CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11053|Reply: 7

Masjid Al-Bukhary -

[Copy link]
Post time 14-9-2008 05:24 AM | Show all posts |Read mode
Serba putih

Masjid Albukhary indah bak Masjid Nabawi di Madinah



KUBAH yang mengadaptasi seni bina Sepanyol.


BANGUNAN serba putih yang tersergam di sebalik kesesakan lalu lintas Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, acapkali menarik perhatian pengguna jalan raya itu.


Sejuk dan mendamaikan. Mungkin dua perkataan ini cukup untuk menjelaskan perasaan dan suasana kala kaki melangkah masuk ke dalam Masjid Albukhary yang dibina semula pada tahun 2004.

Mengekalkan warna putih sebagai lambang kesucian, setiap perincian di dalam dan luar bangunan dua tingkat ini disulami dengan corak yang menarik.


SENTUHAN kemelayuan terpancar pada dinding masjid.


Menggunakan motif flora dan geometri, mata pengunjung pasti tertacap pada keindahan seni reka yang diadaptasikan dari Timur Tengah.

Malah tidak salah kalau dikatakan mengunjungi masjid seluas 2,700 meter persegi ini umpama berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Rekaan dan ukiran yang diserlahkan pada setiap inci Masjid Albukhary pantas saja mengimbau keindahan Masjid Nabawi.

Ruang solat utama Masjid Albukhary mampu menampung hingga 1,600 jemaah pada satu-satu masa. Kapasiti jemaah juga boleh mencecah 3,000 orang apabila ruangan foyer

turut digunakan.



REKA bentuk pagar mudah menangkap
perhatian pengguna jalan raya.



Masjid ini diasaskan oleh Syed Lal Shah Albukhary yang diamanahkan oleh Almarhum Sultan Abdul Samad pada tahun 1860 untuk menjaga serta mentadbir surau bagi kegunaan umat Islam di kawasan berkenaan.

"Tapak asal masjid ini adalah sebuah surau berusia 147 tahun yang dinamakan Surau Babul Jannah. Ia dirobohkan untuk membina masjid yang lebih besar bagi menampung jumlah jemaah yang meningkat," ujar siak masjid, Manan Mahmud,




UKIRAN keemasan 99 nama Allah melatari putih dinding


Menurutnya, daya penarik seni bina masjid ini ialah lima pintu utama untuk keluar masuk. Menukar kebiasaan penggunaan pintu kayu, masjid ini mengambil elemen moden iaitu pintu cermin seramik berwarna hijau bagi menyambut jemaah.

Pintu kaca tersebut turut berfungsi sebagai penyerap bunyi, jadi jemaah tidak perlu gusar dengan kebisingan lalu lintas.

"Kubah utama berwarna biru yang dilitupi seramik khas yang diimport dari Itali akan mengingatkan kita pada kehalusan seni bina yang terdapat di Sepanyol dan Timur Tengah," kata Manan yang telah bertugas selama dua tahun di situ.

Meskipun diadaptasikan rekaan dari Timur Tengah, keunikan sentuhan tempatan, terutamanya kemelayuan, tidak dipinggirkan.

Buktinya, corak-corak yang melakari dinding luar bangunan serta bilik wuduk menyerlahkan inti pati seni bina Melayu.



POHON kurma sebagai hiasan utama persis di kawasan oasis.


Di ruangan solat utama, ukiran bersadurkan warna emas bagi 99 nama Allah melatari putih dinding. Ini secara tidak langsung memberi impak pada lengkungan kubahnya.

Jubin marmar berwarna gelap sengaja dipilih bagi memberi kesan pencahayaan apabila ia bergabung dengan putih dinding masjid serta ukiran keemasan.

Nyata, kombinasi tersebut memberi kesan artistik yang indah di lantai masjid termasuklah di kawasan foyer yang turut digunakan sebagai ruang solat.

Tidak terkecuali, kekisi besi tangga di semua sudut masjid diukir dengan motif geometri. Selain cantik, ia juga memiliki ciri keselamatan bagi memudahkan jemaah yang berusia untuk memegangnya.

Menara yang menjadi entiti keunikan pembinaan sesebuah masjid turut dititikberatkan.

Disebabkan kesan lantunan bunyi di dalam masjid boleh mengganggu khusyuk solat jemaah, arkitek masjid ini membina dua menara tersebut bagi mengatasi masalah bunyi terutama ketika azan dilaungkan.

Menjengah ke kawasan luar sekitar masjid, landskap taman yang terhidang juga tidak kalah dengan hiasan dan ukiran.



KEKISI besi tangga dengan unsur geometri
turut memiliki ciri-ciri keselamatan.



Kelainan terpancar dengan kehadiran pohon kurma sebagai hiasan utama, persis di kawasan oasis.

Hampir 30 batang pokok kurma ditanam di sekitar masjid. Semuanya tumbuh subur dan dijangka mengeluarkan buah dua tahun lagi.

Di samping itu, jubin bercorak digunakan bagi menggantikan tar hitam di kawasan luar masjid.

Selain lebih cantik, ia juga memudahkan untuk menampung jemaah yang terpaksa bersolat di luar masjid khususnya semasa solat Jumaat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dah pergi dah masjid ni -- tak jauh sangat dengan loke yew juga -
memang sangat cantik masjid ni - ukiran2 dia.. terjaga dengan bersih juga -
tandas yang bersih, tempat wudu' yang bersih juga -

sebelum depa renovate 4 years ago - cat2 dia dah luntur semua -
masjid dia tak secantik sekarang juga - gate pun cikun aje -
now - all looks so tip top -  orangramai nak solat pun happy dengan
keadaan masjid itu -

nampak pokok korma - tak sangka boleh tumbuh kat situ -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2008 08:13 AM | Show all posts
nak p sna
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 09:15 AM | Show all posts
Siot la mamat ni kat thread pasal masjid pun nak maki hamun....

Balik ke topik...Aku memula ingat thread ni pasal Masjid AlBukhary kat Alor Setar....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 02:42 PM | Show all posts
Aku pulak ingatkan mesjid ni dibawah tajaan yayasan al-bukhary tu. Cantik. Klu luntur lagi, mmg tak perlu cari cat warna lain, warna putih juga. Ade identiti mcm mesjid biru di Turki.

Mudah2an jema'ah utk setiap 5 waktu juga hebat seperti mesjidnya juga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 02:51 PM | Show all posts
Aku pulak ingatkan mesjid ni dibawah tajaan yayasan al-bukhary tu. Cantik. Klu luntur lagi, mmg tak perlu cari cat warna lain, warna putih juga. Ade identiti mcm mesjid biru di Turki.

Mudah2an jema'ah utk setiap 5 waktu juga hebat seperti mesjidnya juga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 10:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2008 04:59 PM | Show all posts
boring btol aku dengan spam2 from si beggar2 ni
nak baca pun tak tenang :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 07:10 PM | Show all posts
bagus masjid ni...sekiling kawasan maksiat tapi ada plak masjid kat situ....tu laa namanya bawak bawak laa diri tu ke mesjid....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.291232 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list