CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

~MERGED~Malacca & Penang-World Heritage: Update -Malacca City of Lights

[Copy link]
Post time 28-7-2008 09:21 PM | Show all posts
aku org melaka bini aku org penang huih! bangga siot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2008 04:56 PM | Show all posts

Reply #81 algiggs's post

jadi celebrate di 2 tempat ni...untunglah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by radja at 10-4-2008 02:27 PM
ko praktikal kat MUZIUM melaka ..muzium melaka x termasuk world heritage..jgn keliru dan excited terlampau..


kalau muzium melaka PERZIM ler tu... Perbadanan Muzium Melaka yang ler jaga semua muzium-muzium milik kerajaan.. ada 21 muzium di bawah perzim... so kompleks studhuys (muzium ler tu)  mesti berada dalam senarai world heritage... tp kalau bukit st paul bawah pengurusan jabatan muzium dan intikuiti. sila lawat www.perzim.gov.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2008 08:41 AM | Show all posts
August 02, 2008  

Khalil Declares Melaka A World Heritage City

MELAKA, Aug 1 (Bernama) -- Melaka Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob Friday officially declared Melaka a World Heritage City as recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Unesco) recently.


About 7,000 visitors including foreign tourists flocked the area in front of the Stadhuys Building near the Bandar Hilir Historical Complex, to witness the Letter of Declaration of Melaka being recognised as World Heritage City, which was symbolically delivered to Khalil by a group of "warriors".

Also present was Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Various activities have been lined up for a month-long celebration in conjunction with the declaration, including an Everlasting Living Heritage-themed fireworks display.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 02:49 AM | Show all posts
A walk down city抯 history lane
By CHRISTINA CHIN, ANDREA FILMER and SHALINI SREE

CELEBRATIONS in George Town kicked off yesterday as Penangites celebrated their state capital抯 successful listing as a Unesco World Heritage Site jointly with Malacca.

The three-day party started off with Chief Minister Lim Guan Eng, state officials, non-governmental organisation (NGO) representatives and media members taking a walk down George Town抯 historic streets.

The Street of Harmony Walk started at the century-old Town Hall at the Esplanade, after which the group made a short pit stop at the Logan Memorial
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 12:25 PM | Show all posts
Tokoh sejarah, badan warisan beri pandangan berbeza urusan pemuliharaan tapak warisan

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM50 juta telah tersedia, kini persoalan timbul tentang siapakah pihak yang layak mengendali kerja pemuliharaan Tapak Warisan Dunia di Melaka dan Georgetown.

Meskipun para pakar dan pemerhati sejarah negara berbeza pendapat mengenai pihak yang layak diberikan tugasan itu, namun mereka sependapat bahawa peruntukan RM50 juta, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Bajet 2009, perlu dimanfaatkan untuk memulihara dan memelihara tapak warisan yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

“ Perkara paling penting di sini adalah pihak yang menjalankan kerja-kerja ini harus mempunyai kepakaran sama ada NGO (pertubuhan bukan kerajaan), swasta atau kerajaan,” kata Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara (JWN) Prof Emeritus Datuk Zuraina Majid.

Tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim melihat hak mengendalikan kerja pemuliharaan kedua-dua tapak warisan dunia itu wajar diberikan kepada sektor swasta yang berpengalaman, berilmu serta berintegriti.

Sambil memberikan contoh beberapa persatuan sukan yang dikendalikan NGO yang terkubur, beliau berkata: “Bukan saya katakan NGO tidak bagus, cuma mereka biasanya akan menghadapi masalah kekurangan dana bagi menjalankan kerja itu walaupun sudah diberikan peruntukan oleh kerajaan.”

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pesatuan Sejarah Malaysia (PSM) Datuk Omar Mohd Hashim pula tidak bersetuju jika kerja pemuliharaan itu dikendalikan oleh sektor swasta dan berpendapat tanggungjawab itu harus diserahkan kepada NGO.

“Saya percaya dengan peruntukan sebanyak itu (RM50 juta), ia masih tidak akan mencukupi untuk sektor swasta, banyak pembaziran juga akan berlaku kerana mereka memerlukan banyak belanja bagi kerja pemuliharaan,” katanya.

Omar berkata banyak lagi kawasan boleh dikaji untuk dijadikan sebagai tapak warisan sejarah seperti Lebuh Acheh di Pulau Pinang, yang membuktikan masyarakat Acheh pernah membina penempatan serta berdagang dengan orang Melayu ketika itu.

