|
Malayan Tapir:
Proud peacock...tukang sambut tetamu kat main entrance:
http://i134.photobucket.com/albums/q97/nanni_huser/Trip%20to%20the%20Zoo%2042607/ba92.jpg
Baby orangutan tengah bermain:
Giraffes:
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rhino:
Capybara (world's largest rodent)
Galapagos turtles (Zoo has more than 20, some more than 100 yrs old)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
African Wild at Wild Animal Park view from top of the tower
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 nhuser's post
cantik laa sme gambar...keadaan zoo disana pun lebey baik keadaannya dr negara kita nye kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 ati1402's post
Ati, kita dah lama tak pergi ke zoo negara sebenarnya, kali terakhir tahun 1992...tak tahu macam mana keadaannya sekarang. Berdasarkan pengalaman tahun 1992 tu, memang jauh berbeza zoo negara dengan San Diego zoo. SD zoo memang superb, haiwan2 pun dijaga dengan baik. Yealah, banyak dapat fundings dan sponsorship (in research etc) worldwide.
OT: Love the pictures of your cats! Kalau dekat , dah lama ku colek kucing Ati |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 ati1402's post
OT: akak tak ada bela kucing walaupun kami sekeluarga suka kucing...rumah tak luas untuk bela kucing. Kalau ada masa terluang kami akan pergi ke humane sociatey dan main dengan kucing2 yang tunggu untuk diadopt..dapatlah hilangkan gian bila gomol kucing kat situ
selalu masuk thread cat's lover...tapi sebagai silence reader ajelah...geram tengok kucing kat situ! |
|
|
|
|
|
|
|
Geramnya tengok bunnies tu! Nie kat mana ena? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 ena80's post
taman hewan ktne ni ena |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 nhuser's post
byk giler bunnies kat situ..asyik serbu org lak tu..
animal park kat langkawi nih dlm area cable car tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 ati1402's post
kat langkawi jer ati |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 ena80's post
oic..nnt ley singgah lau pegi langkawi..menarik! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 ati1402's post
sonok bila rusa tu makan atas tapak tangan kita..geli |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 nhuser's post
Kirenya, haiwan eksotik kite, dari negara yang kecil pon dah cukup banyak kan ?
Tapir/Cipan/Tenuk
Malayan Sun Bear
Orang Utan
Pak Belang
tu blom kire spesis yg same ngan engara lain cam badak Sumtra, tenggiling, harimau dahan / akar, gajah hehe
Bangga rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 lipanlapan's post
Betul tu lipan! Untung Malaysia khasnya dan negara2 Khatulistiwa amnya sebab mempunyai kepelbagaian species yang tinggi . Sekarang nie antara nak dengan tak nak aje bagi kita untuk mengekalkan semua tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsep zoo terbuka - Paya Indah Wetlands kini dibuka semula
Oleh SHANIKA ABDULLATIB
MATAHARI yang memancar terik seolah tidak terasa tatkala melalui denai khas dirimbuni pohon-pohon.
Tiba-tiba tiga ekor memerang melintas, membuatkan pengunjung terhenti mendadak sebelum ada menjerit gembira melihat hidupan itu sebelum ia menghilang ke dalam belukar berhampiran.
Perjalanan diteruskan sebelum terhenti apabila beberapa ekor helang terbang rendah di permukaan tasik dan menyambar anak ikan.
Tiba di satu laluan, tiga ekor kerbau dewasa yang sedang berkubang bingkas bangun selepas menyedari kehadiran manusia.
PAYA Indah Wetlands menjadi habitat hidupan liar membiak termasuk burung helang ini.
Dengan ekor berkibas, mata tajam memandang serta mendengus sesekali, nyata kerbau tersebut masih agak liar dalam menjaga kawasannya daripada diceroboh.
Namun, sekumpulan burung gembala kerbau terus bertenggek di atas badan kerbau itu tanpa rasa takut.
“Kami cuba mengekalkan keaslian Paya Indah Wetlands ini semampu mungkin. Malah pembangunan yang dilakukan cukup minimum bagi kelangsungan habitat di sini,” kata Timbalan Penguasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Ady Ermanty Haniff.
WALAUPUN di dalam kurungan, persekitaran paya sangat sesuai untuk haiwan seperti pelanduk.
