View: 2323|Reply: 5
|
Siri cerita Polibiz oleh SJ
[Copy link]
|
|
Siri cerita Polibiz 001 - Pembohong
dipetik dari website saya di www.shahabudeenjalil.com
Pada suatu zaman, terdapat seorang Raja Armenia yang terkenal dengan kebijaksanaannya memerintah negara itu. Raja ini terfikir untuk mengadakan satu pertandingan untuk rakyat jelata negara itu. Raja ini memerintahkan pegawai-pegawai Istana menghebohkan tentang suatu pertandingan yang berbunyi seperti berikut.
"Sesiapa dari rakyat negara ini yang dapat membuktikan dirinya adalah seorang penipu yang dasyat bakal menerima sebiji epal yang diperbuat daripada emas daripada tangan Raja Armenia ini sendiri"
Maka seluruh penduduk negara itu daripada setiap bandar, pekan dan kampung berpusu-pusu ke istana untuk menunjukan kehebatan mereka dalam bidang penipuan kepada Raja Armenia itu. Rakyat jelata ini terdiri daripada segala lapis golongan dan taraf hidup daripada golongan kerabat, peniaga, petani, pekerja yang kaya dan miskin.
Setiap dari mereka menceritakan tentang pelbagai jenis penipuan-penipuan yang ada. Namun, sebagai seorang raja yang bijaksana dan telah lama berpengalaman memerintah, tidak ada satupun daripada penipuan-penipuan ini yang membuatkan baginda tertarik mahupun tertipu.
Selepas beberapa hari, raja ini menjadi bosan dan bercadang untuk menghabiskan pertandingan ini tanpa mengistiharkan sesiapa sebagai pemenang pertandingan menipu ini.
Akhirnya muncul seorang orang tua yang miskin lagi selekeh yang membawa satu beg guni yang kotor dihadapan raja ini.
"Apa kamu nak dari sini ?" tanya raja itu.
"Tuanku" jawab orang tua itu. "Sudah tentu tuanku masih ingat, tuanku telah berhutang dengan saya sejongkong emas dan saya disini untuk mengambil jongkong emas ini"
"Kamu penipu yang dasyat !" jawab raja itu. "Saya tidak pernah berhutang apa-apa dari kamu"
"Saya penipu yang dasyat ?" kata orang tua itu. "Jadi berikan saya epal emas itu"
Raja itu mula sedar bahawa orang tua itu cuba untuk mempermainkan baginda lalu raja itu menjawab. "Tidak, tidak. Kamu bukan penipu !"
"Jika begitu, berikan saya kembali jongkong emas itu, tuanku" jawab orang tua itu pula.
Raja itu dalam dilemma dan terus memberikan orang tua itu epal emas seperti yang dijanjikan dan orang tua itu diistiharkan sebagai pemenang bagi pertandingan itu.
Catatan:
Kita sering diberikan pilihan dalam hidup kita dalam perniagaan, pilihanraya, pekerjaan dan sebagainya tetapi sebenarnya pilihan yang diberi ini sekadar A atau B. Tetapi kedua-dua pilihan ini sebenarnya hanya membuatkan kita percaya bahawa kita mempunyai 'kebebasan' membuat pilihan tetapi sebenarnya kita hanya diperangkap dengan 'pilihan-pilihan' yang diberikan.
Terima kasih.
www.shahabudeenjalil.com
[ Last edited by Hiven at 15-9-2008 05:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
checkmate |
|
|
|
|
|
|
|
hehe... terima kasih komen. |
|
|
|
|
|
|
|
Siri Polibiz 002 - Sultan dan Seorang Wazir Yang Setia
Pada suatu zaman, terdapat seorang Wazir (Perdana Menteri pada zaman itu) yang telah berkhidmat untuk seorang sultan selama 30 tahun lamanya. Wazir ini sangat terkenal dan disegani dengan sifat kesetiaan kepada sultan dan ketaqwaan kepada Allah.
