View: 1869|Reply: 4
|
Saksikan Dayang & Marcell
[Copy link]
|
|
utusan online
20/4
Tentu sahaja kehadiran April ini membuatkan para setiausaha tersenyum dengan sambutan Minggu Setiausaha yang berlangsung dengan meriah.
Mawi, Sheila Majid, Hetty Koes Endang, Khatijah Ibrahim dan Jamal Abdillah antara bintang ternama yang sudah membuat persembahan mereka.
Begitu juga dengan Faizal Tahir dan Sharifah Aleeya yang buat julung kalinya diberi peranan untuk menghiburkan golongan itu di Hotel Crown Princess Khamis lalu.
Dan bagi mereka yang merasakan tertinggal menyaksikan persembahan artis untuk sambutan tersebut, ruang masih terbuka untuk meraikannya bersama Dayang Nurfaziah, Imran Ajamin dan Marcell.
Bertempat di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur pada Khamis ini (24 April 2004), ketiga-tiga artis tersebut berjanji untuk memberikan satu persembahan yang hebat.
Malah tiket-tiket masih lagi dijual untuk menyaksikan persembahan itu yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Selain dihiburkan dengan lagu-lagu popular mereka, tentu juga hotel berkenaan turut menyediakan pelbagai makanan istimewa sambil menikmati hiburan artis gabungan tiga negara itu.
Dengan bayaran dari RM315 hingga RM420 seorang, hotel berkenaan bersedia memberi potongan harga istimewa buat pembaca Pancaindera yang mahu menyaksikan persembahan itu selain turut dijanjikan dengan hadiah-hadiah istimewa.
Sebelum ketinggalan, apa kata luangkan beberapa minit masa anda untuk menghubungi pihak pengajur bagi mengetahui berapa banyakkah diskaun yang hendak diberi bagi menyaksikan persembahan berkenaan.
Jangan lupa untuk menghubungi talian 03-21463891/03-21463882 bagi mendapatkan maklumat lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
Last day special offer, RM100 for 1 person without f&b.
Pls call 016-6838444 - aszuad for tix purchase.
Tq |
|
|
|
|
|
|
|
x de sesiapa pegi ke??
update lah kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dayang buat show solo tu pun tak ada khabar berita... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dengar kemain hebat dayang bergelek untuk lagu medley Hindi..rugi la spae yang tak pergi termasuk diriku ini.itu baru namanya kelainan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|