View: 6983|Reply: 14
|
keta hybrid : update; kuasa unik lightning hybrids
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 27-6-2009 14:22
Kereta hibrid lebih mahal
HONDA Insight dengan enjin hibrid.
| WALAUPUN menjimatkan penggunaan minyak, kereta hibrid belum meluas di pasaran akibat pelbagai halangan.
Antara faktor halangan utama adalah harga yang lebih mahal kerana kereta hibrid mempunyai banyak komponen, berbanding sistem konvensional. Kebanyakan komponen adalah elektronik yang kompleks, terutama sistem kawalan.
Sebuah kereta hibrid Honda dengan enjin kapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000.
Perbezaan harga yang besar ini kerana reka bentuk kereta hibrid yang kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal untuk meringankan keseluruhan kenderaan.
Bolehkah kos kereta hibrid dikurangkan? Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, percaya ini boleh dilakukan dengan penggunaan komponen elektronik secara meluas, kos pemasangan yang rendah dengan peningkatan permintaan, reka bentuk mudah dan ringkas serta subsidi kerajaan.
Katanya, ini memerlukan penyelidikan rapi oleh pengeluar kenderaan dalam usaha menembusi pasaran di dunia.
Penggunaan kereta hibrid tidak terlepas daripada kontroversi kerana isu alam sekitar akibat penggunaan bateri sistem hibrid.
Ketika ini, kereta hibrid menggunakan dua jenis bateri, iaitu nikel logam hidrid (nickel metal hydride) dan lithium ion. Walaupun kurang toksik berbanding yang berasaskan plumbum, bateri hibrid tetap dianggap berbahaya.
Selain itu, teknologi hibrid masih baru dan memerlukan pengujian rapi serta masih kurang pusat servis yang menyediakan perkhidmatan lepas jualan.
Ketika pengeluar kereta gergasi dunia berlumba-lumba memajukan kereta hibrid, pengeluar kereta kecil, termasuk Proton, menghadapi cabaran sama ada turut mengeluarkan kereta ini atau terus ketinggalan.
Dr Azhar berkata, cabaran pengeluar kereta kecil untuk menghasilkan teknologi hibrid adalah kos pelaburan yang tinggi, keperluan tenaga pakar penyelidikan dan suatu jangka masa untuk melihat hasil penyelidikan tercapai.
Walaupun prototaip kereta hibrid berjaya dihasilkan, katanya pembinaan kilang mengeluarkan kereta hibrid memerlukan pelaburan besar dan rangkaian vendor yang banyak.
揔ita perlu ingat bahawa terdapat banyak pihak yang melaburkan wang berbilion ringgit untuk menghasilkan sistem hibrid yang boleh diguna secara komersil seperti General Motor, Chryesler, Toyota, Honda, Ford dan Citreon.
Usaha Proton untuk bersaing dalam teknologi dan pengeluaran kereta hibrid ibarat perlumbaan Formula One. Pelumba yang handal tidak mencukupi, tetapi memerlukan sokongan kewangan dan kerja berpasukan yang kukuh serta dedikasi.
Persoalan pokok kepada pengeluar tempatan adalah bersediakah mereka menceburi arena ini atau sekadar cukup dengan permintaan tempatan sedia ada?
KERETA ELEKTRIK
Kereta yang menggunakan motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan. Sumber tenaga elektrik diperoleh dari bateri dalam kereta itu. Sumber lain yang berpotensi ialah dari fuel cell dan tenaga suria. Motor elektrik yang sering digunakan sekarang adalah dari jenis motor arus ulang-alik (AU). Kebelakangan ini, motor yang menggunakan magnet kekal juga popular kerana kos magnet kekal yang semakin menurun dan kualiti semakin meningkat.
Prof Madya Dr Nik Rumzi Nik Idris dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata secara ringkas, kereta elektrik bergerak apabila motor elektrik menghasilkan daya kilas dan ya memutarkan tayar.
Katanya, kelajuan dan kuasa pemacuan kereta elektrik adalah berdasarkan kelajuan atau daya kilas motor elektrik. Pengawalan daya kilas atau kelajuan motor boleh dilakukan secara cekap dan pantas menggunakan penukar elektronik kuasa.
