|
Reply #20 mjla's post
hantu ni kan makan asap...ntah2 makin kuat kot kene asap mercun |
|
|
|
|
|
|
|
Assalaamu 慳laikum w.b.t厖 Apakah konspirasi terbesar yang berlaku sejak dari dulu lagi hingga sekarang? Mungkin anda ada persepsi tersendiri, tetapi di sini saya ingin menyatakan bahawa konspirasi terbesar adalah pakatan iblis dan para syaitan dari golongan jin untuk menjadikan manusia tidak merasakan kehadiran mereka. Dengan kata lain, membuatkan manusia tidak yakin dan percaya dengan kewujudan syaitan. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin. Dalam topik kali ini saya akan bercakap tentang syaitan dari golongan jin yang tidak kelihatan dan syaitan dari golongan manusia yang dapat dilihat jelas oleh kita.
Apa tujuan mereka berbuat demikian?
Tujuan utamanya agar manusia tidak merasakan bahawa kejahatan itu berasal dari mereka dan akhirnya akan menyebabkan kita tidak percaya kewujudan syaitan. Jika kita tidak percaya kewujudan iblis dan syaitan, bermakna iman kita telah rosak kerana tidak mempercayai perkara ghaib. Dan dengan kita tidak mempercayai kewujudan iblis dan syaitan, menjadikan kita juga tidak yakin dengan AlQuran dan Alhadith, kerana AlQuran dan AlHadith banyak sekali menyebut tentang iblis dan syaitan-syaitan.
Maka konspirasi ini telah berjaya sebenarnya, kerana kita lihat di zaman moden ini ramai yang ragu-ragu dengan perkara ghaib. Ramai yang semakin tidak mahu mempercayai kewujudan alam ghaib, kononnya semua ini adalah lapuk dan kuno. Sedangkan perkara ghaib itu adalah suatu yang nyata dan lebih maju dari pemikiran orang-orang yang mengatakannya kuno dan lapuk.
Iblis dan syaitan boleh sahaja bila-bila masa pun menjelma di depan kita dan menampakkan tubuh mereka. Tetapi mereka sengaja mengekalkan keghaiban diri mereka kerana dengan itu akan membuatkan manusia menjadi was-was, sehinggakan ada yang ragu-ragu. Dan adakalanya iblis dan syaitan menampakkan rupa mereka kepada sesetengah manusia, agar itu nanti akan menjadi percanggahan antara manusia. Manusia akan berselisih pendapat, ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Semua itu adalah suatu konspirasi untuk mengelirukan dan menyesatkan anak-anak Adam.
Ramai dari manusia yang hanya statik pemikirannya dengan merasakan benda-benda yang nampak ini sahaja sebenarnya yang wujud. Sedangkan benda-benda yang nampak di depan mata kita ini hanya lah suatu yang boleh dilihat oleh bebola mata kita ini sahaja. Bebola mata kita yang amat lemah dan rapuh ini bukan boleh melihat segalanya di alam maya yang sungguh unik ciptaan Yang Maha Esa ini. Ada lagi dimensi2 lain yang masih tidak mampu dilihat oleh deria penglihatan kita dan alam lain itu lebih maju dari kita di sini. Sesungguhnya kita berada di alam yang sama dengan jin dan makhluk ghaib lain, cuma dimensi sahaja yang berlainan.
Berlainan sekali dengan kita tidak dapat melihat ALLAH kerana ALLAh mahu menguji kita di dunia ini. 揧ang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, |
|
|
|
|
|
|
|
thanx to demona also yang bagi link hikmatun tu..
sangat2 berisi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 21-9-2008 11:32 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tak boleh bunuh hantu, salah tu Rasulullah saw tak bagi membunuh jin, kena beri penghormatan kepada Nabi Allah Sulaiman...