Ceritanya lagi, konsep ‘zoo terbuka’ ini bakal menyajikan para pengunjung dengan hidupan separuh liar dalam habitatnya yang tersendiri.
Baru dibuka kembali setelah ditutup hampir dua tahun, sambutan pelancong terutama pencinta alam cukup memberangsangkan.
“Paling ramai, pemerhati burung yang datang dari pelbagai tempat termasuk luar negara. Mereka sanggup menghabiskan masa sehari suntuk hanya untuk memerhati dan mengambil gambar,” jelas Ady Ermanty sambil menunjukkan beberapa ‘hot spot’ bagi pemerhati burung.
Perjalanan kami diteruskan menuju ke sebuah kolam yang terletak di perantaraan sebuah simpang yang berturapkan tanah merah.
BURUNG tempua bersarang rendah. Hanya mereka yang bernasib baik dapat melihat penghuninya.
Sebaik menjejakkan kaki, pengunjung sekali lagi teruja dengan ratusan bunga teratai yang mewarnai tasik kedua terbesar di taman tersebut.
“Tasik Teratai ini biasanya menjadi tumpuan burung pangling serta beberapa jenis burung air yang lain. Di sinilah pemerhati akan duduk menghendap memerhatikan telatah burung mencari ikan pada awal pagi,”
“Bagi mengelakkan ia menjadi tasik mati akibat mendapan, saliran air dibina,” katanya.
Dalam asyik memerhatikan saujana bunga teratai, mata pastinya tidak terlepas daripada memandang beberapa ekor burung raja udang yang sedang berehat di atas pokok.
IKON utama Paya Indah Wetlands, badak air berendam di kolam.
Tidak puas sekadar menonton kawanan burung, Ady Ermanty membawa pengunjung ke kawasan lindungan khas haiwan seperti pelanduk, helang, kuang dan landak raya.
“Semua haiwan ini dikuarantin sebelum dilepaskan ke taman. Tempohnya bergantung kepada keadaan namun ada juga yang kembali sendiri ke kandang khas ini walaupun telah dilepaskan ke dalam taman,” ungkapnya.
Jumlah haiwan seperti kerbau dan memerang dikawal agar populasinya tidak berlebihan hingga mengganggu ekosistem tanah lembap ini.
Pengunjung juga tidak terlepas dari ditunjukkan sekelompok pokok akasia yang tinggi merimbun ketika melalui denai khas yang dulunya merupakan trek berkuda bagi beberapa orang kenamaan negara.
“Perkara menarik mengenai pokok ini ialah ia merupakan tempat tumpuan burung tempua membuat sarang.
“Di sini, tidak kurang 30 buah sarang tempua yang berpenghuni. Ia menjadi tempat kegemaran kerana keadaan ranting pokok itu sesuai dibuat sarang serta dekat dengan tasik,” ceritanya yang turut memberitahu burung tersebut hanya boleh dilihat pada waktu tertentu.
Melihat keadaan taman yang ditinggalkan selama dua tahun, tidak hairanlah jika ada banyak belukar dan pokok-pokok hutan tumbuh meliar dengan subur.
“Tidak banyak yang berubah di kawasan ini selepas dibuka semula. Cuma perlahan-lahan, kami sedang membaik pulih tempat ini agar pengunjung lebih selesa dan selamat,” katanya ketika melalui kolam buaya serta badak air yang terletak berhampiran kawasan resort.
Penguasa taman itu, Salman Saaban, berkata pihaknya membangunkan infrastruktur taman ini secara berperingkat dan mengikut kepentingan.
“Secara dasarnya, terdapat tiga zon utama iaitu rekreasi, pendidikan dan konservasi. Kini, proses pembaikpulihan serta meningkatkan taraf giat di zon rekreasi,” jelasnya.
Setelah diserahkan kepada Perhilitan pada tahun 2004, konsep taman ini turut diubah. Namun pada masa yang sama, beberapa perkara dasar terus dikekalkan.
Malah dengan bajet besar diberikan, ia digunakan untuk menjalankan beberapa kajian terhadap keadaan tanah, air dan haiwan yang terdapat di dalam taman ini.
“Kami mahu mengubah minda pengunjung supaya menghargai hidupan dan membawa mereka ke alam semula jadi dalam erti yang sebenarnya,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|