揂pabila pemandu menekan pedal pemecut, pengawal akan memberikan isyarat kepada penukar elektronik kuasa untuk membekalkan arus atau voltan kepada motor yang berkadaran dengan tekanan kaki yang dikenakan pada pedal.
揔uasa yang digunakan untuk membrek boleh dikembalikan untuk mengecas bateri. Ini bermakna tenaga untuk membrek tidak akan hilang sebagai haba seperti kereta biasa,?katanya.
Beliau berkata, penggunaan tenaga kereta elektrik lebih cekap kerana motor elektrik serta penukar elektronik kuasa boleh mencapai kecekapan hingga 90 peratus, berbanding enjin kereta pembakaran bahan api yang biasanya mempunyai kecekapan 20 peratus.
Selain itu, katanya kos penyelenggaraan lebih rendah kerana tidak membabitkan penukaran minyak enjin, brek dan ekzos. Namun kos bateri adalah agak tinggi dan jangka hayat bateri haruslah panjang untuk memastikan bateri tidak perlu selalu ditukar.
HYDROFUEL
Hydrofuel yang dihasilkan sebuah syarikat tempatan, Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd (HFI), adalah formula penjimatan bahan api hingga 29 peratus dengan menggunakan air sebagai bahan bakar bersama petrol.
Presiden HFI, Dr Halim Ali, berkata Hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.
Memperjelaskan teknologi itu, katanya: 擜ir dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama petrol ketika melalui injektor kereta.
"Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar," katanya
Pengguna Hydrofuel hanya perlu memastikan sebuah air sebuah tong berkapasiti lima liter mencukupi. Setiap tong membolehkan penggunaannya bertahan hingga 2,000 kilometer.
Apabila air berkurangan, alat pengesan yang dipasang pada kenderaan akan memberi amaran supaya menambah air pada paras yang disyorkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa jimat minyak
Oleh Ziauddin Sharuddin
SEBUAH kereta hibrid keluaran Toyota yang dipamerkan pada Asean Sumit Trade Exhibition 2005, di Kuala Lumpur.
|
Kereta guna teknologi hibrid lebih jimat minyak apabila enjin dijana dengan gabungan petrol dan motor elektrik
SETIAP kali krisis minyak berlaku, idea menghasilkan kereta yang dapat menjimatkan penggunaan bahan api timbul.
Tidak ada bezanya dengan krisis yang berlaku sekarang apabila kereta hibrid muncul sebagai antara pilihan untuk menjimatkan penggunaan minyak. Berbanding kereta solar dan hidrogen, kereta hibrid bukan lagi suatu idea di atas kertas dan bersifat penyelidikan, tetapi meluncur di jalan raya apabila dikeluarkan secara komersiol.
Kelebihan utama kereta hibrid ialah menjimatkan minyak. Mengikut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat pada 2007, Toyota Prius, yang menggunakan satu liter bahan api mampu pergi antara 21 hingga 25 kilometer (km), bergantung kepada pemanduan di lebuh raya atau bandar.
Kebanyakan kereta di Malaysia, satu liter hanya dapat meliputi perjalanan antara lapan hingga 12 km.
Kini, istilah kereta hibrid menjadi semakin biasa. Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, mendefinisikan kereta hibrid sebagai kenderaan yang menggunakan dua atau lebih punca tenaga yang berbeza reka bentuk untuk membolehkan bergerak di atas jalan raya.
Kebiasaannya kereta hibrid bermaksud gabungan enjin pembakaran dalam (internal combustion engine) dan motor elektrik (electric motor).
Ramai menyangka kereta hibrid adalah perkara baru, tetapi teknologi ini sebenarnya dimajukan sejak lebih 100 tahun lalu.
Sejarah kereta hibrid bermula apabila Dr Ferdinand Porsche, mencipta kereta hibrid pertama, kereta elektrik petrol, Mixte atau nama panggilannya, Aunt Eulalia, tetapi nama rasminya ialah Semper Vivus yang bermaksud sentiasa hidup.
