CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6668|Reply: 18

Firasat Melalui Jari

[Copy link]
Post time 7-4-2008 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda ,buang masa dengan menilik nasib atau tapak tapak tangan? Atau adakah anda seorang yang terlalu percayakan tilikan yang ada kalanya lebih banyak dibuat secara penekaan oleh tukang-tukang nujum yang "pintar" meramal nasib orang tetapi gagal melihat masa depan sendiri.

Baiklah, mungkin elok rasanya kalau kita cuba pula meramal jari-jari tangan kita atau kawan-kawan yang berminat.

Lelaki yang bekerja dibidang  yang dikenali sebagai "sains sukar", iaitu matematik dan tulen (fizik dan sebagainya), biasanya mempunyai tangan yang berlainan daripada populasi lelaki biasa. Terutama sekali, mereka mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang atau sama panjang dengan jari manis. Bagi kebanyakkan lelaki pula, jari manis adalah lebih panjang daripada jari telunjuk mereka.

Patern yang sama turut ditunjukkan di kalangan pengaturcara komputer yang mana kadar jari mempunyai kaitan dengan markah ujian.

Manakala bagi kebanyakkan kita, mempunyai pengalaman merenung nasib berdasarkan garisan di tapak tangan. Bagaimana pun, tak ramai yang memberikan perhatian yang lebih kepada panjang sebenar jari-jari tangan kita.

Telah pun diketahui, selama berkurun-kurun tangan lelaki dan wanita agak berbeza, terutama sekali dengan panjang jari-masing-masing. secara putara, kaum lelaki mempunyai jari manis yang lebih panjang manakala kaum wanita pula mempunyai jari telunjuk dan jari manis yang sama panjang.

Kadar panjang jari telunjuk setiap individu dengan jari manis mereka agak tetap pada sepanjang hidup dan ia telah wujud semenjak berada di dalam kandungan ibu.

Perkembangan panjang jari amat dipengaruhi oleh tahap beberapa jenis hormon. Setiap satu jari dipengaruhi oleh hormon-hormon yang berlainan.

Perkembangan jari telunjuk adalah amat sensitif kepada tahap estrogen manakala perkembangan jari manis pula amat sensitif kepada tahap testosteron. Semenjak kebelakangan ini, para pengkaji mendapati kadar antara panjang jari-jari tersebut bertindak sebagai penunjuk kepada tahap relatif hormon-hormon itu sewaktu mengandung.

Bagi kaum lelaki, jari telunjuk yang panjang (kadar estrogen lebih tinggi berbanding tostesteron) menunjukkan bakat istimewa yang ada padanya dan membantunya dalam melakukan matematik dan sains. Jari manis yang panjang pula mengaitkan seseorang itu dengan skil sosiol dan komunikasi.

Lelaki yang mempunyai jari telunjuk yang lebih panjang mempunyai anak yang sedikit, menghidap risiko tinggi penyakit jantung dan mempunyai sanak saudara yang menghidap dyslexia (penyakit sukar membaca).

Lelaki yang mempunyai jari manis yang panjang pula mempunyai sikap pendesak dan agresif, menggemari muzik, subur dan seandainya dia adalah anak lelaki paling muda, dia amat cenderung kepada homoseksual. Jari manis yang panjang  juga merupakan petunjuk wujudnya autisme atau Sindrom Asperger.

Kadar panjang jari bagi wanitaturut menunjukkan beberapa perkara. Wanita yang mempunyai yang mempunyai jari telunjuk yang sama panjang atau lebih panjang berbanding jari manis, merupakan seorang yang subur tetapi mereka turut terdedah kepada risiko barah payu darah.

Wanita yang mempunyai jari manis lebih panjang biasanya seorang yang gemar mendesak dan bersikap agresif. Mereka turut mempunyai kecenderungan terhadap lesbian.

Seandainya kaum lelaki yang memiliki jari telunjuk yang sama panjang dengan jari manis (memiliki kadar estrogen dan testoren yang sama dengan wanita) merupakan "calon" terbaik untuk sains tulen, mengapakah terdapat lebih ramai saintis dan ahli matematik wanita?

