutu penting AS di Asia itu.
Perjanjian itu jelas sekali mengambil kira kebangkitan China yang dijangka akan menjadi ancaman pada masa depan. Beberapa bulan selepas itu, satu lagi perjanjian dipersetujui antara Australia dengan AS, menjelaskan kepentingan Australia sebagai rakan strategik Washington di Asia Pasifik.
Perjanjian perdagangan pertahanan dengan AS yang dipersetujui September tahun lalu telah membuktikan kepentingan Australia dalam pakatan pertahanan dengan AS. Perjanjian itu telah memberikan Australia lebih akses kepada peralatan pertahanan terkini AS yang selama ini sukar dikongsi dengan pihak lain.
Perjanjian-perjanjian ini semuanya ditandatangani sebelum Rudd menjadi perdana menteri. Apa pun sikap kerajaan baru Australia terhadap perjanjian-perjanjian tersebut, hal tersebut mendasari kedudukan istimewa Australia dengan kuasa Barat.
Australia juga telah bersetuju membeli 24 pesawat FA-18F Super Hornet bernilai AS$6.6 bilion, dan berhasrat membeli pesawat terbaru F-35 bernilai AS$16 bilion dari AS.
Semua ini menunjukkan persepsi dan perluasan peranan Australia - hinggake luar kawasan tradisionalnya - telah lama ditetapkan elit politik dan tentera negara itu. Cadangan Babbage ini ialah satu usaha menuntut kerajaan Rudd mengambil kira perkembangan-perkembangan pertahanan terbaru dalam usaha menghasilkan kertas putih pertahanan terbaru negara itu.
Perkembangan terbaru ini menjelaskan lagi bahawa hala tuju pertahanan Australia tidak akan mengalami perubahan besar di bawah Perdana Menteri Kevin Rudd selain mengundurkan tentera dari Iraq.
Australia mempunyai satu kedudukan yang istimewa di Asia,sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya berasal dari Eropah dan mengekalkan hubungan penting dengan kuasa-kuasa Barat.
Rudd boleh melakukan perubahan-perubahan seperti dalam perjanjian alam sekitar global dan penghantaran pasukan tentera Australia ke medan perang luar negara, tetapi asas hubungan Canberradengan Washington tidak boleh digugat.
Disebabkan kedudukan istimewa ini, Australia terpaksa mengekalkan hubungan istimewa dengan Barat, terutama Amerika Syarikat dalam hal pertahanan, seperti yang ditunjukkan semasa pentadbiran Howard.
Tahun lalu, selepas perjanjian dengan Jepun dicapai, untuk mengukuhkannya sebagai satu pakatan untuk menangani kebangkitan China,negara-negara terbabit - AS, Australia dan Jepun - mengajak India menyertai pakatan tersebut.
Penyertaan India akan melengkapkan satu "kepungan strategik"terhadap China. India dan Jepun kedua-duanya berada di kedudukan geografi yang strategik sebagai jiran China. Australia pula ialah negara sekutu penting AS yang mempunyai keupayaan ketenteraan paling baik untuk berperanan sebagai pengimbang kuasa tentera laut China. Hal ini mengundang rasa syak China terhadap pakatan itu.
Kemudian, satu lagi pertemuan penting yang diadakan secara senyap telah menjelaskan tujuan kerjasama empat negara itu, sekaligus meningkatkan lagi rasa syak Beijing. Pertemuan empat pihak itu diadakan ketika mesyuarat Forum Serantau Asean di Manila, Filipina pada bulan Mei 2007. Pertemuan itu ialah antara rundingan terakhir sebelum pakatan empat negara itu, dikenali sebagai Inisiatif Quadrilateral, disepakati.
China yang bimbang dengan tujuan pertemuan itu telah secara rasmi menuntut penjelasan daripada negara terbabit tentang tujuannya.Seperti biasa, keempat-empat negara terbabit menafikan perbincangan tersebut mempunyai matlamat menangani China.
Bagaimanapun, bukan China sahaja yang menjadi kebimbangan Australia. Australia juga melihat dengan berhati-hati perkembangan di negara jiran Indonesia yang disifatkan sebagai tempat subur bagi"gerakan militan Islam."