Kereta ini menggunakan enjin petrol yang silih berganti pada kelajuan tetap untuk menjana dinamo yang mengecas akumulator untuk memberikan kuasa kepada motor elektrik di roda depan.
| DR Azhar menunjukkan enjin hibrid yang menjadi kajian di UTM. |
Idea kereta hibrid zaman moden boleh dijejaki ketika krisis minyak pada 1973 dan 1979 yang menyebabkan Amerika Syarikat, mengambil inisiatif melakukan penyelidikan terhadap teknologi hibrid. Ini juga menyebabkan pengeluar kereta terbesar dunia, General Motor, ketika itu membelanjakan lebih RM65 juta terhadap penyelidikan dan pembangunan kereta hibrid.
Pengeluar kereta di benua lain tidak ketinggalan, terutama di negara maju yang isu alam sekitar mendapat perhatian serius.
Pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen, memperkenalkan teksi Microbus hibrid, manakala Di Jepun, pengeluar kereta nombor satu, Toyota membina prototaip enjin hibrid dan Mazda, mengeluarkan trak enjin hibrid, Titan.
Selepas banyak wang dicurahkan dan jurutera kereta memerah otak, pengeluar kereta nombor satu Jepun mendahului pengeluaran kereta hibrid secara komersil. Pertengahan 1997, Toyota memperkenalkan kereta hibrid pertama, Prius, untuk pasaran tempatan negara itu.
Honda tidak mahu ketinggalan dan melancarkan Honda Insight, kereta hibrid dua tempat duduk pada 1999 untuk pasaran Amerika Syarikat, diikuti kemasukan Prius ke negara itu tidak lama kemudian. Pada 2003, Honda memperkenalkan Honda Civic Hybrid yang menyamai Honda Civic konvensional.
Ketika pengeluar Jepun semakin ke depan, syarikat kereta Amerika Syarikat, Ford, pada 2004 melancarkan Ford Escape Hybrid, kenderaan hibrid pertama Amerika Syarikat dan juga SUV hibrid pertama dunia.
Selepas itu semua menjadi sejarah. Pengeluar kereta terkemuka dunia kini menjadikan pengeluaran kereta hibrid sebagai keutamaan.
INFO
Komponen asas kereta hibrid
Enjin
Tangki bahan api
Motor elektrik - Komponen juga boleh berfungsi sebagai generator.
Bateri - Berfungsi menyimpan kuasa bagi kegunaan motor elektrik.
Sistem transmisi - Berfungsi sama seperti kenderaan biasa menggunakan enjin pembakaran dalam.
Varisasi Kereta Hibrid
Susunan selari
Sistem ini banyak digunakan pengeluar kereta gergasi dunia. Ia adalah enjin pembakaran dalam dan sebuah motor elektrik yang disambung ke sebuah sistem transmisi. Kebanyakan sistem begini menggabungkan jana kuasa elektrik besar dan sebuah motor elektrik dalam satu unit.
Starter motor dan alternator tidak digunakan. Untuk menyimpan kuasa, ia menggunakan bateri bersaiz besar untuk menyimpan voltan yang lebih besar daripada biasa, iaitu 12 Volt. Peralatan lain seperti stering kuasa (power steering) dan penghawa dingin memperoleh kuasa daripada motor elektrik.
Susunan bersiri
Sistem ini menyerupai sistem kereta elektrik berbateri daripada kereta berpacuan enjin pembakaran dalam. Enjin memacu generator elektrik dan tidak menyalurkan kuasa terus ke roda kereta. Generator yang tersedia mengecas bateri dan membekal pusa kepada motor elektrik yang menggerakkan kenderaan.
Apabila kuasa yang besar diperlukan, motor elektrik menyedut kuasa elektrik daripada bateri dan generator. Sistem transmisi tidak diperlukan. Terdapat juga reka bentuk yang memperuntukkan satu motor elektrik untuk satu tayar bagi sistem begini.
Sistem bersiri boleh dipasang dengan bateri jenis penyimpan kuasa elektrik super (supercapacitor) atau roda tenaga (flywheel) untuk menyimpan tenaga yang ditebus guna ketika menghentikan (brek) kenderaan. Proses ini meningkatkan kecekapan kenderaan keseluruhannya.
