View: 3991|Reply: 3
|
21 Bom Lama peninggalan dari WWII dijumpai
[Copy link]
|
|
21 bom lama ditemui
Oleh NORHAYATI YAHAYA
ISA (dua dari kiri) menunjukkan bom lama yang dijumpai di Sungai Melayu, Johor Bahru kelmarin
JOHOR BAHRU - Sebanyak 21 bom lama ditemui di kawasan tepi pesisir pantai Tanjung Stajam, Sungai Melayu, Gelang Patah di sini, kelmarin.
Komandan Polis Marin, Senior Asisten Komisioner (SAC II) Isa Munir berkata, 21 bom lama pelbagai kaliber iaitu enam butir 85 milimeter (mm), 12 (105 mm) dan tiga (155 mm) ditemui kira-kira pukul 8 pagi dan ia dari jenis Shell dan masih aktif.
Katanya, semua bom lama yang disyaki peninggalan Perang Dunia Kedua itu dipindahkan ke Stor Persenjataan Pangkalan Polis Marin sebelum dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) di Lapang Sasar Batu Anam, Segamat, semalam.
"Malah operasi ini adalah yang kedua selepas Unit Selam Marin dan UPB dengan Unit Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menemui 121 bom lama di lokasi serupa dan sekitarnya pada 21 hingga 25 Februari lalu," katanya kepada pemberita di sini semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Area tu staging point Jepun nak menyeberang Selat Tebrau masa 1941-42...Aku percaya, mesti ada banyak lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 6-5-2008 11:23 AM
Area tu staging point Jepun nak menyeberang Selat Tebrau masa 1941-42...Aku percaya, mesti ada banyak lagi!
alpha...mcm ner dorang (ppl yg dlm pic tu) tau bom lama tu takkan ignite? nampak mcm dorang tau je coz berani giler stay dekat...siap pegang bom lama tu...dan sebijik bom tu, kekuatan dia kalo meletup bersamaan berapa bijik bom tangan? sori, aku blur skit bab2 senjata api ni...
[ Last edited by cz at 6-5-2008 05:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 cz's post
Tu la yang aku heran tu...berani sungguh... tapi mungkin sebab peluru meriam tu tak dipasang fius lagi.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|