View: 14521|Reply: 9
|
OSTRICH: burung unta yg dibelai dan dimakan
[Copy link]
|
|
Dibelai,dimakan!
Apabila berkunjung ke Ostrich Show Farm di Kota Tinggi, Johor, persepsi seseorang tentang pelbagai aspek burung besar ini segera bertukar menjadi pengalaman hebat.
SELAIN mengenali konsep penternakan, pengunjung
ladang juga berpeluang mendekati kitaran hidup burung
unta, daripada telur hingga ke burung dewasa.
MEMBERI makan kepada burung tentu bukan sesuatu yang luar biasa dilakukan oleh mereka yang pernah mengunjungi taman haiwan atau taman burung di beberapa lokasi di seluruh negara.
Namun tentu nilai kunjungan menjadi lebih bermakna jika anda boleh melakukan lebih daripada itu.
| SEEKOR anak burung unta yang baru berusia satu hari menyambut kedatangan tetamu.
|
Di Desaru Ostrich Farm, Kota Tinggi, Johor, tetamu diajak untuk mengenali dunia penternakan burung unta dari aspek pendidikan dan praktikal.
Pengunjung bukan sahaja boleh memberi makan burung-burung unta ini, malah dapat melakukan aktiviti yang lebih 'intim' seperti membelai, memeluk dan menunggang burung unta tersebut.
Siapa sangka, burung terbesar di dunia ini sebenarnya manja dan mudah berinteraksi dengan manusia.
| COLIN ramah menerangkan proses pengeraman telur di bilik inkubator.
|
Mungkin agak mengejutkan bagi sesetengah tetamu yang tidak begitu adventurous, apabila mereka turut dipelawa untuk makan daging burung unta pada akhir sesi kunjungan!
Pilih sahaja variasi hidangan seperti sate dan burger burung unta yang lazat lagi menyelerakan.
"Bahagian-bahagian anatomi burung unta mempunyai nilai komersiol yang tinggi. Begitu juga apabila telur dan dagingnya dijadikan hidangan.
KETIKA musim mengawan, pengunjung dapat saksikan bagaimana burung unta meliukkan tubuhnya seakan-akan menari.
"Dagingnya yang penuh khasiat itu juga mempunyai kandungan lemak yang sangat rendah.
"Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan diet dan kesihatan," ujarnya yang menjalankan kerja penyembelihan dengan bantuan jiran-jiran sekampung yang beragama Islam.
Ladang seluas dua hektar di Teluk Ramunia ini sudah masuk tahun ke-12 beroperasi. Ia menjadi lokasi persinggahan wajib bagi mereka yang mahu mendekati produk pelancongan di negeri Johor, khususnya di daerah Kota Tinggi.
Selain burung unta, ladang ini juga turut mengujakan pengunjung dengan kehadiran beberapa 'bintang' menyerlah alam burung seperti kasawari, merak, kuang raya, ayam belanda dan spesies burung eksotik lain. Oh tidak, burung-burung yang lain bukan untuk dimakan ya!
"Sebanyak 32 ekor burung unta yang diimport dari Afrika Selatan telah dijadikan generasi pertama di ladang ini. Dari semasa ke semasa, burung-burung ini dibiakkan," ujar pengusaha ladang tersebut, Colin Teh.
Agar kunjungan lebih bersifat akademik, dapatkan izin pengusahanya untuk meninjau keadaan di bilik inkubator.
| MERAK, kasawari dan kuang raya adalah antara yang ditemui di ladang Colin.
|
| KUANG RAYA
|
Di situ, saksikan bagaimana telur-telur burung unta itu didedahkan pada suhu ideal dan diputarkan secara berkala sepanjang tempoh pengeraman.
Jika ada yang musykil tentang proses tersebut, tanyakan sahaja pada Colin yang ramah melayani pertanyaan daripada setiap tetamu di ladangnya.
Sehingga Januari lalu, sejumlah kira-kira 6,000 biji telur telah dipungut dan sebanyak 4,000 hingga 5,000 ekor burung unta sedang menunggu usia ideal untuk dijual.
Jika bernasib baik, pengunjung dapat melihat anak burung unta yang sedang menetas dari telurnya.
ADA sesiapa ingin mencuba keenakan sate burung
unta yang manis dan berkhasiat?
Kepayahan anak burung itu untuk keluar dari cangkerang telur yang keras dan tebal pasti membuatkan ada yang menitiskan air mata kerana tersentuh dengan keajaiban aturan alam. - HAMZAH ABDUL HAMID
aku penah makan grilled burung unta ostrich ni..... sedap wooo!!!
[ Last edited by ati1402 at 10-8-2008 11:54 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat perlis pon ade satu kalo tak silap..ladang tuh otw nak pi padang besar kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 estrellas's post
ahha betul...baru2 nih jer saya ada singgah jap kat ladang ostrich tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
burung ni tak patuk ke?
wahaha aku takut yang tu jer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 a.ceCCo's post
hari tu masa singgah nengok dia sibuk dok patuk tiang pagar kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 ena80's post
oo ok aku tak takut dah. heh |
|
|
|
|
|
|
|
kat klang ada ak taman burung unta ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 adiktet's post
ooo ye ke..area mana kt klang ek? |
|
|
|
|
|
|
|
tanye..size anak burung unta besar ayam ke?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|