|
jawapan soalan no. 2
mereka yang memakai lambang misil bersilang tu membawa pengertian yang si pemakai tu memang pakar dalam bidang meriam.........
dahulunya jika si pemakai memakai di poket sebelah kanan membawa pengertian beliau mendapat kepakaran tersebut di dalam Malaysia manakala kalau dipakai di poket sebelah kiri si pemakai tersebut mendapat kepakaran/latihan di luar negara.....sekarang entah la......
...saya....sebelah kanan aje...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tenteng at 8-8-2008 10:06 AM
kem garisson bukan kem terendak ke?
ntahlah waktu budak2 dulu tahun 70an kita org panggil kem askar yang ada lapangan terbang kat kluang berdekatan ngan hospital
kerajaan, kem gerisson, sekarang ni diorg panggil kem mahkota....waktu dulu tu ada alloute,nuri dan caribou serta helikopter yang mcm rangka
kat dalam tu, ada unit jurutera,unit 3meriam,31 bateri tak salahlah...dan tak lupa 16RAMD wooi...cerita lama la ni........:cool: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 zvicmorrow's post
Pembetulan..........
3 Arti (dahulunya dikenali sbg 3 Meriam Malaysia) tak pernah attach kat sana pun .....
sebenarnya 2 Arti la.....(dahulunya dikenali sbg 2 Meriam Malaysia) di tubuhkan di 1 Arti, Sg Besi pada 31 Mei 1964 dan pada 31 Mac 1965 ditukarkan ke Kamunting, Taiping mengambil alih Kem Hospital British di Kamunting, Taiping, Perak.
Kemudian pada tahun 1970 apabila 2 Arti kembali ke Semenanjung setelah bertugas di Sabah dan Sarawak serta penubuhan 3 Arti (1969), maka Kem di Kamunting, Taiping ini telah diambilalih oleh 3 Arti sehinggalah sekarang.
[ Last edited by zulupapa at 13-8-2008 09:11 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 zvicmorrow's post
mungkin kem2 british dulu dinamakan kem garisson kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 tenteng's post
buleh jadi.
garisson tu maknanya tempat satu kumpulan besar askar berkumpul.
tapi berek dedulu banyak dinamakan sempena tempat pertempuran terkenal semasa WW I dan WW II.
ada salerno line, sulva line, denaro line dan mcm2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
2 Arti telah ditempatkan ke Kem Nauralia Line, Kluang pada 29 Jul 1970 sebelum dipindahkan ke Kem Balaclava Line (kini dikenali sbg Kem Mahkota) sehinggalah ke hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya..kenapa kadang2 ada group PT pakai jeans? ..errmmm boleh mention ke group apa..takut nak mention.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 tenteng's post
geng2 CQB |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 tenteng's post
ooo...
biasa la tu..
depa ni kena pantas bertindak dlm apa jua keadaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zulupapa at 13-8-2008 08:58 AM
Pembetulan..........
3 Arti (dahulunya dikenali sbg 3 Meriam Malaysia) tak pernah attach kat sana pun .....
sebenarnya 2 Arti la.....(dahulunya dikenali sbg 2 Meriam Malaysia) di tubuhkan di ...
well done bro you've done your homework, my mistake mmg 2 meriam... tapi apa beza unit meriam ngan bateri tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 zvicmorrow's post
tiada istilah unit meriam dalam RAD. Unit terkecil dalam RAD medan ialah `sub' yang membawa pengertian bilang meriam. Setiap bateri didalam sesebuah organisasi RAD mempunyai 6 laras meriam yang di namakan dengan `A-Sub', `B-Sub', `C-Sub', `D-Sub', `E-Sub' dan `F-Sub'. Malah setiap bateri akan mempunyai 2 troop dimana `A-Sub', `B-Sub' dan `C-Sub' akan diletakkan dalam `A' Troop manakala `D-Sub', `E-Sub' dan `F-Sub' akan diletakkan dalam `B' Troop.
Sebenarnya setiap troop dalam bateri di dalam sesuatu organisai RAD mempunyai nama gelarannya yang tersendiri.
Contohnya : salah satu troop dalam `C' Bateri, Rejimen Ke-3 Artileri Diraja digelarkan sebagai `E-Troop'.
Manakala 3 Bateri yang di kenali sebagai `A' Bateri (Alpha Bateri), `B' Bateri (Bravo Bateri) dan `C' Bateri (Charlie Bateri) serta 1 HQ Bateri (Bateri Markas) membentuk sebuah Rejimen Artileri Diraja. (Ada juga 1 bateri Wataniah dikenali sebagai `D' Bateri) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 zulupapa's post
maaf ya bro zulu kwn ni civilian.. sub disini adakah bermaksud lebih kurang seksyen....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 zvicmorrow's post
kawan pun sekarang ni civilian jugak ......
Dlm Arti : `sub' --> 'troop' --> 'bateri' --> rejimen
Dlm Infantri : `seksyen' --> `pelatun' --> `kompeni' --> batalion |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 zulupapa's post
hehehe..akhirnya kawan faham.. terimakasih dapat lagi satu ilmu hari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 zvicmorrow's post
sama-sama......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zulupapa at 11-8-2008 11:53 AM
memang la supaya senang nak tulis dan padam............sebenarnya sesupaya senang platoon/seksyen mengenalpasti kenderaan mana yang mereka sepatutnya naik.........
owh.. kalau renjer bkn tp pintu trak diorang warna hitam jugak ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 zulupapa's post
nampak tak meriam bersilang kat poket sebelah kiri pakaian no. 1 |
|
|
|
|
|
|
|
cakap pasal nama kem mmg dulu nama-nama british, contoh:-
1) Kem Lapangan Terbang, Sg Petani - Kandy Lines
2) Kem Gua Permai, Ipoh - Ramilies Camp
3) Kem Syed Putra, Ipoh - Suvla Lines
4) Kem Terendak - Canberra Lines
5) Kem Mahkota, Kluang - Balaclava Lines
6) Kem Batu 5, Kluang - Kem Quetta
7) Kem Batu 10, Kuantan - Kem Daralockwood
8) Kem Ulu Tiram - Baird Camp
Kalau ade silap tolong betulkan. Kalau ada lagi yang tertinggal tolong tambahkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|