|
dlm perjalanan balik dari Pangkor, kat area sungai besar, aku terlihat signboard pusat pelancongan PAPITUSALEM.
apa benda tu?
sesiapa geng2 dari area sg.besar,sekinchan,atau sabak bernam; boleh tak bagitahu apa yg ada kat situ?
tempat bersejarah ker? pantai mandi-manda ker?
kalau ada foto, kongsi2ler kat sini...... |
|
|
|
|
|
|
|
secara teorinya, ada sedikit pembetulan.
ia sepatutnya di eja sebagai PAPITUSULEM bukan PAPITUSALEM.
PAPITUSULEM adalah singkatan kepada PArit PItu SUngai LEMan iaitu, Parit tujuh Sungai Leman. Pitu membawa maksud 7 dalam bahawa Jawa yang merupakan antara etnik Melayu yang banyak menidami kawasan ini.
papitusulem adalah merujuk kepada kemudahan homestay yang terdapat di kampung Parit 7, Sungai Leman dan semamngnya tanda nama sebegini menjadi perhatian kerana namanya yang unik. Jarak selepas Pekan Sekinchan adalah lebih kurang 1.5km sahaja jika dari Kuala Lumpur.
tiada kawasan pendaratan ikan (yang terdekat mungkin pekan Pasir Panjang) apatah lagi pantai yang berpasir sebab kawasan sini berlumpur.
perkara ini juga ada dan pernah dibincangkan dalam thread Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Pasal gambar, nantila kalau ada masa saya gie tinjau rumah mana yang jadi homestay tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|