Jawapannya ialah kerana perbezaan biologikal dan prejudis sosiol. Berdasarkan satu pemerhatian, wanita yang menceburi diri di dalam sains sosiol biasanya mempunyai jari manis yang lebih panjang. Sekaligus, mereka mempunyai kadar hormon yang hampir sama dengan rakan-rakan lelaki mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2008 04:29 PM | Show all posts
waaah ni anak murid syed husin alatas agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 01:10 PM | Show all posts

Reply #1 alhaadi2's post

nak tanya ilmu firasat ni apa hukumnya?saya terkeliru juga sebab dia pun ada unsur menilik jugak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by zahirbatin at 7-4-2008 04:29 PM
waaah ni anak murid syed husin alatas agaknya
syed hussien al atas tu sape? uncle seekers ke? Kalu ye, memang berminat ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2008 01:32 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 8-4-2008 01:10 PM
nak tanya ilmu firasat ni apa hukumnya?saya terkeliru juga sebab dia pun ada unsur menilik jugak kan?
rasanya perkataan  menilik ni saya x setuju lah bila disamakan ngan meramal...saya rasa menilik maksudnya "membaca" sesuatu benda lebih tepat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 05:05 PM | Show all posts
jari manis aku lebih panjang,camne hah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2008 12:57 AM | Show all posts
Originally posted by alhaadi2 at 8-4-2008 01:30 PM
syed hussien al atas tu sape? uncle seekers ke? Kalu ye, memang berminat ni...

Uncle seekers tu anak dia bro.

'Ramalan' macam ni kira macam kemungkinan atau kecenderungan saja,bukan 100% ataupun 90% betulpun.Tapi teori dibuat mungkin ada lah asas2 yg digunapakai tu.Macam juga kaji perangai orang melalui bulan atau tarikh lahir,ada dalam kitab tajul muluk.Taklah tepat tapi sipi2 tu ada lah kena.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 08:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #1 alhaadi2's post

Baru aku tahu, thank for info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 9-4-2008 12:57 AM

Uncle seekers tu anak dia bro.

'Ramalan' macam ni kira macam kemungkinan atau kecenderungan saja,bukan 100% ataupun 90% betulpun.Tapi teori dibuat mungkin ada lah asas2 yg digunapakai tu.Mac ...
yup, ni sekadar firasat n firasat bukannya ramalan, x ada kaitan ngan membaca masa depan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2008 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 9-4-2008 08:31 PM
weh budak, nape...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 03:52 PM | Show all posts
kalu pompuan tu jari manis lebih panjang dr jari telunjuk camana?
tapi panjang skit je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 05:42 PM | Show all posts
Wanita yang mempunyai jari manis lebih panjang biasanya seorang yang gemar mendesak dan bersikap agresif. Mereka turut mempunyai kecenderungan terhadap lesbian.

hoho
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 07:45 PM | Show all posts
X baik..Menilik nih!!{:3_81:}
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 10:14 PM | Show all posts
Dalam agama Islam telek menelek ni syirik. Mat Salleh kata 'Cardinal Sin' tiada maaf bagi mu. Thamrong pon pandai menelek juga tapi tangan perempuan aje........alasan nak pegang tangan terutama dalam kamar karaoke..:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 10:30 PM | Show all posts
aku pernah baca lelaki berjari manis lebih panjang dari jari telunjuk
lebih tertarik ngan kaum sejenis ..gay

sesape gay kat sini tolong cek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 10:40 PM | Show all posts
Pernah jumpa manusia (BTW a friend) dimana semua hujung jarinya lebeh besar dari batang jari....we called him man with eleven ĆǾĈ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:03 PM | Show all posts
ada yang kata... kalau jari dia lebih atau kurang dari 5... dia itu adalah anak istimewa
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:43 PM | Show all posts
Yg penting jari tengah jgn kontot.....:kant:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 1.118903 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list