CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5411|Reply: 14

Gambar Mangsa Taufan Nargis di Myanmar - JOM DERMA

[Copy link]
Post time 28-5-2008 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Angka kematian akibat Taufan Nargis di Myanmar cecah 31,938 orang
Pelapor: rtm/ida
Tarikh: 13/05/2008

Myanmar- Angka kematian akibat Taufan Nargis yang melanda Myanmar meningkat kepada 31,938 orang. PBB dan beberapa agensi lain menjangka ia lebih tinggi memandangkan hampirkan 30,000 lagi dilaporkan masih hilang. Selain memusnahkan ternakan, ladang dan infrastruktur, Nargis memusnahkan ratusan ribu buah rumah di zon bencana Delta Irrawaddy. klik pada gambar untuk melihat dengan jelas


Ingin Melihat Gambar Keadaaan selepas Taufan Nargis, LAYARI DISINI
Lebih malang junta tentera terus berdegil untuk tidak membenarkan pihak luar yang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani krisis kemanusiaan masuk ke negara itu.

Mereka memberi alasan mereka mampu mengendalikan sendiri semua urusan bantuan.

Bekalan ubat dan makanan semakin berkurangan, malah bantuan asing yang mencurah tiba semakin bertimbun di Lapangan Terbang Yangon.

Ramai pelarian yang membuat khemah di kawasan lapang, terpaksa meminum air yang tercemar dengan mayat dan bangkai binatang.

Futej DVB yang dibekalkan pergerakkan Pro-demokrasi, menunjukkan mayat-mayat terdampar di tebing sungai atau terapung didalam air di Wilayah Bogolay. klik pada gambar untuk melihat dengan jelas

Di Laputta, antara kampung yang teruk terjejas, penduduk yang hilang tempat tinggal membanjiri kuil Buddha untuk berlindung.

Seorang wanita berkata ramai penduduk di kampungnya terbunuh dan jumlahnya tidak terkira.

Katanya daripada 300 buah rumah di kampung itu, hanya kira-kira 100 orang yang masih hidup.

Seorang pemberita DVB berkata tiada bantuan diterima daripada kerajaan meskipun general-general dari junta tentera melawat kawasan itu.

Mereka yang ingin menderma boleh melakukannya melalui SMS dengan menaip "derma" diikuti dengan jumlah wang yang hendak disumbangkan iaitu antara RM1 dan RM10 dan hantar kepada 32776.
contoh: taip sms DERMA RM10 dan hantar kepada 32776


Mereka juga boleh menyalurkan bantuan dengan menghantar cek atas nama "Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri".

Encik Mohammed Zamberi Othman
Ketua Akauntan
Kementerian Luar Negeri,
No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
62602 PUTRAJAYA.

Tel : 03-88874251
03-88892924
E-mail :
[email protected]


[ Last edited by  MUZRI at 29-5-2008 11:20 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2008 10:56 PM | Show all posts
pity to look at da dead bodies
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 09:55 AM | Show all posts
ya allah dasyatnya dugaan mu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 07:16 PM | Show all posts
ya allah...insaf aku kejap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 10:40 AM | Show all posts
Insaf sgt tengok...dunia dah makin tua....kadang2 keinsafan tu dtg bila sesuatu kejadian tak diingini berlaku depan mata...masa dlm keseronokan kita selalu lupa...MASYAALLAH....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 01:08 PM | Show all posts
shian nyer............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2008 05:11 PM | Show all posts
ciannya..    sape ada info x?  Nargis  asal dri  perkataan  pe? cmna boleh letak nama tu lak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 09:49 PM | Show all posts
pesal nombor tu invalid?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2008 11:29 AM | Show all posts
malaysia nnti cmne la agaknye klu jd mcm ni? xpnh kena lg seteruk ni kan? kite ni pon alpa leka je. siap2 laaa nnti
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 05:01 PM | Show all posts
a :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 01:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 12:56 AM | Show all posts
ini gambar masa tsunami kat indon dulu..........sebelum nargis dah ada gambar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 03:40 PM | Show all posts
mntak bencana ni pi jauh2 dari negara kta
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 07:52 AM | Show all posts
Mama ngerinye
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 11:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 2.080304 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list