CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15195|Reply: 19

BMW 320i / 325i

[Copy link]
Post time 27-7-2008 08:14 AM | Show all posts |Read mode
BMW 320i Sports miliki sentuhan M

Oleh Johardy Ibrahim





BAGI sesetengah penggemar kereta mewah BMW, peralihan daripada model E46 (nama kod bagi BMW 3 Series keluaran 1998) kepada E90 pada tahun 2005 pada awalnya sedikit sukar diterima.

Ini kerana reka bentuk 3 Series pada E90 dilihat jauh keluar daripada reka bentuk E46 yang sudah menjadi ikon hampir tujuh tahun lamanya. Apatah lagi E90 mirip 5 Series.

Namun, perlahan-lahan E90 mengukuh dan diterima, apatah lagi ciri-ciri teknologi yang diperkenalkan di dalamnya semakin canggih, selain peningkatan daripada kuasa maksimum enjin dan tork.

Kini satu lagi varian iaitu BMW 329i Sports yang diperkenalkan pada April lalu, diyakini bakal menempatkan BMW 3 Series terus di hadapan dalam segmen sedan sports mewah di negara ini.

Varian ini diberi sentuhan M atau Motorsport iaitu cabang kereta lumba bagi BMW yang mengeluarkan varian khas seperti M3 dan M5 yang sudah tersohor.

Diperkasa enjin 2.0 liter VALVETRONIC, aksesori badan M Aerodinamik, rim roda aloi ringan mata berkembar 17 inci, sistem gantungan M Sports selain stereng roda disalut sarung kulit M, varian 320i Sports ini tentunya meningkatkan lagi penanda aras bagi sedan sports.

Enjin VALVETRONIC model ini telah diberi penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi output, sekali gus memperbaiki tahap penjimatan minyak. Enjin ini berupaya menghambur pada 156 bhp/ 115 kW pada 6,500 rpm yang boleh mencapai kelajuan maksimum 218 km/j.

Beberapa kenalan yang memiliki BMW mengakui membeli kereta mewah ini lebih kerana dorongan prestij yang dibawanya. Bermakna dalam kebanyakan masa, mereka lebih aman dan tenteram memandu kereta mereka pada paras purata 110 km/j sahaja.

Bagi penggemar kereta tulen, pemilik seperti yang disebut di atas, gagal memenuhi matlamat sebenar pemilikan sebuah kereta sports atau mewah seperti BMW. Prestij bersamaan dengan kelajuan. Kalau setakat prestij, mereka hanya menggunakan 50 peratus keupayaan sebenar kereta. Ini juga boleh disifatkan suatu pembaziran!

Menyentuh aspek pembaziran, BMW 320i Sports ini berkemampuan menggunakan hanya 8 liter petrol bagi setiap 100 km yang dijelajahi. Tangki penuhnya ialah 63 liter. Itu kalau bawa 110 km/j sahaja!

Selalunya bila memandu uji kereta Jerman atau Jepun yang memiliki ciri dwi-gear iaitu automatik dan manual (dalam kes BMW ia menggunakan transmisi Steptronic enam-kelajuan), penulis lebih gemar menggunakan gear manual.

Seronok menukarnya sebab tidak perlu tekan clutch. Memadai hanya menekan tombol gear ke atas untuk menambah gear dan ke bawah untuk menurun. Cuma radio tidak boleh kuat sangat, nanti tak dengar pula kesan tukaran gear.

Varian ini juga didatangkan dengan Pakej M Sports Menyeluruh yang memberi rasa dinamik dan ciri-ciri dalaman serta luaran yang inovatif. Ciri paling ketara ialah pada bamper depan yang memberi rupa lebih garang dan maskulin.

Pada bamper belakang pula ia memiliki kaedah yang menambah tekanan menurun bagi roda-roda belakang. Ia bukan sahaja memberi rupa sporty tetapi berfungsi meningkatkan sentuhan pada permukaan jalan semasa kereta dipacu pada kelajuan tinggi.

Pada chasis, ia menggunakan kerangka ringan dan reka bentuk gandar digabungkan dengan DSC (Kawalan Dinamik Kestabilan) yang memberikan BMW 320 i Sports mudah dikendalikan dan pada masa yang sama, turut menawarkan keselesaan.

Dengan sistem gantungan M Sports, ketinggian pemanduan telah direndahkan sebanyak 15 milimeter yang memberi jaminan kejituan pengendalian.

BMW 320i Sports ini diserikan dengan rim roda aloi ringan mata berkembar 17 inci iaitu 194 M dengan spesifikasi depan: 225/45 R17 dan belakang: 225/40 R17.

