|
Krisis kepemimpinan Britain memuncak
BROWN (duduk) bersama Kelly pada persidangan parti Buruh di Manchester, kelmarin.
| Menteri pengangkutan dipaksa letak jawatan
LONDON: Menteri Kabinet yang marah menuduh kononnya 'orang dalaman' yang rapat dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, memaksa Menteri Pengangkutan, Ruth Kelly, meletakkan jawatan yang disifatkan sebagai 'perisytiharan perang.'
Tuduhan berikutan peletakan jawatan mengejutkan Kelly, bermakna Brown yang kini berada di Amerika Syarikat membuatkan Parti Buruh kembali kepada krisis kepemimpinan memuncak.
Kelly, yang mengalirkan air mata mengaku beliau 'terperanjat' dengan kebocoran berita hasratnya untuk meletak jawatan pada rombakan akan datang, yang memaksanya mengumumkan perkara itu.
Ia memberi tamparan hebat kepada kedudukan politik Brown dan membiarkan menteri yang sudah tidak dipercayai rakyat bergelut mengekalkan kedudukan masing-masing dalam rombakan Kabinet yang tidak dapat dielakkan lagi.
Secara rasmi, punca peletakan jawatan Kelly adalah untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan suami dan empat anak mereka tetapi pemerhati meragui ia sebenarnya lebih daripada itu.
Kelly, penganut taat Katolik, berbalah dengan Brown berhubung undang-undang kesuburan kontroversi.
Beliau juga dikatakan tidak senang dengan ucapan Brown Selasa lalu, yang dilihat sebagai usaha berdamai dengan pembangkang.
Dalam temu bual, Kelly gagal menafikan dakwaan beberapa menteri lain memujuknya mengambil bahagian dalam siri peletakan jawatan diselaraskan bagi memaksa Brown berundur. � Agensi
dlm banyak2 PM britain ni... aku paling saspek winston churchill ngan margaret thatcher ajer... yg laen laen tu hampeh!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|