Susunan kombinasi selari dan bersiri
Sistem ini mempunyai alat pemisah kuasa (power-split) membolehkan kuasa dipindah daripada punca ke hiliran secara mekanikal atau elektrik.
Prinsip asas di sebalik sistem ini ialah kebolehan untuk memisahkan kuasa (decoupling) yang dibekalkan oleh enjin (atau punca lain) daripada kuasa yang diperlukan oleh pemandu.
Dalam kenderaan konvensional, enjin bersaiz besar diperlukan untuk menghasilkan pecutan daripada keadaan pegun ke keadaan laju akibat daya kilas enjin adalah rendah pada halaju rendah. Sebaliknya, motor elektrik mempamerkan daya kilas tinggi pada halaju rendah yang membantu enjin yang mempunyai kecekapan rendah pada halaju rendah.
baguih info ni... aku kalu pasal nak cari cara jimat2 minyak... mmg aku suka... keta baru aku next year pung aku guna ngv.... tak tahan petrol sekarang wooo |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta Hibrid
Kuasa Jimat Minyak
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]
SEBUAH kereta hibrid keluaran Toyota yang dipamerkan pada Asean Sumit Trade Exhibition 2005, di Kuala Lumpur.
| Kereta Guna Teknologi Hibrid Lebih Jimat Minyak Apabila Enjin Dijana Dengan Gabungan Petrol Dan Motor Elektrik
SETIAP kali krisis minyak berlaku, idea menghasilkan kereta yang dapat menjimatkan penggunaan bahan api timbul.
Tidak ada bezanya dengan krisis yang berlaku sekarang apabila kereta hibrid muncul sebagai antara pilihan untuk menjimatkan penggunaan minyak. Berbanding kereta solar dan hidrogen, kereta hibrid bukan lagi suatu idea di atas kertas dan bersifat penyelidikan, tetapi meluncur di jalan raya apabila dikeluarkan secara komersiol.
Kelebihan utama kereta hibrid ialah menjimatkan minyak. Mengikut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat pada 2007, Toyota Prius, yang menggunakan satu liter bahan api mampu pergi antara 21 hingga 25 kilometer (km), bergantung kepada pemanduan di lebuh raya atau bandar.
Kebanyakan kereta di Malaysia, satu liter hanya dapat meliputi perjalanan antara 8 hingga 12 km.
Kini, istilah kereta hibrid menjadi semakin biasa. Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, mendefinisikan kereta hibrid sebagai kenderaan yang menggunakan dua atau lebih punca tenaga yang berbeza reka bentuk untuk membolehkan bergerak di atas jalan raya.
Kebiasaannya kereta hibrid bermaksud gabungan enjin pembakaran dalam (internal combustion engine) dan motor elektrik (electric motor).
Ramai menyangka kereta hibrid adalah perkara baru, tetapi teknologi ini sebenarnya dimajukan sejak lebih 100 tahun lalu.
Sejarah kereta hibrid bermula apabila Dr Ferdinand Porsche, mencipta kereta hibrid pertama, kereta elektrik petrol, Mixte atau nama panggilannya, Aunt Eulalia, tetapi nama rasminya ialah Semper Vivus yang bermaksud sentiasa hidup.
Kereta ini menggunakan enjin petrol yang silih berganti pada kelajuan tetap untuk menjana dinamo yang mengecas akumulator untuk memberikan kuasa kepada motor elektrik di roda depan.
| DR Azhar menunjukkan enjin hibrid yang menjadi kajian di UTM. |
Idea kereta hibrid zaman moden boleh dijejaki ketika krisis minyak pada1973 dan 1979 yang menyebabkan Amerika Syarikat, mengambil inisiatif melakukan penyelidikan terhadap teknologi hibrid. Ini juga menyebabkan pengeluar kereta terbesar dunia, General Motor, ketika itu membelanjakan lebih RM65 juta terhadap penyelidikan dan pembangunan kereta hibrid.
Pengeluar kereta di benua lain tidak ketinggalan, terutama di negara maju yang isu alam sekitar mendapat perhatian serius.
