View: 8658|Reply: 4
|
rumah tok su & seri banai : rumah warisan
[Copy link]
|
|
Rumah Tok Su Dan Seri Banai Warisan Seni Bina Tradisional Kedah
ALOR STAR, 27 Ogos (Bernama) -- Menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-51 tahun, pelbagai memori singgah di pemikiran, bermula dari sejarah perjuangan menentang penjajah hingga kepada kehidupan masyarakat dahulu.
Seni bina lama yang masih teguh berdiri menguatkan lagi nostalgia.
Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Star yang menyambut ulang tahun ke-100 baru-baru ini merupakan satu contoh, kerana kolej ini merupakan sekolah Inggeris pertama di negeri ini yang masih kukuh berdiri sebagai institusi pengajian yang cukup disegani.
Keunikan seni binanya yang konkrit sudah pasti menarik pandangan dan kita boleh berhenti sejenak menghayati sejarahnya yang melahirkan tokoh negara seperti Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
RUMAH WARISAN
Kedah kaya dengan struktur unik seperti ini, termasuk rumah tradisional Melayu yang berdindingkan kayu meranti atau temak dan beratapkan rumbia seperti di Kampung Warisan di sini.
Terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri (Wisma Darul Aman), kampung itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai yang menjadi lambang keunikan serta keaslian senibina tradisional Melayu.
Kedua-dua rumah ini dipercayai berusia lebih dari 80 tahun.
PENJAGA
Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.
Menurut penjaganya, Muhaiyuddin Yaakop, setiap ruang rumah mempunyai fungsinya tersendiri yang amat berbeza dengan ciri kediaman masa kini yang mempunyai lebih banyak ruang peribadi seperti bilik khas.
"Rumah zaman dulu tidak ada bilik dan setiap ruang hanya dipisahkan dengan kain pemidang (langsir) dan kebanyakan ruang adalah terbuka seperti anjung, beranda dan pelantar," katanya.
Muhaiyuddin berkata rumah-rumah itu bukan berasal dari Alor Star tetapi dipindahkan dari lokasi asal yang berbeza.
"Rumah Tok Su dibawa dari Kampung Permatang Kerat di Bandar Baharu yang letaknya kira-kira 200 kilometer dari Alor Star, manakala Rumah Seri Banai berasal dari Kampung Banai di daerah Kubang Pasu.
SEJARAH
"Nama Seri Banai diberikan sempena lokasi asal rumah ini manakala nama Tok Su ialah sempena nama panggilan anak bongsu pemilik asal rumah itu.
"roses memasang semula rumah ini agak rumit serta memakan masa yang lama iaitu kira-kira 4 bulan dan kos pemindahannya juga tinggi," katanya.
Rumah Seri Banai pernah digunakan sebagai sekolah rakyat sebelum Sekolah Kebangsaan Seri Banai dibina di situ sehingga kini.
Rumah Tok Su pula pernah dijadikan lokasi untuk mesyuarat politik dan pertemuan anggota Pergerakan Barisan Pemuda yang memperjuangkan bangsa Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Idea asal untuk mengekalkan rumah itu datang daripada bekas menteri besar Kedah (1995-1999), Tan Sri Sanusi Junid yang mahu memartabatkan warisan dan mengekalkan identitinya sebagai seni bina tradisional untuk penghayatan generasi hari ini.
Hasrat itu menjadi kenyataan kerana Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai kini menjadi lokasi untuk penyelidikan pelajar institut pengajian tinggi yang mengambil jurusan senibina.
Pengurusan rumah-rumah itu kini diletakkan di bawah Lembaga Muzium Kedah dan sering juga dijadikan lokasi pengambaran filem, majalah serta dokumentari.
Kampung Warisan dibuka kepada umum sejak 2001. Dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, tiada bayaran masuk dikenakan dan.
-- BERNAMA
nanti aku cuba ler cari gambaq tu... tapi kalu porummers yg ada stock gambaq2 rumah tu share ler... wokey.. |
|
|
|
|
|
|
|
seni bina tradisional kedah ni boleh tgok di plaza tol dia, mcm tu la rumah2 lama dia |
|
|
|
|
|
|
|
pada tahun 2003 saya dan kawan2 saya telah dibawa untuk ukur dan sketch rumah tok su ni. memang klasik sungguh. siap ada patung lagi di dalam rumahnya, ada juga patung bayi dalam buaian tu, seram skit bila pandang lama2... rumah tu memang cantik. tapi bila kena lukis balik, rasa mcm nak nangis je ... saya ada gambar tapi rasanya kat kg lak... rumah seri banai tu pon cantik dan unik. |
|
|
|
|
|
|
|
August 29, 2008
Kedah's Unique Heritage Buildings
By Shuhaida Mohd Said
ALOR STAR, Aug 29 (Bernama) -- In the midst of preparation to celebrate Malaysia's 51st Merdeka Day anniversary, one cannot help but reflect on the trial and tribulation in the struggle against the colonialists and reminisce on the way life was in the pre-merdeka days.
Heritage buildings play a large part in the trip down memory lane. And the Sultan Abdul Hamid College, which celebrated its centennial recently, is one such historical structure.
The first English medium school in Kedah, the scholastic institution that has produced Malaysian luminaries like Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj and Tun Dr Mahathir Mohamad, still stands proud and strong to this day.
HERITAGE HOMES
Kedah is not short of heritage houses. Among them are the thatched-roof and meranti-walled traditional Malay houses at Kampung Warisan here.
Situated across the state administrative building, Wisma Darul Aman here are the Rumah Tok Su ( Tok Su's Residence) and Rumah Seri Banai, both of which are fine examples of structures that exhibit the uniqueness in traditional Malay architecture.
Both structures are believed to be more than 80 years old.
Apart from their unique architecture, these buildings also feature intricate and delicate carvings which adorn the balcony, living room and kitchen.
CARETAKER
According to caretaker Muhaiyuddin Yaakop, unlike the modern home which is compartmentalised, each area in the house has its own exclusive function.
"Traditional Malay houses do not have rooms. Spaces are merely segregated by curtains. The balcony and living area are simply open spaces," he said.
Muhaiyuddin said that these buildings were not actually from Alor Star but were originally bulit elsewhere and later translocated here.
"Rumah Tok Su was originally located some 200 km from Alor Star, in Kampung Permatang Kerat in Bandar Baharu, while Rumah Seri Banai came from Kampung Banai in Kubang Pasu.
Muhaiyuddin said that Rumah Seri Banai was named after its locality while Rumah Tok Su was named in honour of the owner's youngest son. (Bongsu is the Malay terminology for the youngest offspring)
Each of these houses had to be dismantled piece by piece and transported to Kampung Warisan, where they are then reassembled piecemeal.
"The job took four months to complete and came at a high cost," he said.
HISTORY
Rumah Seri Banai served as a school in Kampung Seri Banai before the present Sekolah Kebangsaan Seri Banai was built.
Rumah Tok Su was the regular rendezvous for many Malay nationalists who were plotting for the nation's independence.
The move to maintain these two heritage buildings was initiated by former Kedah Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid (1995-1999), who felt they should be conserved for the benefit of the younger generation.
Both structures, which are managed by the Kedah Museum authorities, are popular reference items for architecture students at the local university.
Established in 2001, Kampung Warisan is open to the public throughout the year, except for the Aidilfitri and Aidil Adha religious holidays. There is no admission fee.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|