CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: gimme69

40 KESILAPAN IBU BAPA - mari berbincang

[Copy link]
 Author| Post time 18-8-2008 11:16 AM | Show all posts
banyak perkara dari 40 kesilapan tu yang patut kita ambil berat...
nampak mcm tak berat, tapi implikasi nyer yg patut kita kaji...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2008 11:19 AM | Show all posts

Reply #1 gimme69's post

byknya.... insya'allah akan ku hindar dari gejala2 di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 03:48 PM | Show all posts
Kesilapan ibu bapa

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
[email protected]

Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.

IBU BAPA tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain.

APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik.

Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.

DR. GOH CHEE LEONG,

Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

"Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya.

"Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

"Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka," kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

KANAK-KANAK ingin meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan.

Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka.

Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. "Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

"Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri."

SEDIAKAN bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.



Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka.

"Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil.

Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

"Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya."

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

"Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak," tutur Goh



Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:37 PM | Show all posts

Balas #1 gimme69\ catat

pd pendapat aku..... kesilapan yg selalu berlaku.....

no 35..... sering mengancam danmenakutkan anak......

bkn takat time kecik... dh bosar pun kena ancam gak....
ko jgn nk jadi derhaka.....

the rest 19,21,30,31,dan 33........
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by angketam at 18-8-2008 10:36 AM
apakah kita patut mewarisi atas kesilapan ibu bapa kita....

apakah tiada daya usaha untuk memperbetulkannya...

jgn sampai keturunan kita menyalakan kita pula....

40 dalil tu pls take note....

tk patut.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 12:03 AM | Show all posts
ak rs yg 40 benda tug lazim berlaku
cuma mungkin parent kita xsedar kowt
tp bg kita yg hidup dlm zaman it nih kan
tahu serba serbi,so timbalah ilmu keibubapaan sebanyak mungkin
dan amalkanlah ia kpd ank2 kita plak

*kata2 dr org yg x kawen lg*:victory:
hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2008 09:38 AM | Show all posts
29.  Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 01:42 PM | Show all posts
03. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak  
       -x perlaaa...boley trime kalo ibubapa nih kurg lemah lembut, sbb takut nti kne pijak pulak nti
       -kalo nk mitak tlg tu, cubelaa ckp baik2 sket, nih a help is like an order...   
                             
  04. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak   
      -yerlaa...anak buat silap,..saper x hangin kann....anak2 harus faham tu dan jangan lakukan lg kesilapan
                                
  08. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak  
      -ini wajib kot ibubapa laksanakan:re:...nanti x nmpk plak kesalahan 'besar' anak2 lakukan, nk bg kesedaran...
                          
  09. Kurang melahirkan kasih sayang
      -anak yg yg sulung, yg dh besar2, x yahlaaa nk bersayang2, nk bermanja2..sbb dh besarkann:re:                                                                     
  
  12.  Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan     
      -yg besar kene beralah kat adik, walaupon terang2, sudah terang lagi bersuluh adik yg jahil itu buat salah               
        
  16.  Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca   
       -bace suratkhabar jer sudah...novel,buku2 lain tu sumer x perlu           
   
  19.   Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
       -bekerja utk kebahagiaan dan kesenangan anak2 jugak kann???:re:
        
  20.  Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak   
      -anak2 dr kecik hntr umah org jaga, x pon dok ngan bibik sbb cari nafkah, balik umah pon waktu mlm time ank2 dh nk lelap, bile nk komunikasi???
       anak2 dok hostel, yg kalo dlm setahun brape kali jer balik n brape lame laa sgt dok umah, sure beza cr bercakap anak2 dgn cara ibubapa kann???
       sbb masa ank2 dgn rakan sebaya lebih lama dgn ibu bapa(ala2 ada communication breakdown gitu)
      -ibu bapa sendri lemah berkomunikasi, kalo marah jer "kalo mcm ni attitude KAU...x kemanala"
               
  27.  Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak  
      -contoh: "kalau dpt 3 pointer br boleh iqa dptkan lipstick", bile cik iqa dpt 3 pointer, "ini utk GPA,mama nk CGPA" smpai x sudah cik iqa x berllipstick
       kalau dh dpt CGPA 3pointer, kalo cik iqa x mitak, smpai x sudah x beli lipstick, kne dok bg hint2 itu pon buat2 x fhm...            
                                 