Pengeluar kereta utama Jerman, Volkswagen, memperkenalkan teksi Microbus hibrid, manakala di Jepun, pengeluar kereta nombor satu, Toyota membina prototaip enjin hibrid dan Mazda, mengeluarkan trak enjin hibrid, Titan.
Selepas banyak wang dicurahkan dan jurutera kereta memerah otak, pengeluar kereta nombor satu Jepun mendahului pengeluaran kereta hibrid secara komersil. Pertengahan 1997, Toyota memperkenalkan kereta hibrid pertama, Prius, untuk pasaran tempatan negara itu.
Honda tidak mahu ketinggalan dan melancarkan Honda Insight, kereta hibrid dua tempat duduk pada 1999 untuk pasaran Amerika Syarikat, diikuti kemasukan Prius ke negara itu tidak lama kemudian. Pada 2003, Honda memperkenalkan Honda Civic Hybrid yang menyamai Honda Civic konvensional.
Ketika pengeluar Jepun semakin ke depan, syarikat kereta Amerika Syarikat, Ford, pada 2004 melancarkan Ford Escape Hybrid, kenderaan hibrid pertama Amerika Syarikat dan juga SUV hibrid pertama dunia.
Selepas itu semua menjadi sejarah. Pengeluar kereta terkemuka dunia kini menjadikan pengeluaran kereta hibrid sebagai keutamaan.
INFO
Komponen Asas Kereta Hibrid
Enjin
Tangki bahan api
Motor elektrik - Komponen juga boleh berfungsi sebagai generator.
Bateri- Berfungsi menyimpan kuasa bagi kegunaan motor elektrik.
Sistem transmisi- Berfungsi sama seperti kenderaan biasa menggunakan enjin pembakaran dalam.
Varisasi Kereta Hibrid
Susunan selari
Sistem ini banyak digunakan pengeluar kereta gergasi dunia. Ia adalah enjin pembakaran dalam dan sebuah motor elektrik yang disambung ke sebuah sistem transmisi. Kebanyakan sistem begini menggabungkan janakuasa elektrik besar dan sebuah motor elektrik dalam satu unit.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20080727050620/Article
[ Last edited by qleophathyr at 29-7-2008 11:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
better move ke bod C&M kot |
|
|
|
|
|
|
|
C&M tu Car & Machine ke? Ok, diizinkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 qleophathyr's post
|
|
|
|
|
|
|
Kita harap biarlah kereta hibrid ini nanti ada ciri ciri Islam..... |

gambar hybrid engine masa melawat kat toyota nagoya japan -model kereta fine x
|
|
|
|
|
|
|
|
[tr][td=2,1]Kereta Hibrid Yang Dibangunkan Proton Punya Potensi, Kata PM
SHAH ALAM, 2 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kereta hibrid yang sedang dibangunkan oleh Proton mempunyai potensi untuk diterima pasaran.
Bagaimanapun Perdana Menteri berkata bila kereta berkenaan berada di pasaran akan terserah kepada Proton.
"Ia bergantung kepada sepantas mana Proton boleh bekerja dan saya telah memandu ujinya. Nampaknya elok dan bergantung kepada Proton secepat mana mereka boleh memajukan kereta ini," kata beliau semasa ditanya pemberita mengenai bila pengeluar kereta nasional itu akan mengeluarkan kereta itu.
Abdullah ditemui selepas merasmikan pelancaran kereta keluaran Proton yang ke-3 juta dan melancarkan Minggu Teknologi Proton.
Beliau juga telah memandu uji sebuah daripada prototaip kereta berkenaan di kilang pengeluar kereta nasional itu di sini.
Abdullah berkata melalui taklimat yang diberikan kepada beliau oleh pihak pengurusan Proton, beliau merasakan dengan perancangan yang disediakan, pengeluar kereta nasional utama itu akan menjadi satu syarikat automotif yang berdaya maju, mampu bersaing dan kekal relevan pada masa hadapan.
Pada masa yang sama beliau berkata adalah penting bagi Proton mengambil kira perkembangan terkini dalam penyelidikan dan pembangunan kereta yang mempunyai enjin yang jimat bahan api dengan menggunakan enjin hibrid, elektrik atau yang menggunakan bahan api lebih murah daripada petrol, mesra alam dan mampu dimiliki oleh kebanyakan pembeli.