Daripada sudut dalaman, sistem audionya mempunyai ciri pemuka USB Audio yang boleh disambungkan dengan iPod, pemain mp3 dan USB.

Stereng roda yang disalut sarung kulit M dengan logo M memberikan genggaman kental pada batang tebalnya. Butang-butang pelbagai fungsi bersepadu pada stereng roda boleh mengawal radio, pemain CD dan USB.

Pada panel pemukanya, BMW 320i Sports memaparkan sentuhan sporty yang diistilahkan Aluminium Glacier Perak.

BMW 320i Sports yang dipasang tempatan (CKD) ini ditawarkan pada harga atas jalan (tanpa insurans) RM245,800 yang merangkumi cukai jalan, pendaftaran serta pakej Servis Tiga tahun dan Baikpulih.




aku dapat sebijik bmw.... tak kawen pun tarak apa wokey... :cool:

[ Last edited by  amazed at 5-6-2009 23:27 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 01:49 PM | Show all posts
great car for continental lovers...

but i still would opt for Civic Type-R or Impreza or Evo for that price..

boleh merasa amoi..

[ Last edited by  BSundayB at 27-7-2008 01:51 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2008 03:41 PM | Show all posts

Reply #2 BSundayB's post

kalu takat nak merasa amoi.... ko naik kapchai aku pung dapat rasa gak  wooo     
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 03:54 PM | Show all posts
cuba cerita sket kenapa tayar depan lebih tebal dari tayar blkg.....

tayar depan....225/45 R17

tayar belakang....225/40 R17

kalau sama tebal tak bley ke...??
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 03:56 PM | Show all posts

Reply #3 amazed's post

kalau kat sabah ni amoi tuh bermaksud asam halus yang dikisar letak kat buah jambu tuh....tiap2 hari pun aku dapat rasa amoi.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2008 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by cikguranggi at 27-7-2008 03:56 PM
kalau kat sabah ni amoi tuh bermaksud asam halus yang dikisar letak kat buah jambu tuh....tiap2 hari pun aku dapat rasa amoi.........



          yg tu aku lak panggey  asam boi.....  tapi aku rasa nak panggey amoi gak ler...   jambu cecah amoi.... yum yum..    
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2008 12:03 AM | Show all posts

Reply #4 cikguranggi's post

tayar depan lagi tebal sebab kat depan ada enjin... so kereta selalu berat kat depan...  

with more air volume, it absorbs load/impact more..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 12:16 AM | Show all posts
kan da lama kua..asal thread baru wat?hihih..mak aku baru je booking..dalam 3 4 hari dpt..aku tepek gmbo eh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 09:38 AM | Show all posts

Reply #7 BSundayB's post

ooo.........tq...tq......

aku ajar science jek tak ajar physics
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 09:40 AM | Show all posts

Reply #8 Kezman's post

ko plak,
bila nak book satuu..??
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 01:40 PM | Show all posts
bSUNDAYB,,,btol tuh.. with that price.. dapat type R (200k), evo 9 (200k+), impreza version 9 (200k+) impreza version 9 S204 (240k+) or E46 M3 (250k)... hhehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 03:59 PM | Show all posts


Alang2 camtu baik angkat BMW M3 GTR terus, hehehe... cat kaler keter macam kat Need for Speed Most Wanted, hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 05:53 PM | Show all posts

Reply #12 Squall-Leonhart's post

Cantik gilerr!!


Tax kete turun lahhhH!!!!! :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2009 11:29 PM | Show all posts
Nikmat pemanduan BMW 325i Sports

Oleh JOHARDY IBRAHIM




Perhatikan garisan yang melekuk dari fender depan hingga lampu belakang yang berfungsi sebagai aliran angin.


RAMAI kalangan generasi muda akan menyatakan BMW sebagai pilihan bila ditanya mengenai kereta impian mereka. Ada yang nyata bersungguh-sungguh dan sanggup mengambil risiko membeli unit BMW terpakai, waima berusia hampir 15 tahun. Tidak mengapa. Ia masih BMW. Cita-cita tercapai juga.

Mungkin disebabkan kitaran masa dan juga tekanan ekonomi semasa yang menyaksikan jualan kenderaan menurun, harga kereta terpakai juga menarik perhatian.

Seorang kenalan dengan beraninya membeli kereta BMW 3 Series atau E36 pada harga hampir RM60,000. Mengapa tidak?

Mesej di sebalik cerita di atas ialah betapa fokus BMW yang memaparkan imej 憁uda dan berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 11:40 PM | Show all posts
aku kalau dapat pakai recond tak pun secondhand  325 pun jadi laa.kena berusaha lebih gigih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2009 05:26 AM | Show all posts
Darjat tersendiri
Oleh Mohd Razlan Salleh



KERETA buatan Jerman mempunyai keistimewaan dan peminat tersendiri, malah kehadirannya di jalan raya sering memukau pandangan pemandu lain.