“Pihak kerajaan negeri menerusi kerajaan tempatan sesebuah daerah juga perlu memberikan kerjasama dengan mencadangkan nama tapak atau kawasan yang boleh dijadikan tapak warisan sejarah dan tidak bergantung kepada NGO semata-mata,” katanya.

Bagi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Sidek Jamil, kerja pemuliharaan tapak warisan dunia itu wajar dilakukan secara perkongsian antara NGO dan pihak swasta.
Katanya peruntukan RM50 juta yang disediakan kerajaan memadai untuk melakukan kerja pemuliharaan berkenaan dan ia perlu diuruskan secara bijak oleh pihak terlibat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Dr Muzahet Masruri berkata bidang kuasa kementerian itu hanya menguruskan peruntukan yang disediakan serta memastikan Jabatan Warisan Negara (JWN) menyalurkannya kepada pihak terbabit.

Pada Julai lepas, Unesco telah mengiktiraf Melaka dan Georgetown sebagai ’Tapak Warisan Dunia’ berdasarkan gaya hidup, sejarah, seni bina dan kepelbagaian budayanya Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah tempat-tempat khusus seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar yang dicalonkan dan mendapat pengesahan untuk dimasukkan dalam senarai yang dikendalikan oleh Progam Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO serta ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO. - Bernama




tak payah gado gado.... pilih ler yg layak....  yg boleh perkenalkan warisan tu kat doniya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2008 01:49 PM | Show all posts
October 30, 2008        

Pengiktirafan Tapak Warisan Boleh Ditarik Balik, Kata Shafie

ALOR GAJAH, 30 Okt (Bernama) -- Pengiktirafan terhadap sesuatu kawasan atau bangunan sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) boleh ditarik balik sekiranya pembangunan yang dilakukan di kawasan itu tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).


Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Sfafie Apdal berkata satu daripada syaratnya itu ialah kawasan itu tidak boleh dicemari pembangunan yang pesat termasuk bangunan pencakar langit.

Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat, Unesco boleh menarik balik pengiktirafan itu, katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai projek bangunan tinggi yang telah diluluskan di bandar Georgetown, Pulau Pinang yang telah diiktiraf sebagai WHS, sama ada ia melanggar syarat Unesco.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Alor Gajah di sini hari ini, Mohd Shafie meminta kerajaan negeri Pulau Pinang merujuk kepada Jabatan Warisan berhubung perkara itu.

"Ini berlaku di Switzerland apabila Unesco yang mengiktiraf satu jambatan di negara itu kerana keunikan struktur dan seni binanya telah menarik balik pengiktirfan itu kerana gagal mematuhi syarat dan perkara yang sama boleh berlaku (di Georgetown)," katanya.


Unesco mengiktiraf Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang sebagai tapak warisan dunia pada Julai lepas.

Mengenai peruntukan RM50 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan di Melaka dan Pulau Pinang sebagaimana dibentangkan dalam Bajet 2009, Mohd Shafie berkata ia diurus tadbir oleh Jabatan Warisan.

"Kerja pemuliharan adalah di tapak-tapak warisan yang mempunyai nilai sejarah dan dalam hal ini peruntukan yang akan diagihkan kepada Melaka lebih banyak kerana nilai dan warisan sejarah yang lebih lama sejak zaman Portugis," katanya.

Beliau berkata kemungkinan besar pakar Unesco akan datang untuk melihat kerja pemuliharaan warisan itu dilakukan.

-- BERNAMA

*********************************************************************************


harap kerajaan negeri pulau pinang ambil berat hal2 ni....
malu la kalau ditarik balik... juga tak payah banyak2 controversy
pasal sign board semua tu ---
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2008 09:11 PM | Show all posts
22 November, 2008

Kelulusan Pembangunan Tiga Projek Di Tapak Warisan Tidak Jejaskan Kedudukan Georgetown

PULAU PINANG, 22 Nov (Bernama) -- Pembinaan tiga projek bangunan tinggi di sekitar tapak warisan dunia di Pulau Pinang iaitu Hotel Rice Miller Boutique, Hotel Boustead Royale Bintang dan kerja pembesaran Hotel E&O, tidak akan menjejaskan kedudukan Georgetown dalam senarai Tapak Warisan Dunia Unesco.


Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata kelulusan pembinaan ketiga-tiga bangunan berkenaan dimaklumkan kepada Unesco semasa permohonan menyenaraikan bandar raya itu dibuat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pada 2007.