Walaubagaimanapun, sifat baiknya itu telah menyebabkan ramai pegawai kerajaan dalam istana menjadi cemburu kepada beliau. Mereka mula menyebarkan fitnah-fitnah yang mendakwa wazir ini sebagai seorang yang bermuka-muka dan berniat jahat.
Pegawai-pegawai kerajaan ini bekerja keras siang dan malam dengan pelbagai cara dan strategi untuk meyakinkan sultan mengenai hal ini. Akhirnya sultan mula mempercayai fitnah ini dan memerintahkan wazir ini dijatuhkan hukuman mati.
Di negara ini, jika sesiapa dikenakan hukuman mati, orang ini akan diikat dan dihumban ke dalam satu kandang yang besar di mana di dalam kandang itu akan ditempatkan anjing-anjing pemburu milik sultan yang paling garang dan ganas. Anjing-anjing ini akan mengigit dan menyoyakkan daging orang yang dihukum ini sehingga mati.
Sebagai tradisi wazir ini ditanyakan tentang permintaan terakhirnya. "Saya perlukan 10 hari sebelum hukuman ini dilaksanakan," jawab wazir itu, "Saya perlu masa untuk melangsaikan segala hutang yang ada, mengutip semula duit hutang dari orang yang berhutang dengan saya, mengembalikan barangan yang ada di bawah jagaan saya dan membahagikan harta dikalangan ahli keluarga dan anak-anak saya dan saya juga perlu melantik waris untuk mereka".
Selepas mendapat kepastian bahawa wazir ini tak akan melarikan diri, sultan membenarkan permintaan terakhir ini diberikan kepada wazir tersebut.
Wazir ini cepat-cepat pulang ke rumah dan mengambil bersamanya 100 keping wang emas dan bertolak untuk berjumpa dengan penjaga anjing-anjing sultan. Dia menawarkan penjaga anjing ini 100 keping wang emas ini dan berkata "Biar saya menjaga anjing ini untuk 10 hari". Penjaga anjing ini bersetuju.
Selama 10 hari yang ada ini, wazir itu menjaga anjing ini dengan layanan yang sangat baik, memberi makanan dengan teratur malah membersihkan anjing-anjing sultan ini. Sehingga pada hari yang kesepuluh, anjing-anjing ini telah sayang dan jinak dengan wazir ini.
Pada hari yang kesebelas, wazir ini dipanggil mengadap sultan dan hukuman ini dijatuhkan semula. Sultan memerhatikan wazir ini diikat dan dihumban ke dalam kandang anjing-anjing garang itu. Namun anjing-anjing ini datang dengan jinak kepada wazir ini dan mula mendampingi dan bermain-main dengan beliau.
Sultan dan saksi lain yang menyaksikan kejadian ini menjadi terkejut dan hairan. Sultan bertanya kepada wazir tersebut, kenapa anjing-anjing tidak mengigit dan membunuhnya seperti yang dilakukan mereka sebelum-sebelum ini.
Wazir menjawab "Saya telah menjaga mereka selama 10 hari. Tuanku sendiri telah melihat hasilnya. Tetapi saya telah menjaga tuanku selama 30 tahun dan apa hasilnya? Saya dihukum mati hanya kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh orang yang berhasad dengki terhadap saya."
Sultan menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan berasa menyesal dan malu.
Baginda kemudiannya membebaskan wazir ini dan menghadiahkannya dengan pakaian yang mahal dan menyerahkan kepadanya semua orang yang membuat fitnah itu terhadap beliau. Namun wazir ini telah memaafkan dan membebaskan mereka. Dia juga terus melayan mereka dengan layanan yang baik seperti biasa.
Catatan:
Ada banyak perkara dalam kehidupan ini yang kita tak mungkin boleh fahamkan orang melalui bercakap atau berdebat. Ada perkara tertentu yang kita perlu fahamkan orang melalui perlakuan dan contoh teladan. Ini salah satu kaedah yang digunakan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W. untuk menawan hati pengikut Baginda.
