CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2821|Reply: 2

Johor pernah jadi ejen Portugis menyebabkan Johor diserang oleh Sultan Acheh

[Copy link]
Post time 26-9-2008 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Kesultanan Johor & pembesar2 Bugis pernah menjadi perkakas kpd Portugis sehingga membawa kpd serangan besar-besaran ke atas Johor oleh Kesultanan Acheh.  menarik gak cerita nih, peperangan yg membawa kpd 'pencolekan' penulis manuskrip Sejarah Melayu bernama Tun Seri Lanang ke negara Acheh, di mana Tun Seri Lanang telah dibenarkan utk meneruskan kerja2 menyiapkan manuskrip Sejarah Melayu semasa penahanan beliau di Acheh.




Pada hari ini dalam tahun 1613, Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menyerang Batu Sawar, Johor. Serangan ini telah dilakukan kerana kerajaan Acheh tidak menyetujui persahabatan Johor dengan Portugis. Kecenderungan Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah III untuk bersahabat dengan Portugis bermula sejak awal tahun 1610 lagi apabila seorang putera baginda telah berkahwin dengan sepupunya puteri Raja Siak. Raja Siak yang telah bersahabat baik dengan orang-orang Portugis dan ini telah mempengaruhi Sultan Johor supaya dengan bersahabat dengan pihak Portugis.

Angkatan Perang Acheh yang menyerang Batu Sawar dan juga Kota Sekarang telah berperang selama 29 hari sebelum berjaya menawannya. Ramai bala tentera Sultan Johor yang terbunuh ketika peperangan ini. Setelah kekalahan teruk itu, Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama-sama dengan adinda baginda, Raja Abdullah serta Bendahara Tun Seri Lanang (penulis manuskrip Sejarah Melayu) telah ditawan dan dibawa ke negeri Acheh.

Semasa di Acheh, kerabat diraja Johor itu diberikan layanan yang baik dan Raja Abdullah telah dikahwinkan dengan seorang puteri Acheh iaitu adinda Sultan Iskandar Muda sendiri demi mempereratkan kembali tali persaudaraan keluarga diraja di antara kedua buah negara itu.

Raja Abdullah kemudiannya telah dihantar balik ke negeri Johor bersama-sama angkatan perang Acheh serta membawa sejumlah perbelanjaan untuk membaiki dan membangunkan semula bandar Batu Sawar yang telah rosak akibat peperangan yang lalu itu.

Bendahara Johor, Tun Seri Lanang terus menetap di Acheh dan meneruskan kerja-kerja menyusun dan membaiki Sejarah Melayu yang telah dimulakan semasa di Johor dahulu. Tun Seri Lanang juga telah berkesempatan berkenalan dengan pengarang dan ulamak yang terkenal di Acheh seperti Sheikh Nuruddin Ar-Raniri, Tuan Burhat, Hamzah Fansuri lain-lain. Kesemua pengarang dan ulama ini mendapat galakan daripada Sultan Iskandar Muda untuk memajukan persuratan Melayu dan syiar agama Islam di Nusantara.

Selepas lebih satu tahun Sultan Alauddin tinggal di Acheh, akhirnya baginda telah dibenarkan pulang semula ke negeri Johor. Baginda telah berjanji dengan Sultan Acheh tidak akan lagi menjadi alat kepada Portugis dan akan membantu Acheh dalam peperangan melawan orang-orang Portugis dan juga tidak membenarkan orang-orang Belanda tinggal di negeri Johor lagi.

1.Buyong Adil, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971 hal. 60
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2008 08:55 AM | Show all posts
Angkatan Perang Acheh yang menyerang Batu Sawar dan juga Kota Sekarang telah berperang selama 29 hari sebelum berjaya menawannya. Ramai bala tentera Sultan Johor yang terbunuh ketika peperangan ini. Setelah kekalahan teruk itu, Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama-sama dengan adinda baginda, Raja Abdullah serta Bendahara Tun Seri Lanang (penulis manuskrip Sejarah Melayu) telah ditawan dan dibawa ke negeri Acheh.

Tawanan perang dibawa pulang untuk perbicaraan berkaitan hukuman atau pemulihan

Semasa di Acheh, kerabat diraja Johor itu diberikan layanan yang baik dan Raja Abdullah telah dikahwinkan dengan seorang puteri Acheh iaitu adinda Sultan Iskandar Muda sendiri demi mempereratkan kembali tali persaudaraan keluarga diraja di antara kedua buah negara itu

Kerajaan Acheh memilih melaksanakan kaedah pemulihan dengan ikatan perkahwinan kerana ianya dirasakan lebih berkesan dalam jangka masa panjang untuk menjaga keamanan serantau

Raja Abdullah kemudiannya telah dihantar balik ke negeri Johor bersama-sama angkatan perang Acheh serta membawa sejumlah perbelanjaan untuk membaiki dan membangunkan semula bandar Batu Sawar yang telah rosak akibat peperangan yang lalu itu.

Mereka yang telah berjaya dipulihkan dari pengaruh asing yang tak diingini dibantu baik dari segi material dan fizikal untuk memulai kehidupan baru

Dewasa ini, jikalau mana individu yang menyimpang dari kebiasaan dan dirasakan akan mendatangkan mudarat akan dikenakan ISA, ini rasanya lebih berbentuk kepada pengasingan bukan menjurus kepada pemulihan seperti mana yang berjaya diterapkan kaedahnya oleh kerajaan terdahulu.

Persoalannya adakah yang memerintah dewasa ini terlalu maju dalam perlaksanaan atau terlalu mengikut nafsu didalam membuat keputusan.?

sekadar pandangan dengan melihat sejarah terdahulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #2 Feno's post

good point...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.292410 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list