Peluang memandu uji buah tangan terbaru, BMW 325i Convertible menjawab persoalan mengapa jenama berkenaan sentiasa menjadi idaman.


Model terbaru ini bukan berada dalam kelasnya tersendiri, malah penukaran 'wajah' daripada sebuah kereta sedan kepada Convertible memang memukau.

Pastinya keunikan model ini terletak pada bahagian bumbung yang boleh dibuka secara automatik dalam masa cuma kira-kira 20 saat.

Bagaimanapun, bumbung jentera terbaru itu hanya boleh dibongkar ketika kereta berhenti atas faktor keselamatan.

Proses transformasi itu dikhuatiri mengganggu pandangan belakang selain mematuhi piawaian ketat pengeluar kenderaan di Eropah bagi jentera Convertible.

Model ini dijana enjin 2.5L enam silinder pacuan roda belakang menjadikan kuasa yang dibekalkan cukup membuatkan penulis tidak mahu melepaskan pedal minyak apabila wujud ruang kosong di jalan raya.

Malah, sistem transmisi automatik Steptronic enam kelajuan dengan pilihan mod manual yang boleh dikawal melalui tuil gear di belakang stereng seperti jentera Formula Satu (F1) menjadikannya pemanduan lebih menyeronokkan.

Tidak dinafikan kuasa dan kawalan pemanduan hasil kejuruteraan BMW memang terbaik termasuk ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Pacuan roda belakang di samping saiz tayar lebar (225/45R17) menjadikan jentera seolah-olah 'melekat' di jalan raya.

Memandu dalam keadaan bumbung terbuka memang satu pengalaman baru, tambahan pula kereta yang dibawa berjenama mewah.

Situasi berkenaan lebih berbaloi apabila dilakukan pada waktu malam dan memandu di lebuh raya atau sekitar ibu kota dengan kelajuan sederhana.

Tetapi awas, pastikan barang berharga diletakkan pada lokasi agak tersorok kerana 'orang luar' lebih mudah menerjah masuk terutama ketika berhenti di lampu isyarat.

Ruang dalamannya disaluti kulit mewah coklat dan bahagian belakang cukup luas, tetapi hanya boleh memuatkan dua penumpang sahaja.

Ini kerana pada bahagian tengah terdapat konsol meletakkan barang peribadi dan minuman.

Bagi model ini, BMW sudah melengkapkannya dengan teknologi i-Drive di mana pemandu boleh mengawal sistem audio, navigasi dan telefon dengan menekan satu butang khas.

Satu lagi keistimewaan BMW 325i Convertible ialah sistem meletak kenderaannya yang dipanggil Park Distance Control yang mempunyai sensor pengesan jarak di bahagian depan dan belakang kereta ini.

Kesimpulannya, BMW325i Convertible adalah sebuah kereta yang bergaya dan dengan harga sekitar RM439,800 (tanpa insuran) tidak mustahil ia sukar kelihatan di jalan raya.

Hanya mereka yang benar-benar berduit dan mahukan kenderaan dengan gaya tersendiri mampu memilikinya.



SPESIFIKASI

BMW325i Convertible

ENJIN: 2,497cc Enam Silinder

KUASA MAKSIMUM: 218 hp pada 6,500 rpm

TORK MAKSIMUM: 250Nm pada 2,750 rpm

TRANSMISI: Enam kelajuan Steptronic

CIRI KESELAMATAN: Beg Udara, ABS, DSC, DTC

HARGA: RM439,800 (tidak termasuk insuran)

Tayar dicadangkan: ContiSportContact3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2009 02:07 PM | Show all posts
aku dapat sebijik bmw.... tak kawen pun tarak apa wokey...
amazed Post at 27-7-2008 08:14


Aku rela tak pakai BMW, asalkan kawen.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 10:48 AM | Show all posts
Aku rela tak pakai BMW, asalkan kawen.......
penyo Post at 12-7-2009 14:07

hahaha...bini boleh peluk keta takleh
bini masak utk kita keta takleh...
bini boleh urut kita keta takleh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 10:55 AM | Show all posts
hahaha...bini boleh peluk keta takleh
bini masak utk kita keta takleh...
bini boleh urut kita keta takleh...
speedo Post at 13-7-2009 10:48


Bini boleh belikan kereta BMW untuk kita.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 09:55 PM | Show all posts
pakai bmw kena bawa awek.bini tinggal umah jaga anak.ha3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.101825 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list