View: 2355|Reply: 1
|
1 mati, ribuan parah akibat banjir di Tokyo!!
[Copy link]
|
|
Seorang maut, ribuan diarah berpindah akibat banjir di Tokyo
TOKYO: Seorang wanita ditemui lemas dan lebih 400,000 penduduk di bahagian tengah Tokyo diarah berpindah berikutan banjir besar melanda bandar raya itu, hari ini.
Hujan lebat sejak semalam menyebabkan keadaan kelam kabut dengan rumah dan jalan ditenggelami air, selain kejadian jambatan dan tanah runtuh.
"Mayat wanita berusia lewat 70-an itu ditemui selepas rumahnya ditenggelami air di tengah bandar Okazaki,' menurut jurucakap polis.
Laporan menyebut wanita berkenaan dikenali sebagai Suzue Kuroyanagi yang sebelum itu suaminya menghubungi pasukan penyelamat selepas air naik mendadak ke rumahnya sebelum isterinya dihanyutkan arus deras.
Bandar Okazaki paling teruk dilanda banjir dengan catatan purata hujan 146 millimeter (mm) sejam sejak awal hari ini.
Pihak berkuasa bandar itu sudah mengeluarkan arahan kepada semua 376,000 penduduknya supaya segera berpindah. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Gempa sederhana landa utara Jepun
TOKYO: Gempa berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan utara Jepun hari ini tetapi tiada laporan mengenai status kerosakan, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Gegaran berlaku jam 4.32 petang di Selat Tsugaru antara hujung kepulauan Honshu dan Hokkaido pada kedalaman 150 kilometer.
Menurut laporan, tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan. - AFP
____________________________________________________________________________________
zed,
minta update ke gempa bumi ye -
biar nampak kemas sikit... macam saya ajar tu -
thanks - |
|
|
|
|
|
|
| |
|