Ketika bercakap kepada sidang akhbar di sini, katanya Jawatankuasa Bertindak Pencalonan Pulau Pinang ke Senarai Warisan Dunia yang dipengerusikannya memberi taklimat rasmi kepada wakil badan itu Profesor David Lung pada Ogos tahun lalu ketika beliau datang membuat penilaian terhadap nilai warisan yang terdapat di Georgetown bagi tujuan penyenaraian itu.

"Lung telah diberikan taklimat secara menyeluruh mengenai tiga projek hotel yang telah diluluskan pelan perancangannya oleh kerajaan negeri ketika itu tetapi projek itu masih belum dimulakan pembinaannya.

"Oleh itu, ketika Unesco meluluskan penyenaraian Georgetown pada 7 Julai 2008, ia mengetahui bahawa tiga buah hotel itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Ini juga bermakna, tidak timbul isu bahawa pembinaan tiga hotel itu menjejaskan status Georgetown dalam senarai tapak warisan dunia," katanya.

Teng berkata kelulusan pembinaan Hotel Rice Miller dan Hotel Boustead itu dibuat setelah Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) meluluskan pindaan garis panduan pembangunan di kawasan Georgetown dengan mengenakan syarat-syarat lebih ketat pada awal 2007 manakala kelulusan pembesaran Hotel E&O dibuat sebelum itu.

Bagaimanapun, Teng enggan mengulas mengenai rancangan pembinaan sebuah lagi hotel oleh Bintang Holdings daripada Kumpulan Low Yat yang diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Difahamkan, kelulusan itu diberikan oleh kerajaan negeri itu dalam tempoh 10 hari sebelum Georgetown diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco pada Julai 2008.

"Saya tidak boleh mengulas projek itu kerana saya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Itu kena tanya kerajaan negeri sekarang," kata Teng.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebimbangan ramai pihak mengenai kemungkinan penyenaraian Georgetown dalam senarai Tapak Warisan Dunia Unesco akan ditarik semula sekiranya pembinaan empat buah bangunan tinggi itu diteruskan mengikut perancangan.

Menurut laporan akhbar, Hotel Rice Miller Boutique dan Hotel Boustead Royale Bintang, masing-masing setinggi 13 dan 12 tingkat akan dibina di kawasan Weld Quay dan kedua-duanya mempunyai ketinggian bangunan yang sama iaitu 51.7 meter manakala projek pembesaran Hotel E&O di Lebuh Farquhar melibatkan pembinaan bangunan setinggi 17 tingkat atau 84.47 meter.

Hotel yang akan dibina oleh Bintang Holdings di Jalan Sultan Ahmad Shah adalah setinggi 23 tingkat atau 84.47 meter dan mengikut garis panduan Unesco, setiap bangunan yang hendak dibina di kawasan itu haruslah tidak melebihi lima tingkat atau 18 meter.

Sehubungan itu, sebagai bekas exco kerajaan negeri, Teng akan menulis surat kepada penasihat Unesco bagi rantau Asia-Pasifik, Dr Richard Engelhardt untuk menjelaskan perkara itu.

Katanya salinan surat itu juga akan dihantar kepada Lung dan Menteri Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

-- BERNAMA


*****************************************************************************

malam ni penyerahan watikah mengenai georgetown dan melaka - world heritage sites -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2008 08:13 AM | Show all posts
Tuanku Mizan terima watikah Tapak Warisan Dunia

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin malam ini berkenan menerima watikah pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.

Penyerahan watikah itu dibuat mengikut adat istiadat raja-raja Melayu Kesultanan Melaka seperti yang diceritakan dalam karya agung Sejarah Melayu.

Gajah pembawa bingkisan watikah kemudian didurumkan untuk melutut bagi membolehkan ia diserahkan kepada Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Hishammuddin kemudian mempersembahkannya kepada Tuanku Mizan.

Terdahulu, utusan pembawa bingkisan watikah diarak dengan gajah dengan diiringi lima pahlawan bersaudara seiringan dengan 30 orang Biti Perwara serta turut diiringi 20 orang pahlawan diikuti dengan 10 ekor kuda.

Melaka dan Georgetown telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia pada Mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat Warisan Dunia (WHC) pada 7 Julai lepas.

Selain Melaka dan Georgetown yang telah dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia, dua lagi kawasan utama negara iaitu Taman Negara Kinabalu dan Taman Negara Mulu telah dipilih pada tahun 2000 sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kategori Tapak Semula Jadi.