Dalam perniagaan, ini sama seperti orang yang menjualkan produk ini menunjukan hasil kepada pelanggan berbanding dengan hanya sekarang bercakap dengan pelanggan. Contohnya jika seseorang yang menjual yang menjual krim untuk kulit, penjual itu sendiri perlu menunjukan hasil yang baik daripada pemakaian krim tersebut.
Tiada siapa akan membeli krim ini jika penjual ini sendiri mempunyai kulit yang tidak terjaga.
Terima kasih
www.shahabudeenjalil.com |
|
|
|
|
|
|
|
heheh...anjing pun tau balas jasa.
pasni tak leh kutuk orang lain "perangai ko macam hanjeng!"
kena cakap "perangai ko busuk macam pemerintah zaman dulu.. !" |
|
|
|
|
|
|
|
dipetik dari www.shahabudeenjalil.com
Polibiz 003 - Percakapan dan Nyawa
Pada tahun 1825, seorang Czar (raja di Rusia) yang baru bernama Nicholas I mengambil alih tahta kerajaan Rusia. Secara tiba-tiba pemberontakan telah tercetus di kalangan rakyat yang yang mahu kerajaan pada waktu itu mengikuti jejak langkah negara-negara eropah lain supaya menjadi lebih moden dan liberal.
Dalam menghadapi pemberontakan (Kebangkitan Decembrist) ini secara keras, Nicholas I telah menghukum mati salah seorang daripada pimpinan pemberontak, Kondraty Ryleyev.
Pada hari menerima hukuman, Ryleyev berdiri di tempat pengantungan dan tali gantung di letakan di lehernya. Apabila tempat Ryleyev berdiri di buka supaya tali menjerut lehernya, tali yang digantungkan pada lehernya itu putus dan Ryleyev terjatuh kebawah.
Pada zaman itu di Rusia, jika kejadian seperti ini berlaku, ianya dianggap satu keajaiban dan berlaku atas kehendak Tuhan. Oleh yang demikian, biasanya orang yang mengalami kejadian ini akan diampunkan dan dibebaskan.
Apabila Ryleyev bangun dari tempat dia jatuh, dia kelihatan seperti agak pitam tetapi masih sedar bahawa lehernya belum dijerut habis dan juga sedar bahawa dia masih lagi bernyawa dan hidup. Dia seterusnya melaungkan dengan kuat terhadap penonton di situ dengan kata-kata "Kamu semua lihat sendiri, di Rusia, mereka ini tak tahu hendak buat apa pun dengan baik dan berkualiti, untuk buat tali pun mereka tak pandai."
Sejurus selepas kegagalan hukuman ini, seorang penyampai berita dihantar ke Istana Musim Sejuk (Winter Palace) untuk menyampaikan berita ini kepada Czar. Walaupun kecewa dengan kegagalan ini, Czar Nicholas I dengan terpaksa telah bermula untuk menandatangi surat pengampunan. Sejurus sebelum itu, Czar Nicholas I bertanya "Adakah Ryleyev berkata apa-apa selepas perkara ajaib ini berlaku ?". "Tuanku" jawab penyampai berita itu, "dia berkata bahawa di Rusia orangnya tidak tahu membuat apa pun dengan baik dan berkualiti sama seperti tali gantung ini juga tidak tahu dibuat oleh orang Rusia"
"Jika itu yang dia katakan, " Jawab Czar itu, "mari kita buktikan kita mampu membuat tali gantung yang berkualiti dan baik". Baginda terus mengoyakkan surat pengampunan itu.
Hari berikutnya, Ryleyev digantung semula. Kali ini tali gantung tidak terputus lagi.
Pengajaran: Sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sentiasa berwaspada terhadap apa yang kita keluarkan dari mulut kita kerana aktiviti bercakap akan memberi impak yang besar terhadap kredibiliti diri kita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|