Abdullah berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan insentif-insentif yang sesuai kepada pembangunan kereta hibrid dan galakan seperti ini bukannya perkara yang tidak pernah dilaksanakan oleh negara lain termasuk negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
Insentif-insentif yang bakal diberikan itu adalah insentif penggalakkan supaya lebih banyak kereta-kereta seumpama itu dibina, katanya semasa ditanya sama ada kerajaan akan memberikan insentif kepada usaha pembangunan kereta hibrid.
Abdullah berkata kerajaan juga sedia membantu Proton bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang akan mereka terokai di dalam bidang ini.
Beliau berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk terus memberi sokongan kepada syarikat-syarikat tempatan yang memanfaatkan nilai ditambah yang tinggi kepada ekonomi negara melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta penggunaan teknologi tinggi, termasuk Proton sendiri.
Semasa ditanya sama ada insentif pembangunan kereta hibrid akan diumumkan dalam Bajet 2009 yang dijadual dibentangkan pada hujung bulan ini, beliau berkata:" Yang ini sudah pun jadi perkara yang kita buat keputusan baru-baru ini.
Saudara masih ingat lagi baru-baru ini saya mencuba memandu kereta elektrik dan kereta yang guna 'bahan api hidrogen' baru-baru ini itupun eloklah kita lihat dari segi apakah kita boleh bantu, dari segi insentif."
Sebelum itu, dalam ucapannya Abdullah berkata Proton juga semakin matang di dalam bidang R&D bukan sahaja untuk kegunaannya sendiri tetapi menawarkan teknologi yang dibangunkannya kepada pihak lain di luar negara.
Pada majlis itu Proton juga menandatangani perjanjian dengan Kumpulan SAIPA dari Iran bagi tujuan kerjasama strategik dalam bidang R&D, pengeluaran enjin dan pembangunan model kereta yang disaksikan oleh Abdullah dan juga Duta Iran ke Malaysia, Mahdi Khandagh Abadi.
Abdullah berkata pihak industri dan universiti perlu mengadakan pakatan kerjasama untuk menjalankan kajian dan pembangunan dalam meningkatkan lagi kualiti produk buatan tempatan di mana kerjasama itu akan dapat mewujudkan persekitaran yang menggalakkan perkongsian kepakaran dan ilmu.
"Misalnya saya percaya terdapat pelbagai peluang perkongsian kajian dan penyelidikan dalam sektor automotif bagi pencarian bahan-bahan baru untuk diguna pakai, yang dapat meningkatkan lagi kualiti dan sekaligus mengurangkan kos pembuatan kereta pada keseluruhannya," kata beliau.
Abdullah berkata beliau mahu Proton berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kemampuan dan daya saingnya berbanding dengan syarikat gergasi pengeluar kereta di dunia.
Abdullah berkata untuk terus kekal dalam pasaran, sama ada di dalam atau luar negara, Proton perlu meningkatkan penerimaan pembeli terhadap kereta keluarannya dengan sentiasa menepati cita rasa pelanggan di samping berusaha meningkatkan kualiti produk serta menawarkan produk dan perkhidmatan yang dapat menarik lebih ramai pelanggan sepanjang masa.
"Ini kerana peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan telah menjadi tumpuan pesaing-pesaing Proton yang lebih besar di pasaran antarabangsa," kata beliau.
Perdana Menteri berkata bagi jangka masa panjang Proton mungkin akan memerlukan pakatan kerjasama strategik dengan syarikat yang mempunyai kekuatan, kebolehan dan kemampuan untuk menyalurkan manfaat kepada Proton dan industri automotif tempatan.
Beliau berkata yang penting, pakatan berkenaan mengikut dasar yang menguntungkan kedua-dua pihak dan juga indsutri automotif negara.
Abdullah yang merupakan peminat kereta Proton berkata:" Saya dukacita dan sedih apabila dengar cerita Proton di Terengganu tapi saya diberitahu ini bukan mengenai kereta Proton tidak baik, tapi yang pembaikan yang tidak betul."