Pentadbiran Howard telah menunjukkan dengan jelas dasarAustralia dalam hal ini. Masa akan menentukan sejauh mana pentadbiran Rudd akan meneruskan sikap ini. Tetapi tidak mungkin perhatian terhadap gerakan Islam di Indonesia akan menjadi kurang penting di bawah Rudd,kerana hal ini telah menjadi satu isu penting dalam pertahanan Australia, memandangkan kedudukan Indonesia sebagai jiran Australia.
Dan disebabkan kedudukan geografi Indonesia yang hampir dengan Malaysia, dan hubungan rapat rakyat kedua-dua negara terutama ahli gerakan-gerakan Islam, pasti perhatian juga diberi kepada Malaysia.
Cadangan meningkatkan keupayaan pertahanan itu dengan jelas menunjukkan doktrin baru pertahanan Australia yang semakin menyedari keperluan untuk bertindak di negara-negara jirannya, atau sekurang-kurangnya mempengaruhi tindakan negara terbabit.
[ Last edited by BeachBoys at 29-3-2008 02:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kreadit? |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Rudd adalah 180 beza daripada Howard..beliau seorang yg pro-CHina dan boleh berbahasa Mandarin. Perkara pertama yg dilakukan selepas mengambil kuasa adalah membuka hubungan dagang dan diplomatik lebih dekat dengan China kerana potensi dagang yg besar. Australia adalah pengeluar bahan mineral yg besar dan CHina adalah kuasa ekonomi yg laparkan bahan mentah.
Dari segi jiran2 utaranya, Ozzie tidak merasakan Indonesia adalah ancaman besar kepadanya kerana tiada kuasa projection dan masih lemah dengan masalah dalaman dan peralatan usang. RAAF almost canceled perolehan Super Hornetnya bila Kerajaan Rudd mengambil alih pentadbiran dari Howard. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Hadhari Howard yg suke paranoid dgn Asian/non-white sampai nak suruh wanita Muslim bukak tudung kat airport dan haramkan orf kulit hitam migrate ke OZ.Kevin Rudd ni baik skit. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lupa ada orang Azalina dalam kabinet Australia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by areguard at 29-3-2008 06:10
Kerajaan Rudd adalah 180 beza daripada Howard..beliau seorang yg pro-CHina dan boleh berbahasa Mandarin. Perkara pertama yg dilakukan selepas mengambil kuasa adalah membuka hubungan dagang dan di ...
Tapi agak sukar bagi rudd untuk mengubah polisi pertahanannya sebelum ini kerana australia mempunyai perjanjian2 yang mengikat mereka kepada blok barat terutamanya amerika syarikat.amerika ada kepentingan yang agak besar di rantau pasifik dan seboleh-bolehnya tidak akan merelakan sekutu2 kuat mereka mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara yang menjadi ancaman kepadanya terutama sekali china.
Perolehan2 yang dilakukan oleh pihak indonesia sejak kebelakangan ni menampakkan sikap serius pemerintah indonesia untuk memperkuatkan pertahanannya.pembelian pesawat2 tempur dan kapal2 ronda walaupun tanpa amunisi atau kelengkapan tempur terutamanya peluru-peluru berpandu masih menampakkan matlamat mereka utk memperkuatkan penguasaan disekitar wilayah mereka.dasar howard mungkin menjadi penyebab kepada indonesia untuk meningkatkan kelengkapan tenteranya apatah lagi selepas konflik di timor timur menyebabkan mereka kehilangan sebuah wilayah yang agak strategik.harapan sekarang hanya terletak pada tindak-tanduk rudd yang diharapkan lebih sederhana berbanding howard. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin benar Rudd tidak membuat U-turn besar dlm polisi luar dan pertahanannya, tetapi atleast dia tidak beriya2 ingin menjadi Bush Poodle dan Sheriff di rantau far east... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by areguard at 30-3-2008 12:37
Mungkin benar Rudd tidak membuat U-turn besar dlm polisi luar dan pertahanannya, tetapi atleast dia tidak beriya2 ingin menjadi Bush Poodle dan Sheriff di rantau far east...
wait n see...masih awal untuk kiter buat andaian... kena tunggu setahun dua lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|