Majlis pengiktirafan ini juga diikuti dengan persembahan warna-warni dari Melaka dan Georgetown yang dilangsungkan mengikut adat istiadat kerajaan Melayu lama yang turut diserikan dengan perarakan kebudayaan dan lori berhias.

Perarakan pada malam ini disertai penduduk dari Melaka dan Pulau Pinang.

Penduduk Kampung Morten, Jonker Walk, penduduk Jalan Laksamana, kaum Peranakan Baba Nyonya, kaum Peranakan Chetti dan kaum Portugis dari Melaka memaparkan kebudayaan mereka dalam perarakan tersebut.

Dari Pulau Pinang pula, ia disertai kaum Melayu dengan persembahan boria, ghazal parti dan gendang, kaum Cina dengan Chingay, kaum India dengan Peacock Dance dan persembahan Menoran dari etnik Siam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 10:55 AM | Show all posts
Menghargai warisan sejarah

MELALUI kolum Getaran Seni ini, pada 24 September 1998 iaitu kira-kira sepuluh tahun lalu saya pernah menulis mengenai rasa pilu dan terharu saya apabila berada di Padang Pahlawan, Melaka. Ini adalah sebuah tapak sejarah penting tempat rakyat menyambut kepulangan Tunku Abdul Rahman pada 20 Februari 1956. Tunku kembali dari London dan mendarat di Singapura pada 19 Februari 1956.

Tetapi ketika saya berdiri di Padang Pahlawan, melayan anak mahu naik kereta lembu, alangkah sedihnya apabila sebuah tapak sejarah hanya penuh dengan tahi lembu, berlumpur dan tidak terjaga langsung. Saya tidak pasti kita hendak mencari sejarah yang setinggi mana lagi apabila sejarah tentang kemerdekaan negara pun tidak ada nilainya?

Ironiknya St. Paul dan A' Farmosa berdekatan Padang Pahlawan dijaga baik. Sebelum terlupa saya hendak memberitahu bahawa kedua-dua tempat tersebut juga tapak warisan sejarah, tetapi sejarah penjajah Belanda.

Ketika ini difahamkan Padang Pahlawan sudah tidak ada lagi. Padang Pahlawan sudah 'dimajukan'. Sekali lagi kepada sesiapa yang menghargai sejarah akan merasa sedih apabila sebuah tapak warisan diganti dengan bangunan yang langsung tidak ada signifikan dengan warisan.

Pemikiran dan tanggapan saya terhadap tapak warisan sejarah kita barangkali sangat konservatif. Saya mungkin tidak dapat melihat nilai ringgit yang mengatasi nilai sejarah dan saya sangat realistik tentang hal ini.

Tidak berapa lama dulu ada cadangan meruntuhkan Stadium Merdeka selepas kita mempunyai stadium besar di Shah Alam dan stadium canggih di Bukit Jalil. Stadium Merdeka di kawasan bertaraf segi tiga emas tentulah merugikan kalau kawasan itu tidak dibangunkan.

Stadium Merdeka adalah sebuah lagi tapak warisan sejarah kita, bukan sejarah penjajah. Di tapak warisan ini Tunku Abdul Rahman melaungkan "merdeka" bersama ribuan rakyat pada 31 Ogos 1957. Nasib baik setakat ini tapak warisan itu masih wujud sekalipun tidak lebih daripada itu.

Padang Kelab Selangor yang kini bertukar menjadi Dataran Merdeka sebuah lagi tapak warisan sejarah yang penting bagi negara ini. Di sinilah bendera penjajah Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera negara ini.

Ketika ini, sana sini sibuk bercakap mengenai tapak warisan dunia yang ada di negara ini. Tetapi dalam kita meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan UNESCO terhadap tapak warisan peninggalan penjajah, tapak warisan sejarah kita jangan pula dipinggirkan.

Sepatutnya Padang Pahlawan, Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Apakah lebih nilai sejarahnya A' Farmosa dengan sejarah pengunduran penjajah British di Dataran Merdeka atau Stadium Merdeka?