Selain Proton, beliau berkata vendor-vendor pengeluar kereta nasional itu harus terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kepakaran serta hasil produk yang secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kualiti kereta nasional itu.
-- BERNAMA
[/td][/tr][tr][td=2,1] [/td][/tr] |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg KERA-jaan pak lah boleh buat sekarang adalah...........
turunkan cukai kereta import hybrid kepada kadar minimum...
kalau ko ikhlas nak tolong rakyat... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 puyol2's post
depa kata nak tulun rakyat cuma depa tak iklas ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
Insentif untuk majukan Proton hibrid
SHAH ALAM |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa unik Lightning Hybrids
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Model hibrid terbaru ini cukup menggemparkan dunia automotif kerana didakwa dapat mencapai perbatuan sejauh 161 kilometer dengan hanya 3.78 liter bahan api, selain rekaannya yang radikal.
Setiap orang punya cita rasa tersendiri apabila berbicara mengenai jentera automotif. Ada yang obses dengan kelajuan, ada yang gilakan rekaan bentuk yang futuristik tetapi ada pula yang tergoda dengan kuasa sebuah jentera mesra alam.
Justeru, apabila kereta hibrid yang menggunakan gas-elektrik mula membuat debut di pasaran, syarikat-syarikat automotif dunia bersaing hebat untuk melahirkan jentera terbaik.
Jentera hibrid banyak dilahirkan di Jepun dengan menyaksikan Toyota dan Honda antara dua gergasi automotif yang membuktikan kepada dunia mengenai komitmen jentera hijau mereka.
Toyota begitu sinonim dengan Prius manakala Honda cemerlang dengan Civic Hybrid dan Insight Hybrid.
PANDANGAN sisi LH4.
Beberapa gergasi lain yang turut mencuba nasib terjun dalam dunia jentera hibrid termasuklah General Motors, BMW, Mercedes Benz dan Ford Motor.
Kemudian timbul pula kereta hibrid yang paling diperkatakan baru-baru ini iaitu prototaip LH4 yang dihasilkan oleh syarikat Lightning Hybrids. Diasaskan pada tahun 2008, Lightning Hybrids merupakan sebuah syarikat penyelidikan automotif dan perkilangan yang berpengkalan di Loveland, Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Syarikat tersebut menghasilkan dua buah jentera hibrid hidraulik biodiesel yang memiliki kemampuan seperti sebuah sports sedan. Tidak terhenti di situ, rekaan fizikalnya yang berbeza dianggap sangat luar biasa dan menggoda.
Dengan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar, kehadiran prototaip jentera berkod LH4 ini dilihat tiba tepat pada masanya.
TEKNIK reka bentuk kerangka konvensional dihasilkan daripada tiub krom molybdenum.
LH4 merupakan salah satu pesaing dalam pertandingan Progressive Insurance Automotive X Prize 2010 yang menampilkan rekaan-rekaan terhebat di seluruh dunia dengan taruhan hadiah bernilai RM35 juta.
Pertandingan itu bakal mengiktiraf rekaan kenderaan yang bersih, mampu dikeluarkan dan dapat mencatat perbatuan melebihi 100 batu bagi setiap gelen minyak.
Diperbuat daripada material gentian karbon dan hanya seberat 794 kilogram, pintunya boleh dibuka seperti telefon bimbit flip (clampshell), sekali gus menampilkan rekaan yang begitu aerodinamik.
Teknik reka bentuk kerangka konvensional dihasilkan daripada tiub krom molybdenum, membentuk elemen struktur utama LH4 yang hampir sama dengan penghasilan jentera Formula dan Indy.
Kamera cermin sisi
Diinspirasikan daripada model Chevrolet Corvette tahun 1963 terutamanya di bahagian belakang, LH4 dilengkapi dengan cermin sisi yang digantikan dengan kamera dan skrin-skrin LCD bersaiz sebuah iPhone.
LH4 dipasang dengan enjin biodiesel dua injap binaan Volkswagen berkuasa 90 bhp (67 kW) dan digabungkan bersama sistem hibrid hidraulik Rexroth dengan kuasa 150bhp (112 kW).
