View: 2620|Reply: 10
|
tiga gempa besar gegar asia - iran, indon, jepun
[Copy link]
|
|
Gempa bumi gegar Iran, rantau Teluk
TEHERAN: Satu gempa bumi kuat menggegarkan selatan Iran semalam selain menyebabkan rantau Teluk turut merasai gegaran itu apabila beberapa bangunan pencakar langit di Dubai bergoyang.
Televisyen Iran melaporkan, empat orang terbunuh dan 26 lagi cedera kerana gempa bumi itu.
Pusat gempa Iran melaporkan, gegaran 6 pada skala Richter itu berlaku pada 3.30 petang waktu tempatan dan berpusat 1,350 kilometer di selatan Teheran dekat wilayah Bandar Abbas.
Penduduk Bandar Abbas berkata, gegaran itu mencetuskan panik dan menyebabkan ramai penduduk keluar dari kediaman.
Televisyen tidak menyatakan lebih lanjut keadaan selepas gempa dan memaklumkan bekalan elektrik terputus dan kerosakan kecil berlaku di Pulau Qeshm.
Ia juga melaporkan, 10 gegaran susulan berlaku selepas gempa melanda, setiap satunya pada kekuatan 4.7 skala Richter atau lebih rendah daripada itu.
Kajian Geologi Amerika pula menetapkan kekuatan gempa pada 6.1 pada skala Richter. - AP
tingat aku earthquake kat Bam iran 2003 dulu...tak silap aku 43,000 mati... ironinya setahun kendian.. tsunami kat acheh sana.. tarikh pun sama gak 26 disember... lain taon ajer... aku harap tak ada ramai ler yang maut kali ni.. dulu di bam 6.5 richter... yang ni 0.5 kurang... so mungkin damage tak seteruk sangat aku rasa ler...
[ Last edited by amazed at 12-9-2008 12:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku tetibe teringat tanda-tanda kiamat..iskkk... |
|
|
|
|
|
|
|
dubai2..
tak abis lagi,banyak la projek2 bangunan pencakar langit dkt
tergendala projeknya..
takutkan gempa bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
indon, japan, iran..isk..3 gempa bumi skaligus..
mmg btol petanda kiamat agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 elinny's post
ye lor... pastu kan ada experiment big bang semalam... ko rasa ada kena mengena tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elinny at 11-9-2008 02:41 PM
indon, japan, iran..isk..3 gempa bumi skaligus..
mmg btol petanda kiamat agaknya
satu lg kat Chile... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kuar asap kt yaman lagi la kiamat nak dekat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alexacarlos at 11-9-2008 09:13 PM
satu lg kat Chile...
selalunya kat chile volcano tapi tak mustahill gempa kat sana gak... yikessss |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga gempa besar gegar Asia
BENCANA ALAM: Seorang lelaki dan keluarganya memeriksa kerosakan rumah selepas gempa kuat melanda selatan Iran, kelmarin. - AFP
|
TOKYO: Tiga gempa bumi berskala besar menggegarkan Asia, semalam sehingga mencetuskan amaran tsunami di pantai utara Jepun dan Indonesia menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi.
Selain itu, satu gempa bumi dilaporkan melanda selatan Iran iaitu di lokasi sama yang mengorbankan tujuh penduduk dan 45 lagi cedera dalam bencana itu, kelmarin.
Di Jepun, gempa kuat berukuran 7.0 skala Richter berlaku pada jam 9.21 pagi di lautan berhampiran Pulau Hokkaido dengan kedalaman 20 kilometer dari paras laut, semalam, lapor agensi meteorologi.
Gempa itu mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 sentimeter 35 minit kemudian tetapi tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan.
"Gegaran kecil berlaku selepas gempa melanda tetapi tiada kemusnahan besar," kata jurucakap polis Hokkaido, Yukio Yoshida.
Pihak berkuasa mengarahkan kira-kira 10,600 penduduk kawasan Ofunato di wilayah Iwate mengosongkan kediaman masing-masing dan menjauhi pantai.
Sejam sebelum itu, perairan timur laut Indonesia dilanda gempa berukuran 6.6 skala Richter yang berlaku pada kedalaman 90 kilometer dari bawah paras laut Selat Maluku.
Amaran tsunami dikeluarkan menerusi radio dan televisyen, manakala penduduk ibu negeri Maluku, Ternate, yang terletak berhampiran pusat gempa, melarikan diri dari rumah dan keluar dari bangunan.
Agensi kaji cuaca, bagaimanapun menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan selepas ombak besar itu tidak berlaku.
"Saya keluar dari hotel bersama beberapa tetamu ke kawasan tinggi. Saya lihat penduduk di tepi pantai memeriksa sama ada amaran tsunami dikeluarkan atau tidak tetapi semuanya kelihatan normal. Selepas setengah jam, kami turun semula," kata saksi, Benyamin Otte.
Di Iran, stesen radio semalam melaporkan, gempa bumi susulan berukuran 4.9 skala Richter melanda Bandar Khamir pada jam 6.46 pagi.
Anggota polis masih mencari tiga orang yang hilang dalam gempa berukuran 6 skala Richter yang berlaku pada jam 3.30 petang waktu tempatan di Bandar Abbas, kelmarin. � AP |
|
|
|
|
|
|
|
dunia dah nak kiamat sedar sedarlah kita |
|
|
|
|
|
|
|
UAE feels tremors after Iran rocked by quake again
By Aftab Kazmi, Bureau Chief
Published: September 18, 2008, 16:02
Al Ain: Sharjah and some areas in the Northern Emirates were again shook up Wednesday night when another powerful earthquake struck near Qeshm Island in the Strait of Hormuz.
The magnitude 5.2 earthquake hit at 10:13pm and its epicentre was 130km away in the north of Ras Al Khaimah. The shockwave travelled through the UAE and many people felt the tremors.
Its intensity was 3.2 in some parts of Ras Al Khaimah, 2.4 in Sharjah and Dubai, and 1.6 in Abu Dhabi and Al Ain. According to the US Geological Survey in Denver, the depth of the earthquake was just 10km at the epicentre that is located in Southern Iran抯 recently most active seismic zone |
|
|
|
|
|
|
| |
|