Macam-Macam: Serigala, kambing hidup dalam kandang sama
BEIJING: Sebuah zoo China mendakwa ia mempunyai pasangan haiwan yang pelik - seekor serigala dan kambing yang didakwa saling berkasih selepas berkongsi kandang sama.
Keakraban dua haiwan diketahui hubungannya sebagai pemangsa dan mangsa, mengejutkan ramai pihak dan pengunjung Zoo di White Tower Park di bandar Nanchong.
Media tempatan, West China City News turut menyiarkan gambar serigala dan kambing berkenaan yang kelihatan mesra duduk bersebelahan dalam sebuah kandang itu. Malah, seorang petugas zoo itu, Xu Lu Feng mendakwa pasangan itu tidak dapat dipisahkan. - Agensi
selalu kita dengo citer serigala makan kambing.. alaaaaa macam masa kita kecik2 dulu ler citer ali tipu org kampung kata serigala makan kambing dia .. 3 kali tipu langsung org kampung tak caya...
tapi kat porem ni aku bukan nak citer moral of the story jgn tipuu org kampung.. sbb tu sumer org dah boleh ambik iktibar... kat sini aku rasa moral of the stori is.. kalu serigala dan kambeng yang mmg sepatutnya tak leh sama2 boley hidup dalam satu kandang... bini nombor 1 dan bini nombor 2 pun kena ambil iktibar ler... boleh duduk sama2 satu rumah.. tak pening la aku sbg suami yang mithali nak tukar2 port.. week after week... tee hee tapi jgn lak kalu dah duduk serumah.. selalu bersama tak leh dipisahkan pulak bahaya gak.. either jadi lesbo... atau - dua2 mintak diceraikan lak mcm cerita last week tu.. ... kena kawen nombor 3 la aku nanti...