CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

(Merged) All about NEW VIOS kuar @ 19Oct 2007

[Copy link]
Post time 27-9-2008 06:50 AM | Show all posts
Originally posted by satriastendet at 27-9-2008 06:17 AM
Tq2. Engine vios aku ambik isnin dpn. Coz aku tanya kt sini nih hehe


enjin vios? bodi? :eek:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2008 08:21 AM | Show all posts
Bodi heliza... Awww... Gurau jek. Sowwi hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2008 11:29 AM | Show all posts

Reply #27 satriastendet's post

Ooo.. ko nak beli vios erkk.. yg baru tu kee? E/G/S/J spec??..
hmm... aku pakai fully sync sebab malas nak ke SC tuu banyak kali setahun..
pakai toyota nyer fully syn laa.. harga rm158.86 gitew.
aku serbis 10k dlm 6bulan, so setahun 2 kali laa aku serbis keter tu..

sekian.. aku merge topik vios ni aarr...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by pokoyo at 26-9-2008 11:48 AM
aku ada hati nak beli toyota vios ada sapa2 yang tau berapa nak kena bayar tiap2 bulan ????



aku nyer Vios S monthly dalam 800++, time aku beli April lepas aku dapat interest 2.3% dari RHB islamic..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 07:08 PM | Show all posts
oyota Vios kacukan TRD

Oleh Mohd Razlan Salleh


KEBANYAKAN pemilik kenderaan kini suka melengkapkan jentera mereka dengan pelbagai aksesori seperti spoiler dan bodykit, malah turut menukar sistem suspensi sehingga kereta menjadi rendah.


KEBANYAKAN pemilik kenderaan kini suka melengkapkan jentera mereka dengan pelbagai aksesori seperti spoiler dan bodykit, malah turut menukar sistem suspensi sehingga kereta menjadi rendah.

Bagaimanapun, pemasangan aksesori yang tidak mengikut spesifikasi pengeluar bakal mengundang padah termasuk sukar dikawal ketika jentera dipandu laju.

Terbaru, Toyota yang terkenal dengan pusat talaannya sendiri, Toyota Racing Development atau TRD bakal membawa masuk kelengkapan tulen untuk kegunaan pelanggannya.

Model pertama yang mendapat sentuhan TRD pastinya model sedan terlaris, Vios.

Peluang memandu uji Vios TRD baru-baru ini memang mengujakan, tambahan pula ia didatangkan set lengkap TRD Sportivo yang menjadi idaman pemilik model terbabit.

Jentera pandu uji berwarna khas biru kehijauan atau Vizard Blue kelihatan bergaya.

Pada dasarnya, model ini diambil daripada versi S dan tiada sebarang ubah suai dilakukan terhadap prestasi enjin dan sistem talaan.

TRD lebih mengutamakan aspek luaran dengan padanan bodykit TRD yang menjadikan Vios tampak garang dan 'gemuk.'

Bagi versi automatik, Toyota menggunakan sistem suspensi TRD Sportivo yang menjadikan model berkenaan lebih 15 milimeter rendah daripada asal.

Ini menyebabkan jentera lebih mantap ketika mengambil selekoh dan tidak terlalu keras untuk kegunaan jalan raya.

Terdahulu, sebelum media dibenarkan memandu uji di jalan raya, penulis diberi kesempatan untuk mengujinya di Litar F1, Sepang.

Ternyata sesi halangan seperti slalom, halangan (chicanes) dan pusingan tidak menjadi masalah apabila sistem gantungan TRD Sportivo berfungsi dengan cemerlang.

Dari segi kuasa, Vios TRD masih menggunakan enjin sama seperti model asal, tetapi hanya menggunakan penapis udara daripada TRD.

Mungkin penggunaan penapis asli berkenaan menyebabkan Vios TRD terasa lebih berkuasa dan kuasa tork agak tinggi.

Vios versi S dijana enjin 1491cc empat silinder selari, DOHC, 16 injap dengan teknologi VVT-i.

Ia berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 109PS pada 6,000rpm manakala tork maksimum setinggi 141Nm pada 4,200rpm.

Suspensi TRD Sportivo beraksi cemerlang di jalan raya biasa dan sesuai bagi kegunaan seisi keluarga di mana ia lebih lembut dan tidak terlalu 'terlompat' ketika melalui jalan tidak rata atau terlanggar lubang.

Ruang dalamannya tidak banyak berbeza, cuma kerusi dihiasi dengan fabrik TRD Sportivo manakala pedal brek dan minyak adalah daripada TRD.

Tuil gear turut mendapat sentuhan kulit daripada TRD yang menarik dan kemas.

Semua aksesori tulen ini menepati piawaian ketat daripada Toyota selain mendapat jaminan daripada pengeluar.

Walaupun Toyota masih belum menetapkan harga bagi Vios versi TRD, aksesori tulen berkenaan bakal mendapat sambutan daripada golongan muda yang mahukan kenderaan hasil suntikan TRD asli.



SPESIFIKASI

Toyota Vios TRD 1.5S

Enjin: Empat silinder selari, DOHC, 16 injap, VVT-i

Kuasa Maksimum: 109 PS pada 6,000rpm

Tork Maksimum: 141Nm pada 4,200rpm

Transmisi: Automatik empat kelajuan dengan ECT, Gate Shifter

Ciri keselamatan: Beg udara, ABS, EBD, BA, sensor undur

Aksesori TRD: Skirting, Spoiler, kerusi fabrik TRD Sportivo, pedal dan tuil gear TRD.

Tayar yang dicadangkan: Dunlop Formula D1 175/50R15
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 02:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2009 05:16 PM | Show all posts

Reply #209 LT's post

cuzzen aku dah order sebijik vios TRD nih.... aku mmg tak mampu ler..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 03:01 PM | Show all posts

Balas #208 amazed\ catat

dah sedap2 TRD...gearbox auto la plakkkk..kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 05:58 PM | Show all posts

Balas #207 zulhizain\ catat

nko letak dpymt brape..?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 12:58 AM | Show all posts

Balas #212 xgenerasi2\ catat

time tu baru dapat bonus 6 bulan, letak rm10000..hehehe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.205878 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list