CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4134|Reply: 1

Species Baru Di Terumbu Karang -

[Copy link]
Post time 20-9-2008 06:11 AM | Show all posts |Read mode
Terumbu syurga spesies baru - Haiwan kecil beri petunjuk perubahan cuaca, pencemaran alam sekitar



SEORANG penyelidik menjalankan kajian di terumbu karang Pulau
Lizard, Australia baru-baru ini.



SAINTIS-SAINTIS marin mengumumkan mereka menemui ratusan spesies baru di sekitar terumbu karang Australia termasuk karang lembut dan beraneka haiwan krustasea kecil seperti udang dan ketam.


Haiwan-haiwan itu ditemui ketika pertubuhan bancian terumbu karang, CReefs mengadakan beberapa ekspedisi bertujuan untuk mengklasifikasikan kesemua hidupan laut.

“Manusia sudah lama berada di kawasan itu dan masih terdapat beratus-ratus spesies baru yang belum pernah dikumpul dan diklasifikasikan,” kata penyelidik Institut Sains Marin Australia, Julian Caley.

“Jika dilihat dari sudut tersebut, penemuan yang dilakukan amat penting kerana jika kita gagal memahami kepelbagaian hidupan di luar sana (terumbu karang), kita tidak berpeluang untuk melindunginya,” tambah Caley.

Menurutnya, saintis-saintis Muzium Australia telah memulakan proses mendapatkan kod genetik sampel-sampel hidupan yang ditemui selain mengadakan kajian taksonomi iaitu pengelasan sistematik bagi menamakan hidupan dan tumbuhan.



LANDAK laut yang ditemui di Pulau Lizard


Kedua-dua analisis tersebut, kata Caley, akan memakan masa agak lama sehingga bertahun-tahun.

Antara hidupan yang ditemui termasuk kira-kira 130 terumbu karang lembut dikenali sebagai octocorals kerana memiliki lapan sesungut di setiap polip atau jasad.

Selain octocorals, turut ditemui ialah spesies krustasea yang belum pernah dikatalogkan termasuk udang kecil dengan sepit yang lebih panjang berbanding badannya.

Projek bancian CReefs yang memakan masa 10 tahun dan dijadual diterbitkan pada tahun 2010 itu disokong oleh kerajaan-kerajaan, cabang-cabang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kelompok organisasi pemuliharaan swasta.

Sebanyak tiga ekspedisi telah dijalankan setakat ini, setiap satu di Pulau Lizard dan Heron iaitu sekitar perairan Terumbu Karang Besar Australia dan yang terakhir melibatkan Terumbu Karang Besar Ningaloo, di barat laut perairan negara itu.

Beribu-ribu sampel berjaya dikutip sepanjang ekspedisi penyelidikan itu diadakan iaitu antara bulan April dan September tahun ini.

Saintis-saintis tersebut berkata, mereka akan mendedahkan penemuan itu kepada umum pada Khamis ini.



SEJENIS spesies baru tapak sulaiman, Nardoa rosea.


Seorang profesor sains marin di Universiti Queensland, Ron Johnstone berkata, ini adalah kali pertama sesuatu penyelidikan bersepadu diadakan bertujuan untuk mendalami kepelbagaian hidupan Terumbu Karang Besar Australia.

Jelas Johnstone, penemuan itu mendatangkan faedah langsung kepada manusia kerana hidupan marin digunakan dalam ubat-ubatan dan haiwan-haiwan itu turut memberi petunjuk berhubung aspek perubahan cuaca dan pencemaran.

“Sesetengah orang berkata, mengutip sampel, apa faedahnya? Ia seperti berkata kami tidak tahu apa yang ada dalam alam ini dan kami tidak tahu apa yang boleh digunakan untuk meneruskan kelangsungan hidup” katanya. - AP

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

memang cantik sungguh corals kat great barrier reef  di australia sana -
kalau kat malaysia kita dapat tengok species binatang laut yang unik
dan awesome kat redang island -- marine park to be specific --

rupanya banyak guna corals ni -- selain memang cantik dilihat - berguna
juga untuk guidance tentang perubahan cuaca dan pencemaran -
that's very helpful, though -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 01:31 PM | Show all posts
yup, coral n hidupan marine memang cantek...   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 1.645520 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list