CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3375|Reply: 2

asal usul majistret di tanah melayu

[Copy link]
Post time 20-4-2008 02:32 PM | Show all posts |Read mode
kalau kita tgk citer p ramlee..mcm labu labi,kassim selamat etc etc..dia akan selitkan citer ttg MAJISTRET. tp xlah secara detail. dlm labu labi..secara komedi..dlm ibu mertua ku kot/kassim selamat ..mcm secara sindiran. selebihnya kita akan dgr nama majistret dimention dlm tv,radio,akhbar . tp x ramai dr kita tau siapakah anak melayu pertama jd majistret? siapakah majistret pertama di tanah melayu sebelum merdeka. aku cuma heran..knp tugas sbg majistret ini cukup misteri..sedangkan kewujudannya adalah terlebih awal dr tugas seorang expert IT misalnya. apa yg aku dgr ttg majistret ..kdg2 aku x pasti itu citer betul ke..ada historynye ke..kdg2 mcm myth dan legend lak. mcm seolah2 citer ttg dorg ni dihalang oleh certain force. betul ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 03:29 PM | Show all posts



Tun Syed Sheh Bin Syed Hassan Barakbah
Anak Melayu pertama yang memegang jawatan sebagai ketua Hakim Negara


                        
            Tun Syed Sheh dilahirkan pada 10 November 1906             di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul             Hamid, Alor Star sebelum melanjutkan pelajarannya ke England dengan             biasiswa kerajaan Negeri Kedah. Di sana beliau telah diterima masuk             ke Inner Temple dan mengikuti kursus undang-undang. Pada tahun 1934,             beliau telah lulus dan di anugerahkan Ijazah LLB.            
            
Kerjaya :            
  • Majistret, Pendaftar dan Ketua Majistret. Beliau merupakan anak                 Malaysia yang pertama memegang ketiga-tiga jawatan penting dalam                 perkhidmatan perundangan di negara ini.
  • Majistret Khas (April 1946)
  • Presiden Mahkamah Seksyen Kedah dalam Perkhidmatan Perundangan                 Kolonial (1948)
  • Hakim Mahkamah Seremban (Oktober 1955 - Jun 1958)
  • Hakim Mahkamah Rayuan (1962)
  • Ketua Hakim Malaya (1963)
  • Ketua Hakim Negara yang pertama (1 Jun 1966) dan bersara pada                 10 September 1966.
  • Pegawai Mentadbir Kerajaan Pulau Pinang
  • Senator (Disember 1968).
  • Yang Di-Pertua Dewan Negara (27 Januari 1969)
  • Gabenor Pulau Pinang yang keempat pada Februari 1969 dan berkhidmat                 selama dua penggal sehingga Februari 1975.
                        
Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Seri Setia Mahkota (S.S.M) yang membawa gelaran Tun, Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N) kelas pertama daripada kerajaan Pulau Pinang, Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M. K) kelas pertama dan Pingat Sultan Badlishah (P.S.B) daripada Sultan Kedah. Tun Syed Sheh telah kembali ke Rahmatullah pada 8 Oktober 1975, di Alor Star, Kedah.













































































































Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 08:23 PM | Show all posts
1# mys_tery

saya pernah baca sejarah kehakiman British di negara ini, mereka mula memperkenalkan majistret setelah campur-tangan dalam pentadbiran tempatan. Ini selaras dgn dasar Britiish yg menolak utk mengiktiraf undang2 Syariah yg telah lama di amalkan di negara, sebaliknya mereka memperkenalkan undang2 mereka. Kalau x silap,  negeri yg mula2 terima majistret british ialah P.Pinang - negeri yg mereka mula2 campur tangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059523 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list