Mereka pun juga berkeluarga mempunyai anak dan isteri... jangan dipis ...
so...antu still ada looo...bila yg kene rasuk tu sume...yg bomoh tu kata antu tu dah takde camno wehh...bermakna antu tu dah dihanta kat alam lain ekk... |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang camtu lerrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by naQi-tiRa at 22-9-2008 12:22 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
lebih kurang camtu lerrr...
lu cakap ngan antu ke weyyy![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
huhu nmpknyer aku masih tidak menemui jwpn.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke org ckp syaitan ni beranak pinak tp tak mati-mati.. so bygkan drp zaman nabi Adam a.s dulu dh ade, sampai la skang.. berapa bnyk dah diorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 farixwan's post
setan beranak pinak jugak DAN tidak akan mati hingga ke hari kiamat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 mjla's post
ko ni wat lawak lak heheh
kang antu ajak main sama2 bunga api plak kang ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razhar at 23-9-2008 12:39 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
setan beranak pinak jugak DAN tidak akan mati hingga ke hari kiamat.....
mnatang hantu setan ni buat majlis mcm manusia gak ke masa nak kahwin?
lepas tu beranak pinak plak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sanidazz at 29-9-2008 11:44 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
mnatang hantu setan ni buat majlis mcm manusia gak ke masa nak kahwin?
lepas tu beranak pinak plak
makna nyerrrr punya la belambak setan dok berkeliaran dekat ngan kita... eeeeeeeeeeeiiiii seremmmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku syaitan/jin,cara pembiakkan dorg senang je..hanya peha bersentuh dgn paha sahaja,boleh menghasilkan berjuta2 anak...ntah tol ke x |
|
|
|
|
|
|
|
Perbezaan antara manusia,syaitan,jin dan malaikat.
Manusia:
Manusia diciptakan dari tanah (atturab) iaitu menurut keasliannya, yakni Nabi Adam as.
Manusia ada golongan yang taat dan ada pula yang derhaka terhadap Allah SWT, sehingga ada yang masuk syurga dan ada pula yang masuk neraka.
Manusia ada yang lelaki dan ada pula yang perempuan.Dengan keadaan ini jumlah manusia dapat bertambah-tambah melalui perhubungan perkahwinan.
Manusia adalah makhluk yang perlukan makanan, minuman dan tempat tinggal.
Manusia dapat mati sebelum datangnya hari kiamat, sehingga jumlah boleh berkurangan akibat kematian tersebut.
Manusia mempunyai tubuh badan yang kasar; boleh dilihat dan dipegang ( dirasa dengan pancaindera).
Hakikat Syaitan:
Syaitan diciptakan daripada api (nahar).
Semuanya derhaka kepada Allah SWT, oleh sebab itu seluruh kaum kerabat syaitan akan dimasukkakn ke dalam neraka jahanam.
Ada yang lelaki dan ada yang perempuan sehingga jumlahnya bertambah-tambah.
Suka terhadap makanan dan minuman, tetapi jikalau tidak makan dan tidak minum juga tidak mempengaruhi apa-apa; ertinya ia tetap akan hidup.
Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat, ertinya jumlah syaitan tidak akan berkurangan.
Syaitan bertubuh halus, tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Hakikat Jin:
Jin juga dicipta daripada api (nahar).
Jin ada yang taat dan ada yang derhaka kepada Allah SWT, jadi ada yang masuk syurga dan ada yang masuk nereka.
Jin juga terdiri daripada lelaki dan perempuan, sehingga jumlah mereka boleh bertambah-tambah.
Jin juga memerlukan makanan dan minuman.
Dapat mati sebelum kedatangan hari kiamat dan dengan demikian jumlah mereka boleh berkurangan.
Jin tergolong makhluk bertubuh halus, ertinya tiada dapat dilihat dengan mata kasar.
Hakikat Malaikat:
Malaikat diciptakan daripada cahaya (annur).
Malaikat tergolong makhluk semuanya taat dan berbakti kepada Allah SWT.
Tidak lelaki dan tidak pula perempuan, maka jumlahnya tidak dapat bertambah-tambah.
Tidak memerlukan makanan dan minuman.
Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat, maka jumlahnya tidak akan berkurangan.
Malaikat sejenis makhluk Allah yang bertubuh halus.
Malaikat mempunyai tugas dan tanggung jawab berbeza-beza. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengo bomoh2 tangkap antu/ jin. Kek mano di antarnyo jin-jin untuk dipenjaro?:re: |
|
|
|
|
|
|
| |
|