SISTEM enjin hibrid hidraulik bioadiesel boleh dimasukkan
secara retrofit (dipasang) ke dalam enjin biasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Lightning Hybrids, Dan Johnson menyatakan, setakat ini, tiada satu firma atau pengeluar yang mengaplikasikan teknologi tersebut ke atas kenderaan-kenderaan kecil.
Sebelum ini, sistem hibrid hidraulik Rexroth hanya digunakan pada trak.
Bagaimana teknologi hibrid hidraulik ini berfungsi?
Ia sebenarnya terhasil daripada enjin diesel bercekapan tinggi dan digabungkan dengan satu sistem momentum atau penggerak yang unik. Sistem inilah yang menggantikan transmisi dan enjin konvensional.
Pam-pam dan kotak penyimpanan hidraulik digunakan untuk menyimpan tenaga, tidak jauh bezanya dengan apa yang dilakukan oleh motor-motor elektrik dan bateri dalam kenderaan elektrik.
"Kami sangat teruja untuk mengetengahkan bagaimana sistem hibrid hidraulik Rexroth ini berfungsi. Pandu uji sebenar akan dijalankan pada lewat musim panas ini.
"Lightning Hybrids juga akan menjawab pertanyaan paling popular yang ditanya iaitu bagaimana ia dibuka. Pada masa yang sama, kami akan menunjukkan fungsi pintu dan pengunjung boleh duduk di dalam kereta ini," tambah Johnson, sambil memberitahu LH4 telah membuat kemunculan pertama di Denver Auto Show pada April lalu.
Ciri-ciri enjin
Lightning Hybrids yang mempunyai hanya 12 orang kakitangan kini merancang untuk meningkatkan bilangan itu kepada lebih 300 orang dalam tempoh empat tahun akan datang.
Model sports sedan dengan kapasiti empat tempat duduk ini dikatakan mampu bergerak sejauh 161 kilometer dengan hanya kurang empat liter bahan api, sama ada diesel atau biodiesel.
Lebih menakjubkan, prestasi LH4 mampu memecut dari titik pegun ke takat 60 mph (70 km/j) dalam tempoh kurang enam saat.
Sehingga kini, Lightning Hybrids masih banyak berahsia tentang perincian reka bentuk spesifik LH4 kerana masih menunggu proses pemfailan paten di AS dan antarabangsa yang dilakukannya selesai.
Syarikat tersebut menjelaskan bahawa ia banyak memfailkan paten. Paling signifikan adalah reka bentuk enjin hidraulik yang diintegrasikan dengan omboh berpaksi (integrated hydraulic axial piston engine).
Antara ciri enjin itu termasuklah ia ringan (kurang 1 lb/hp), tiada transmisi, tidak mempunyai berat injap dan aci sesondol, selain pemulihan tenaga membrek (braking recovery) sehingga 100 peratus.
Maknanya, satu unit alat pengumpul (accumulator) yang beroperasi dalam kuasa tekanan antara 5,000 hingga 7,000 psi akan menyediakan ruang penyimpanan tenaga akibat aktiviti membrek, sebelum memberikan kuasa untuk meneruskan pecutan.
Bagi mereka yang berminat, LH4 akan mula dipasarkan pada tahun 2011. Syarikat tersebut kini sudah pun mempunyai senarai menunggu.
Jentera berwarna hitam itu bakal dijual pada harga antara AS$39,000 hingga AS$59,000 (RM136,500 hingga RM206,500) seunit. Prototaip itu mula dikilangkan sejak Januari lalu.
Jentera ini turut dibangunkan dalam varian tiga roda bersama empat tempat duduk yang diberi nama LH3. Lebih menarik lagi, sistem enjin hibrid hidraulik biodiesel itu boleh dimasukkan secara retrofit (dipasang) ke dalam enjin biasa yang dikenali sebagai Hybrid Retrofit System (HRS).
Namun begitu, model LH3 dan enjin pasang siap itu hanya akan mula menemui pelanggan menjelang pertengahan tahun 2010.
"Inilah revolusi teknologi enjin hibrid," kata Johnson.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|