  33.  Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak   
      -yerlaa...ibubapa nih kan penat utk tanggung anak, ank2 plak suka suki serabutkan pikiran mreka, jadi tadah jelaa tinge yer anak2 , bear in mind, jgn wat   
       silap pon
         
  34.  Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
        
  35.  Sering mengancam dan menakutkan anak-anak   
     -nanti ayah dah mati, ibu dah mati, saper nk jage adik2 ko kalo attitude camnih...hailaaaa~~~ader sumting yg ank2 bole pk bile dlm keadaan berubah
     

tambahan... ibu bapa suke "ibu/ayah pon x harap kat ko kalo ayah dah tua dah sakit nti"...kalo tgk drama mlayu mst nk selit camnih  " camnerlaa nasib ayah/ibu nanti, mesti ko x nk jage ibu/ayah, dok umah org tua laa kot" mcm mitak2 plak...

kenapa anak2 mesti fhm ibubapa tp ibubapa x nk fhm anak2????

[ Last edited by  scidbu at 13-12-2008 01:49 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2008 09:16 PM | Show all posts
nak jadi ibu bapa sekarang kena ada ilmu tk mcm parents kita dulu..sbb environment berubah..dulu mak kata hitam, hitamlah tak berani melawan...tv pun hitam putih..sekarang ni mcm2 ada di luar sana yg dgn senangnya blh menumbangkan akal fikiran dan aqidah anak2...
perumpamaannya dulu2 kalau nak lepaskan anak seberang sg cukup dgn sampan kolek dan pendayung aja
sekarang ni kalau nak lepaskan dia seberang sg yg sama kena ada perlatan canggih dlm boat siap satelite canggih, radar, ke bazooka ke...etc etc baru dia selamat nak seberang sg...so terpulanglah dgn cara pendidikan ibu bapa nak corak pendidikan macam mana ada yg pilih authoritarian..ada yang pilih lebih lembut lagi ...dan ada yg pilih buat dono aja...lantaklah apa nak jadi..
saya lebih suka pendekatan yg diajarkan oleh agama...4 peringkat umur'
7 tahun pertama layanlah anak spt anak kecil, bermain dgn mereka
7 tahun ke dua masa utk mendisiplinkan anak...tak solat time ni blh di rotan
7 tahun ke tiga be their bestfriend
7 tahun berikutnya hingga akhir treatthem as adult...nak test samada anda dah berjaya mendidik anak2..nanti lapang2 time mlm2 lepas solat isyak sambil tgk tv tu bagi kertas sorang sehelai suruh mereka tulis siapa sahabat karib mereka and why they choose that particular person...
kalau pilihan teman baik mereka ada lah orang lain dan bukan anda as parents...ada sikit silap somewhere lah...anak2 yg didik dgn betul akan pilih ibu bapa mereka as their best freind....ada berani sahut cabaran
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 08:51 AM | Show all posts
almost 67.5% betul...

aku adalah mangsa deraan mental oleh my parent sehingga ke hari ni.. nowadays aku jd mcm psiko semcm je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 12:18 PM | Show all posts
aku rasa aku fail la as parent.

tak tahan nak layan kerenah mengada2 n demanding anak kecik aku tu. dia dah biasa ditatang cam minyak yg penuh oleh the babysitter. aku rasa the babysitter tu lagi better parents than aku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 02:51 PM | Show all posts

Reply #30 leon_mclaren78's post

hahaha...mcm same jer...join da club....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 04:37 PM | Show all posts

Balas #31 owenkatz\ catat

takutnya baca pengakuan ni...its never too late..jgn sampai kasih anak beralih arah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 07:07 PM | Show all posts
penyabo tu kena ada...isk...haku ni bila tak sabo mulala marah2 anak...pastu dia nak main pe langsung haku takmo amik port..isk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 11:52 AM | Show all posts
29# sunsuria

yeah..akan ku sahut cabaranmu itew..tp..gua blum kawin lg..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 11:53 AM | Show all posts
30# leon_mclaren78

how?gua pun dh rasa makin stress nih..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.092834 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list