Sebenarnya kita kena berterima kasih kepada penjajah sebabnya selepas era penjajah, kita memerlukan peninggalan penjajah untuk terkenal di mata dunia. Thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 01:41 PM | Show all posts
24 November, 2008   
Melaka Dan P. Pinang Diminta Pelihara Kawasan Di Sekitar Tapak Warisan Dunia



KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Melaka perlu mengambil langkah memelihara dan memulihara bandar raya Georgetown dan Melaka bagi mempertahankan status Tapak Warisan Dunia masing-masing, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya beliau telah menemui wakil kedua-dua kerajaan negeri itu hari ini bagi membincangkan kedudukan pengiktirafan Georgetown dan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

"Saya telah mengarahkan mereka melakukan beberapa perkara (bagi memelihara dan memulihara tapak berkenaan)," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Konservasi Warisan Kebudayaan Asia Pasifik 2008 di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan butiran lanjut pertemuan tersebut.

Georgetown dan Melaka mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia pada Mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat Warisan Dunia (WHC) pada 7 Julai lepas.

Bagaimanapun Penasihat Wilayah Unesco bagi Asia Pasifik, Dr Richard Engelhardt dilaporkan media baru-baru ini sebagai berkata, status tersebut terancam di Georgetown selepas empat buah hotel melebihi 15 meter dibina di bandar raya itu.

Shafie berkata sebarang pembangunan di tapak itu yang didapati tidak mematuhi garis panduan Unesco boleh mengakibatkan pengiktirafan tersebut ditarik balik.

Beliau berkata pengiktirafan Tapak Warisan Dunia di beberapa negara telah ditarik balik akibat pembangunan yang tidak teratur dan ia tidak harus berlaku kepada Georgetown dan Melaka.

"Kebimbangan kita, jika pengiktirafan berkenaan ditarik, bukan hanya Pulau Pinang sahaja ditarik tetapi juga akan menjejaskan juga kedudukan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia," katanya.

Shafie berkata pandangan ke arah tapak warisan juga diambil kira dan sekiranya pandangan ke arah tapak warisan terhalang, ia akan menjejaskan kedudukan pengiktirafan tapak berkenaan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2008 09:17 AM | Show all posts
Malacca: City of lights
Story and pictures by CHEN PELF YEEN

WITH the Unesco World Heritage Site status under its belt, Malacca is now fast earning the tage 慍ity Of Lights
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 06:06 AM | Show all posts
RapidPenang sedia bas percuma keliling tapak warisan dunia
+ utusan malaysia

PULAU PINANG 20 Jan. - Rapid Penang Sdn. Bhd. (RapidPenang) akan memperkenalkan perkhidmatan bas percuma di sekitar kawasan Tapak Warisan Dunia Georgetown mulai Jumaat ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, perkhidmatan bas yang dikenali dengan nama Central Area Transit (CAT) itu dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan ke Pulau Pinang.

''Kerajaan negeri menyambut baik perkhidmatan itu yang akan membawa penumpang mengelilingi kawasan tapak warisan bersejarah, pusat membeli belah, lokasi tarikan pelancong dan Terminal Feri Pengkalan Raja Tun Uda itu.

''Kami jangka perkhidmatan itu mampu menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang kerana ia pasti akan memudahkan pergerakan pelancong di sekitar pusat bandar Georgetown,'' katanya pada satu persidangan akhbar selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif RapidPenang, Azhar Ahmad di pejabatnya di sini hari ini.

Lim berkata, 19 buah stesen perhentian bas disediakan sepanjang laluan bas CAT dan bas akan berlepas setiap 15 minit dari stesen pertama.

''Maklumat lanjut hasil kerjasama antara kerajaan negeri dan RapidPenang ini akan diumumkan pada hari pelancarannya Jumaat ini,'' katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, 15 laluan baru iaitu 14 laluan di bahagian tanah besar akan mula diperkenalkan awal bulan depan bagi memenuhi permintaan pengguna.

''Satu laluan baru di bahagian pulau ialah laluan terus dari pusat bandar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL). Kami membuat laluan-laluan baru ini ekoran permintaan tinggi daripada masyarakat umum dalam dan luar negara yang memerlukan perkhidmatan bas untuk memudahkan pergerakan mereka,'' katanya.

Beliau berkata, RapidPenang juga akan menambah bilangan bas sedia ada iaitu daripada 150 buah kepada 350 buah dalam tempoh sepanjang tahun ini bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat.

Sementara itu, Lim berkata, kerajaan negeri menyambut baik pelancaran laluan penerbangan antarabangsa Pulau Pinang ke Macau oleh syarikat penerbangan AirAsia kerana ia dijangka menarik lebih ramai pelancong asing ke Pulau Pinang.

Katanya, penerbangan AirAsia itu adalah satu permulaan yang baik bagi Pulau Pinang kerana secara tidak langsung ia mampu mempromosikan negeri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.357287 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list