|
tenkiu mod dila |
|
|
|
|
|
|
|
Perayaan Ambang Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2008 (Malam)
Tempat: Dataran Merdeka, Bukit Bintang & KLCC
malam ni di Dataran merdeka akan berlangsung Perayaan Ambang Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
dan keesokkannye...
Perbarisan Hari Kebangsaan ke-51
Tarikh: 31 Ogos 2008
Tempat: Dataran Merdeka
OCTOBER 2008
[ Last edited by ea208964 at 30-8-2008 04:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
BUNGA API... Pasukandari Sepanyol yang diwakili oleh A.Caballer S.A. diumumkan sebagaijuara Pertandingan Bunga Api Antarabangsa (MIFC) 2008 kali kedua diPutrajaya, malam tadi.
Pasukan yang menampilkan tema "Alegria"yang membawa maksud kegembiraan, keriangan dan tradisi kehidupanmasyarakat Latin itu memenangi Trofi Emas Merdeka, mengalahkan tigapasukan lain iaitu Malaysia, China dan Kanada. Tempatkedua dimenangi oleh pasukan dari Malaysia yang diwakili olehPyroSplendour Services Sdn Bhd yang menampilkan tema "Malam SeribuBintang".
Dengan tema 'WarnaWarni Malaysia', sebanyak 4,000tabung bunga api dipasang termasuk di sepanjang jambatan Seri Gemilang,berbanding hanya 2,000 yang digunakan oleh pasukan yang bertandingsebelum ini. MIFC 2008 diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaansejak 12 Ogos lalu selama lima malam.
kredit mSTAR online |
|
|
|
|
|
|
|
Shafie puas hati persiapan acara perbarisan hari Kemerdekaan ke-51
29-08-2008 02:15:07 PM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-51, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpuas hati dengan persembahan menarik 16,433 peserta pada raptai penuh perbarisan Hari Kemerdekaan di sini hari ini.
Katanya persembahan pada perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan itu yang bertemakan "Perpaduan Teras Kejayaan" walaupun tidak lama tetapi ia cukup memberangsangkan dan kelihatan lebih gah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"persembahan kali ini bersesuaian dengan peruntukan (sebahagian daripada RM20 juta) yang kita terima, tapi saya bangga kerana semangat yang ditunjukkan peserta serta pelbagai peralatan dan kenderaan jabatan yang digunakan pada perbarisan kali ini," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan raptai penuh Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka di sini, pagi ini.
Perbarisan hampir tiga jam bermula 7.50 pagi itu, turut menyaksikan pembacaan lafaz ikrar, nyanyian lagu Negaraku yang diiringi 14 das tembakan meriam, lagu-lagu patriotik, lintas hormat 14 helikopter Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), polis dan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat membawa bendera Malaysia dan bendera 13 negeri dan pesawat-pesawat pejuang milik TUDM.
Pelbagai kenderaan agensi kerajaan termasuk tentera, polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kereta buatan negara serta pasukan berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut serta pada raptai perbarisan sambutan ulang tahun itu Ahad ini.
Lebih menarik lagi, perbarisan kali ini menyaksikan buat kali pertama penyertaan 150 kanak-kanak prasekolah.
Untuk pertama kali juga, perarakan kali ini diserikan oleh 30 tokoh yang telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang seperti jurulatih badminton kebangsaan Datuk Misbun Sidek dan aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye yang diarak dengan kereta buatan negara sebagai penghargaan atas sumbangan mereka kepada negara.
Semua peserta yang terbabit dengan acara perbarisan dan perarakan, acara padang serta pertunjukan padang terdiri daripada persembahan puisidra, pergerakan aktif, senamrobik dan pembentukan formasi soyuz, misi nasional dan logo rasmi, menjalani latihan perbarisan sebanyak 14 kali.
Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, sempat berucap selepas menyaksikan raptai akhir itu, bagaimanapun meminta peserta memperkemaskan persembahan masing-masing supaya ia kelihatan lebih kemas dan tersusun.
"Semuanya dilihat semakin baik, malah hari ini setelah tiga kali raptai, ia adalah yang terbaik, tapi saya mahu ia jadi lebih baik pada hari sebenar," katanya sambil disambut laungan "boleh" oleh semua peserta persembahan padang.
Ditanya mengenai sikap dingin orang ramai untuk memasang Jalur Gemilang sama ada di rumah, kedai atau kenderaan, Shafie berkata ia menggambarkan rasa tidak prihatin dengan sambutan hari bersejarah negara.
"Janganlah tunggu Jalur Gemilang percuma sahaja baru nak pasang, kalau tak dapat percuma tak pasang sedangkan kemakmuran negara dikecap bersama.
"Bukan mahalpun nak beli bendera, kalau tak mampu sangat, guna sahaja bendera tahun-tahun sudah," katanya dengan nada marah bercampur kesal.
Mengenai masih ada yang sengaja memasang dan menggantung Jalur Gemilang secara terbalik, Shafie berkata ia adalah kelakuan kurang ajar dan tindakan setimpal akan diambil kerana tidak menghormati lambang negara. BERNAMA
kredit untuk mSTAR 0nline |
|
|
|
|
|
|
|
hangpa meramai2kan diri di port2 biasa sambut merdeka ka malam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 Joe Hahn's post
takder nyer pon
duduk kat porem aje buat countdown
|
|
|
|
|
|
|
|
merdeka ! |
|
|
|
|
|
|
|
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|